Apakah hukumnya jika suami menggunakan, atau memakan hasil daripada mahar yang telah diberikan kepada isterinya?
Islam merupakan satu agama yang memandang tinggi kemuliaan institusi perkahwinan, dan mengangkat darjat wanita ke tahap yang mulia. Salah satu bukti akan kenyataan ini dalam syari’at Islam dan hukum-hakam fiqh ialah pensyari’atan mahar dalam perkahwinan.
Konsep Mahar dalam Islam
Dari sudut bahasa, mahar bermaksud:
ما يَدْفَعُهُ الزَّوْجُ إِلَى زَوْجَتِهِ بِعَقْدِ الزَّوَاجِ
Maksudnya: Apa yang dibayar oleh suami kepada isteri sebagai hadiah kepadanya dengan sebab ‘aqad nikah.
Menurut istilah syara’ pula mazhab Syafi’e telah mendefinisikan mahar dengan maksud:
Maksudnya: Dan berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari mas kahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.
(Surah al-Nisa’: 4)
Maka membayar mahar merupakan kewajipan yang harus ditunaikan oleh suami kepada isterinya. Selain itu, Allah SWT juga mencela para suami yang menarik kembali mahar yang telah dia berikan kepada istreinya. Allah SWT berfirman,
Maksudnya: Jika kamu ingin menggantikan isteri kamu dengan isteri yang lain (menceraikan isteri pertama dan bernikah lagi), sedang kamu telah memberikan kepada seorang di antara mereka harta yang banyak (mahar), maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya walau sedikitpun. Apakah kamu akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan yang dusta dan dengan (menanggung) dosa yang nyata? Bagaimana mungkin kamu akan mengambilnya kembali, padahal sebagian kamu telah bergaul (bercampur) dengan yang lain sebagai suami-isteri? Dan mereka (isteri–isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.
Ads
(Surah al-Nisa: 20 – 21)
Mahar pernikahan adalah hak mutlak isteri, bukannya hak walinya atau ahli keluarga dan kaum kerabatnya.
Hukum Suami Menggunakan Mahar
Timbul satu persoalan; apakah suami dibenarkan untuk menggunakan mahar yang telah diberikan kepada isterinya?
Al-Imam Ibnu Kathir ketika mentafsirkan ayat 4 Surah an-Nisa’ di atas mengatakan: “Seorang suami wajib memberikan mahar untuk isterinya dengan penuh kerelaan; dan jika wanita tersebut merelakan seluruh atau sebagian maharnya untuk suaminya setelah disebutkan maka suaminya berhak memakannya (mengambilnya) sebagai sesuatu yang halal dan baik.”
Almarhum Dr. Wahbah Zuhaily pula dalam karya beliau Tafsir al-Munir telah menulis bahawa:
Ads
“Adalah harus bagi isteri untuk memberikan mahar yang diperolehinya melalui perkahwinan kepada suami, atau sebahagian daripadanya.”
Kemudian beliau menambah lagi:
“Maka keumuman ayat Qur’an menunjukkan bahawa adalah harus hukumnya, samada isteri itu anak dara atau janda ketika ia dikahwini; dan ini adalah pandangan jumhur ulama’.”[5]
Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah pula dinyatakan:
“Majoriti fuqaha’ menyatakan bahwa suami tidak boleh mengambil manfaat (menggunakan) apapun yang dimiliki isteriseperti katil, wadah, dan lain-lain tanpa persetujuan isteri, samada harta itu hasil pemberian suami atau pemberian daripada orang lain, samada isteri menerima mahar atau tidak. Isteri berhak menggunakan harta yang dimilikinya sesuka hatinya samada untuk bersedeqah, memberi hadiah atau tukar-menukar, selagi ia tidak membawa kepada kemudaratan.”
Kesimpulannya:
Haram hukumnya bagi suami memakan/menggunakan/mengambil manfaat daripada mahar isteri jika tanpa kerelaan dan kebenaran isteri, kerana mahar merupakan hak milik isteri yang telah diisytiharkan oleh Allah SWT dalam al-Qur’an.
Harus hukumnya bagi suami memakan/menggunakan/mengambil manfaat daripada mahar isteri jika dengan kerelaan dan kebenaran isteri.
SUMBER : http://muftiwp.gov.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum anda mekap untuk bersanding, belajar cara prep wajah dulu untuk dapat hasil terbaik seperti tahan lama dan nampak glowing secara natural.
Anda kena ambil tahu serum, pelembap, primer, dan produk pengelupasan, apatah lagi alat yang betul supaya mekap kelihatan baik dan tetap selesa.
Cuci Muka
Basuh muka dengan air suam. Gunakan pembersih lembut dan ringan untuk membantu meratakan warna kulit. Ini akan membantu menjadikan kulit lebih halus.
Jangan Lupa Pengelupasan
Selalu exfoliate sebelum mekap untuk memastikan ia kekal. Exfoliate dapat membuang sel-sel kulit mati dan kulit kering yang boleh menyebabkan mekap kelihatan bergumpal dan tidak tahan lama.
Cari produk exfoliate yang lembut tidak memberi risiko iritasi, tetapi menjadikan kulit sangat halus dan mudah untuk mekap.
Toner Atau Serum
Sebaik saja exfoliate, sapukan toner atau serum dan tunggu beberapa saat sehingga ia kering.
Toner berguna untuk mereka yang mempunyai kulit yang sangat berminyak, sementara serum berfungsi dengan baik untuk mereka yang mempunyai kulit kering kerana menghidrat wajah, atau boleh gunakan kedua-duanya sekali untuk lebih penghidratan.
Krim Mata
Langkah penting yang ramai orang lupa, key to anti-ageing! Ia membantu dan meratakan warna kulit di sekitar mata anda supaya anda kelihatan lebih terjaga. Kawasan di sekitar kulit anda rapuh dan nipis, jadi pastikan anda meletakkan krim mata anda dengan betul.
Sapukan Pelembap
Langkah ini tidak boleh dielak, sama ada kulit anda berminyak atau kering. Sebelum mekap, anda kena menggunakan pelembap ringan agar tidak menjadi asas berminyak.
Pastikan anda menggunakan pelembap yang sesuai dengan jenis kulit anda, dan menawarkan penghidratan sepanjang
Jangan Skip Primer
Primer bertindak sebagai penghalang pelindung yang menghalang pelembab dan keseimbangan minyak kulit anda daripada bercampur dengan mekap. Primer menetapkan asas untuk aplikasi mekap tanpa cela dan bercapuk.
Setelah anda prep wajah dengan baik, mekap anda akan lebih senang dipakai dan akan menjadikan wajah anda kelihatan lebih berseri. Hanya dengan mengikuti 6 langkah mudah ini, anda boleh mencapai complexion yang berseri-seri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
4 Cara Kurangkan Nikotin Dalam Tubuh Perokok Tegar
Nikotin sangat adiktif. Asap yang mengandung nikotin yang dihirup ke dalam paru-paru akan mencapai ke otak hanya dalam masa enam saat. Bahan rokok termasuklah nikotin, tar, karbon monoksida, formalin, amonia, hidrogen sianida, arsen dan DDT.
Rokok mengandungi lebih dari 4,000 bahan kimia, termasuk 43 penyebab kanser (karsinogenik) senyawa yang dikenal dan 400 racun lain.
Walaupun tidak seserius ketagihan heroin, kecanduan nikotin juga menimbulkan risiko kesihatan yang sangat serius dalam jangka masa panjang.
Bagi anda yang merokok dan sangat sukar untuk menghentikannya, berikut ini ada beberapa tips mudah untuk menghilangkan nikotin di dalam tubuh.
1. Banyakkan Minum Air putih
Air putih sangat baik bagi kesihatan dan sudah banyak bukti bahawa air putih adalah air super yang mampu menghilangkan penyakit. Minum 8 gelas air setiap hari akan meningkatkan ion dalam tubuh selain dapat menghindari tubuh dari Dehidrasi.
2. Banyakkan Minum Air Kelapa
Air kelapa sangat baik untuk menghilangkan toksin atau racun dalam tubuh dan rokok adalah sumber toksin terbanyak dalam tubuh perokok. Selain itu kandungan air kelapa juga sangat baik untuk merangsang pertumbuhan sperma.
Menurut kajian, air kelapa mengandungi banyak vitamin, antaranya adalah vitamin C yang sangat baik bagi kesihatan terutama bagi perokok tegar. Air kelapa juga mengandungi nikotinat, folat, pantotenat, biotin serta riboflavin.
Tidak hairanlah jika air kelapa juga dimanfaatkan sebagai bahan perubatan tradisional termasuklah kecantikan.Di samping itu, secara khusus, air kelapa kaya potasium (kalium) dan selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula (bervariasi antara 1.7 sampai 2.6 peratus) dan protein (0.07- 0.55 peratus).
3. Memakan Buah-buahan Yang mengandung Vitamin C
Seperti air kelapa, perokok juga disarankan untuk memakan buah-buahan yang mengandungi tinggi Vitamin C. Selain air kelapa anda juga boleh meminum jus lemon yang banyak mengandungi vitamin C.
Strawberi juga sangat dianjurkan bagi anda yang ingin menghilangkan nikotin didalam tubuh kerana di dalamnya banyak mengandungi vitamin C yang sangat baik untuk tubuh.
4. Buah kiwi
Buah kiwi adalah buah dari Australia yang kini sudah banyak tersebar di seluruh dunia. Buah Kiwi membantu menghilangkan nikotin dari tubuh yang kaya vitamin A, C dan E kerana ketika merokok, kadar vitamin akan berkurangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam memilih baju kahwin tidak salahnya anda berlaku cerewet bagi memastikan penampilan memuaskan di majlis bahagia nanti. Jangan mencarinya dalam keadaan yang tergesa-gesa kerana jangka masa yang pendek bakal menjadikan apa yang anda hajati tidak kesampaian. Terdapat banyak kesalahan yang mungkin dilakukan oleh bakal pengantin di luar sana ketika membeli baju kahwin. Ia disebabkan oleh persediaan yang tidak mencukupi atau tidak berfikir dengan lebih jauh sebelum membuat keputusan.
Berikut merupakan kesalahan atau kesilapan yang sering dilakukan ketika membeli baju pengantin.
Tidak Membuat Bajet
Dengan adanya bajet yang telah ditetapkan, ia memudahkan untuk mencari baju kahwin yang sesuai dengan bajet anda. Selain itu, bajet yang diperuntukkan untuk membeli baju kahwin perlulah berpatutan dan jangan terlalu mahal.
Tidak Mempertimbangkan Kos Tambahan
Apabila anda mempunyai bajet untuk membeli atau menyewa baju kahwin, seharusnya anda perlu ingat bahawa anda perlu memakai aksesori tambahan seperti kasut tumit tinggi, layah, tiara, tudung, subang, rantai dan lain-lain lagi.
Semua perkara ini melibatkan kos dan memerlukan belanja yang agak tinggi. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli atau menyewa baju impian anda, fikir dengan lebih mendalam lagi tentang perkara-perkara lain yang juga perlu anda lakukan.
Membawa Terlalu Ramai Orang Untuk Membeli Baju Kahwin
Membeli baju kahwin merupakan perkara istimewa jika dibandingkan daripada membeli-belah pakaian harian. Rata-rata akan membawa teman mahupun ahli keluarga ketika membeli baju kahwin.
Namun begitu, anda dinasihatkan agar membawa orang yang anda percayai untuk memberikan pendapat yang jujur. Anda dilarang membawa membawa terlalu ramai orang kerana boleh mengelirukan pilihan yang bakal dibuat.
Beli Terlalu Awal Atau Terlalu Lewat
Membeli baju di saat-saat akhir boleh menyebabkan anda tiada masa untuk membuat pilihan yang lebih terperinci. Baju kahwin tidak perlu dibuat terlalu awal untuk anda, tetapi anda masih perlu menetapkan matlamat untuk mempunyai masa yang cukup untuk sebarang perubahan.
Sekiranya anda sudah menetapkan tarikh dan lokasi perkahwinan, pembelian baju di waktu awal adalah perkara yang digalakkan. Ini penting bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.
Tidak Membuat Penyelidikan Sebelum Membeli
Adalah baik untuk anda mempunyai fikiran yang terbuka mengenai gaya pakaian yang anda inginkan, namun anda perlu mempunyai beberapa idea tentang baju pilihan anda.
Mengetahui lokasi perkahwinan dengan lebih awal akan membantu anda untuk mengenakan baju yang tepat di majlis perkahwinan anda. Contohnya, lokasi perkahwinan anda akan diadakan di tempa terbuka. Oleh itu, anda harus mengkaji terlebih dahulu baju yang sesuai untuk digayakan di majlis tersebut.
Hanya Mencuba Satu Gaya Baju Kahwin
Sebelum anda membuat keputusan untuk memilih baju kahwin anda, dinasihatkan untuk mencuba beberapa pasang baju bagi mendapatkan baju yang paling sempurna untuk digayakan di majlis raikan cinta.
Jangan membuat keputusan terburu-buru dengan hanya mencuba satu gaya baju sahaja. Anda boleh meminta pendapat dari perunding perkahwinan atau penasihat fesyen berpengalaman bagi mendapatkan pilihan baju yang sesuai buat anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!