Pada saat masyarakat heboh memperkatakan perihal selebriti dan figura yang ‘menduakan’ isteri, masih ‘wujud’ lagi lelaki yang begitu menyantuni isteri mereka.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh influencer terkenal, Hafiz Mahamad baru-baru ini telah membuatkan warga maya rasa terharu kerana melihat penghargaan yang dibuat usahawan kacak ini kepada isterinya.
Menerusi perkongsian daripada Hafiz iaitu melalui muat naik video sewaktu memenangi Digital Influencer Tergempak dan Anugerah Khas Gempak Most Wanted pada malam Anugerah Gempak Most Wanted, dia menceritakan apa yang diperkatakan isterinya sebelum pergi ke anugerah tersebut.
2 anugerah serentak semalam. Demi Allah, selama saya bersahabat dgn kamu di soc media. Tak terlintas niat saya untuk dibalas, dihargai & lebih lebih lg menerima award
Jika ini ada lah rezeki,
Saya percaya. Ini adalah rezeki untuk “lelaki yg hanya menumpang rezeki isteri” & awak semua
Ads
Waktu naik ke pentas semalam, saya pimpin tangan isteri walaupun dari rumah lg dia kata “Abang jangan ajak sayang naik stage” nanti malu !
No. Aina perlu ada. Sampai nafas terakhir, saya takkan terima apa apa anugerah tanpa dia di tepi, kerana saya malu. Biarlah semua ni kita rasa sama sama.
Untuk awak yg menyokong, terima kasih Awak dah happykan isteri & pasukan saya. Saya terhutang budi & saya akan balas semuanya semampu yg boleh
Hafiz sangat berterima kasih kepada isterinya Syafiqah Aina yang sentiasa ada sejak pada awal karier sehingga sekarang. Malah Hafiz mengakui apa yang diperolehinya ketika ini hanyalah menumpang rezeki isteri.
Ads
Selain Hafiz, Ryan Bakery juga turut dipuji warga maya. Ryan dinobatkan sebagai Content Creator Tergempak. Akui Ryan, isterinyalah yang banyak mengeluarkan modal sewaktu dia ingin membuat video pada awal kemunculannya dahulu.
Jelas Ryan lagi, isterinya, Eylia Ibrahim sanggup ‘memberi pinjam nama’ untuk membolehkan mereka membeli kereta yang digunakan sekarang.
Berikut catatan Ryan dilaman Instagramnya.
Alhamdulillah, rezeki dari Allah SWT. Berkat doa kedua ibu bapa saya, isteri tercinta saya , keluarga mertua saya, keluarga besar saya, sahabat – sahabat saya, pihak pengurusan saya dan semua yang setia menyokong dan meminati content – content Ryan Bakery!
Saya hargai atas sokongan awak semua ! Tanpa sokongan awak semua, siapalah saya. Dan tak lupa juga, terima kasih @astrogempak atas award yang diadakan. Saya yakin dengan adanya award seperti ini dapat menyuntik lagi semangat kepada semua Content Creator Malaysia yang saya hormati bagi menjayakan karya – karya mereka sendiri.
Kenyataan terbuka Hafiz dan Ryan yang mengatakan tidak segan mengakui bahawa menumpang rezeki isteri telah mendapat pujian ramai kerana meletakkan wanita istimewa dalam hidup masing-masing pada satu satu tingkat yang tinggi.
Ads
Selain daripada isteri, kedua-dua orang lelaki ini juga mengakui bahawa ahli keluarga dan sahabat handai adalah tulang belakang kejayaan mereka.
Kejayaan diraikan bersama isteri, keluarga dan sahabat pada malam Gempak Most Wanted Award.
Kedua-dua lelaki yang bergelar suami ini benar-benar menyantuni isteri mereka. Sesungguhnya masih ramai lelaki bergelar suami di luar sana yang menghargai isteri masing-masing.
Jadi buat wanita yang masih bujang, jangan takut pula hendak mendirikan rumah tangga kerana bimbang tidak dihargai suami. Masih ramai lagi lelaki yang baik-baik!
Mainan lato-lato kini menjadi trend dan digemari oleh semua peringkat umur. Bagaimanapun, permainan berbentuk bola yang diperbuat daripada plastik polimer ini menghasilkan bunyi yang agak bising.
Tidak hairanlah bunyi lato-lato menimbulkan kontroversi kerana membuatkan orang ramai berasa terganggu.
Buktinya, seorang jurunikah di Indonesia terpaksa meminta tetamu yang bermain lato-lato dalam satu majlis akad nikah agar berhenti bermain kerana bunyinya mengganggu perjalanan upacara itu.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, jurunikah tersebut ingin memulakan majlis akad nikah sepasang pengantin.
Melalui video yang dimuat naik oleh akaun @bokerrkerbokerr_19, kelihatan seorang jurunikah sedang bersiap sedia untuk menikahkan pasangan pengantin. Video itu kemudiannya dimuat naik semula oleh akaun Instagram video_medsos
Dalam video tersebut, pasangan pengantin sudah bersedia untuk acara akad nikah. Penghulu dan saksi sudah berada di hadapan pasangan pengantin. Apabila membaca persetujuan yang diberikan, tiba-tiba jurunikah menghentikan kata-katanya kerana terganggu dengan bunyi lato-lato yang kuat.
Wahai saudara Sutriono bin Taman. Lato-lato, diam… Lato-lato, diam. Saya ulangi, wahai Sutriono bin Taman, saya nikahkan dan kahwinkan…
Sebaik saja teguran dengan nada tegas dibuat menerusi mikrofon, bunyi lato-lato yang mengganggu majlis tersebut akhirnya senyap dan jurunikah segera meneruskan upacara tersebut dengan lancar.
Tindakan jurunikah yang berani menegur individu berkenaan secara terbuka demi kelancaran majlis akad nikah dipuji.
Bukan setakat orang dewasa sahaja yang perlu tahu tentang adab dan sopan jika berada dalam majlis orang lain, kanak-kanak juga perlu diajar tentang soal adab terutama apabila berada dalam majlis.
Tidak kurang juga yang mengatakan ketaksuban seseorang terhadap permainan lato-lato perlu dikawal agar perkara begini tidak berulang lagi.
Muat naik video tersebut telah mendapat 63.3 ribu tontonan. Berikut antara komen-komen warga maya:
“Anak-anak pun kena tahu adab bila berada di majlis orang lain. Yang penting ibu bapa ajar anak-anak beradab.”
“Saya baru pergi mall, ada budak bawak lato-lato, ya ampun.”
“Saya paling benci dengan bunyi lato-lato.”
“Bunyi lato-lato memang sangat menggangu.”
“Bunyi lato-lato ini buat terngiang-ngiang di telinga.”
Semua wanita nak wajah berseri sebelum naik pelamin, cuma tak tahu cara sahaja. Dan mungkin kurang pasti nak mula dari mana. Jangan risau, belajar apa yang patut dicari dulu.
Berseri Sebelum Naik Pelamin
Menurut Puan Fatin Nursyafawani, jika anda nak kulit nampak cerah, berseri, dan tak kusam, memang tak ada jalan pintas. Anda wajib amalkan 4 rutin kecantikan ini:
1. Cuci muka guna pencuci muka yang gentle dan tak keringkan kulit bersih bersih. Buat double cleansing sehari sekali.
Guna pencuci yang tak mengeringkan kulit. Yang lembut, tidak merosakkan skin barrier.
Elakkan pakai pencuci muka yang buat kulit rasa kering, cekang, tegang, ketat, terik. Ini tak bagus.
Kalau kulit berminyak, kombinasi, berjerawat boleh pakai New.bie Botanical Soothing Cleanser
Jika kulit jenis normal, kering, sensitive boleh guna pencuci jenis susu.
Double Cleansing maksudnya cuci muka 2 Kali dengan menggunakan cleanser yang berlainan jenis. Water-based and Oil based. Biasa buat sekali sehari je pada waktu malam.
Boleh juga pakai:
Micellar water + gel cleanser
Milk cleanser + gel cleanser
Oil cleanser + foam cleanser
Balm cleanser + gel cleanser/balm cleanser
Depends pada jenis kulit masing masing.
Kalau jenis normal/dry skin cukup micellar water + milk cleanser saja.
2. Exfoliate kulit. Ini paling PENTING paling wajib. Singkirkan sel sel kulit mati.
Exfoliate itu maksudnya singkirkan sel sel kulit mati. Sel kulit mati tu bahaya kalau tak singkirkan. Boleh menyebabkan Liang pori tersumbat.
Jadi liang pori jadi besar, kulit jadi kusam. Kulit mudah diserang jerawat, dipenuhi whitehead and blackhead.
Wajib kena singkirkan sel sel kulit mati tersebut supaya kulit tak bermasalah.
3. Pakai hydrating and moisturizing produk. Memang kulit auto glowing and berseri seri nampak sihat.
4. Pakai sunscreen. Tanpa sunscreen your skincare rutin is nothing.
Jika Kulit Berjeragat
Jeragat tak hilang. Akan pudar saja. Untuk jeragat ni kena rawatan advanced.
Perlu pakai bahan active. Perlu pakai brightening ingredients, lightening Ingredients, whitening ingredients, tyrosinase inhibitor ingredients, jaga hydration.
Ini benda asas yang patut anda tahu bila mulakan rutin penjagaan kulit wajah, selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kek perkahwinan memainkan peranan penting sebagai penyeri majlis sama seperti memilih pelamin yang indah-indah. Membeli atau menempah kek perkahwinan bukan sekadar untuk cukup syarat sahaja tetapi memerlukan perancangan awal agar impian untuk memiliki kek perkahwinan impian tercapai.
Kek dan majlis perkahwinan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Tidak lengkap sesebuah majlis perkahwinan tanpa acara memotong kek. Tidak kira besar atau kecil, tradisional atau ringkas sesebuah majlis perkahwinan itu, kek perkahwinan akan menjadi penyeri dan menjadi salah satu aturcara majlis yang ditunggu-tunggu oleh para tetamu jemputan.
Ada sesetengah kek mengambil masa yang panjang untuk disiapkan terutama dari segi hiasan kerana ada yang perlu ditempah dan ada yang perlu dibuat. Tidak kira di mana, siapa dan tema, kek perkahwinan akan menjadi tumpuan majlis dan acara memotong kek merupakan acara kemuncak dan penutup acara.
Pada masa kini kebanyakan kek perkahwinan dihasilkan sebagai sebuah karya agung untuk dipersembahkan di hari bahagia pasangan mempelai. Ia juga memberikan nilai sentimental dan kemanisan kepada pasangan pengantin.
Apabila berbicara tentang pemilihan warna kek perkahwinan ia mungkin menjadi satu perkara yang remeh. Pemilihan warna kek perkahwinan yang tepat dan ideal mampu memberi satu nilai tambah yang sempurna untuk sesebuah majlis perkahwinan.
Semak beberapa tip sebelum anda dan pasangan mengambil keputusan untuk memilih warna kek yang disukai agar menjadi penyeri majlis resepsi yang bakal berlangsung.
Putih
Warna putih selalunya menggambarkan kesucian apatahalagi ia cukup sinonim dengan sebuah majlis perkahwinan. Maka tidak hairanlah jika ramai pasangan mempelai memilih kek perkahwinan dengan tema warna putih.
Merah Jambu & Coklat
Rona coklat memberi satu aura yang begitu lembut tatkala digabungkan dengan warna merah jambu. Kedua-dua warna ini apabila bersatu akan mencetuskan mood yang tersendiri. Seakan bersatu, rona coklat dan merah jambu seakan-akan menterjemahkan rasa bahagia yang terpancar pada wajah pasangan mempelai.
Monokrom
Jika anda sukakan warna-warna monokrom, tidak ada salahnya untuk anda memilih warna ini untuk warna kek perkahwinan anda. Tentu sekali ia kelihatan moden dan pastinya unik. Sesuai buat pasangan mempelai yang inginkan sesuatu yang moden dan terkini.
Emas & Putih
Aura mewah dengan biasan rona emas ini pasti memukau setiap mata yang memandang. Lengkapi hiasan dekorasi kek dengan sekuntum bunga yang mekar di tepi kek.
Kuning & Merah Jambu
Kek berwarna kuning pastel apabila diberikan terapan bunga-bungaan hiasan rona merah jambu melengkapi aura feminin. Kombinasi rona kuning dan merah jambu juga sangat sesuai untuk sebuah majlis perkahwinan yang memilih konsep ringkas tetapi moden.
Ombre
Injeks rina ombre merupakan penggunaan garapan warna berkala. Campuran warna emas pada bahagian atas kek menaikkan seri persembahan sesebuah kek perkahwinan. Kebanyakan pasangan pengantin yang memilih warna ombre untuk kek perkahwinan biasanya gemarkan sesuatu yang elegan.
Perak & Putih
Dua rona ini menampilkan sesuatu yang berbeza untuk sebuah seni hiasan dekorasi kek perkahwinan. Penggunaan rona perak bakal menaikkan aura keanggunan sesebuah kek perkahwinan.
Kuning & Coklat
Gabungan rona kuning dan coklat menyaksikan Penyatuan warna yang serasi. Berada dalam kelompok rona-rona senada, apabila diserasikan bersama bakal mencetuskan dimensi dekorasi kek yang sempurna.
Lavender & Lilac
Segar mata memandang. Kek dengan penggunaan rona lavender dan lilac ini mungkin agak jarang menjadi pilihan pasangan mempelai namun jika diaplikasikan dalam seni dekorasi hiasan kek perkahwinan ianya bakal menyaksikan sesuatu yang unik dan lain daripada yang lain.
Merah & Putih
Warna yang pastinya mencetuskan mood romantis. Mainan rona merah dan putih pastinya mampu melontarkan suasana meriah sesebuah majlis resepsi lantas menjadikan majlis tampak lebih meriah.