Hati Evanoza Cair Kesungguhan ABANG VIVA. Momen Dapat Cincin Masa Live Rupanya  Tengah Gaduh.

Share

Lama tak dengar cerita Hero Malaysia, Azwan Omar atau lebih mesra dikenali dengan nama Abang Viva. Sejak kisahnya ‘melamar’ jurulatih kesihatan, Evanoza Zakaria, ramai yang cuba menilik bilakah agaknya mereka akan naik pelamin.

 

Kesempatan bertemu dengan Eva membuatkan Pesona Pengantin pun teruja nak tahu kisah mereka. Kecil molek orangnya, Eva hadir ditemani tunang tersayang.

Azwan membawa bendera Malaysia ke Komanwel

 

“Masa Azwan buat live tu, kami berada di International Youth Club (IYC) untuk satu program zumba. Kemudian, ada sesuatu yang Eva buat namun tidak disukainya. Dek kerana terlalu penat membuatkan saya tidak berapa nak layan isu yang Azwan bangkitkan itu. Masa tu dia merajuk dan terus nak memandu balik ke Melaka.

 

 

Nak dijadikan cerita, Azwan menghubungi saya berkali-kali untuk video call tapi saya tak layan. Terlalu penat. Lepas tu Azwan minta saya masuk live dan saya sangat terkejut bila Azwan tunjukkan cincin. Ingatkan dia main-main. Entah bilalah dia beli cincin tu. Nasib baik muat di jari!”

 

Azwan Pandai ‘Curi Hati’

Selepas menerima cincin pemberian Azwan, masing-masing bertemu dengan keluarga dan memberitahu tentang hubungan mereka walaupun sebelum ini baik Eva dan Azwan, pernah bertemu keluarga.

 

 

“Kesungguhan Azwan untuk kenal saya membuatkan saya tertarik padanya. Dia sanggup terima kelebihan dan kekurangan saya. Begitu juga saya. Selalu kalau kami keluar, memang akan ada sahaja orang yang ingin bergambar. Masa tu, Azwan akan pastikan saya berada di tempat ‘selamat’. Mata dia akan melilau cari saya.”

 

 

Sungguhpun belum ada perancangan untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat, Eva sendiri tidak mengimpikan majlis besar-besaran. Cukup asal mendapat keberkatan dan kebahagiaan yang kekal hingga ke Jannah.

 

Azwan kini sudahpun menubuhkan sebuah badan NGO iaitu Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang Viva. Misi bantuan ini dijalankan bersama Eva dan beberapa anggota lain. Walaupun rajin mengikuti misi bantuan, Eva masih ligat menjalankan aktiviti zumba yang menjadi kerjayanya sejak 12 tahun lalu.

Published by
Anis Nor