Hati-Hati! 7 Sifat Ini Kalau Isteri Tak Alert, Silap-Silap Boleh Buat Suami Benci

Share

Kunci utama rumah tangga bahagia adalah adanya saling cinta dan kasih sayang antara suami dan isteri. Suami akan menghargai dan memberikan segenap cinta dan kasih sayang kepada isteri, jika kaum wanita pun memberikan cinta dan penghargaan kepada suaminya. Agar isteri tidak kehilangan rasa cinta dan rasa hormat suami maka seorang isteri harus mengetahui dan menjauhi sifat-sifat wanita yang dibenci suami.

1. Isteri Yang Sibuk Dengan Dirinya Sendiri

Isteri seperti ini biasanya menjauhi segala urusan suami, dan lebih mementingkan urusan serta kegemarannya sendiri. Pada dasarnya, isteri seperti ini merasa selesa setiap kali dia boleh menyendiri. Isteri seperti ini adalah isteri yang mengabaikan perasaan suaminya.

2. Isteri Yang Suka Mendominasi

via GIPHY

Isteri seperti ini adalah isteri yang suka membuat keputusan sendiri. Selalunya dia tidak suka melibatkan keputusan suami. Isteri jenis mendominasi ini lebih suka menguruskan sendiri segala urusan keluarga dan urusan rumah tanpa meminta pendapat suami. Apabila terlalu mendominasi, suami akan hilang tanggungjawab dan peranan sebagai seorang suami.

3. Isteri Yang Gemar Berdusta

Salah satu perkara yang perlu ada dalam sesebuah hubungan perkahwinan adalah unsur kejujuran dalam segala hal. Kejujuran merupakan salah satu kunci utama kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga. Namun tidak dapat dinafikan, ada golongan wanita yang gemar berdusta. Namun apa pun alasannya, dusta dan tipu daya adalah dua hal yang paling dibenci oleh kaum lelaki.

4. Isteri Yang Suka Menghukum

Isteri seperti ini adalah isteri yang begitu mudahnya memberikan hukuman kepada suaminya, ketika suaminya melakukan suatu hal tertentu. Isteri seperti ini terus-menerus meresahkan suaminya. Selain itu, isteri seperti ini akan terbiasa mengeluarkan kata-kata pedas, keras, dan kasar.

5. Isteri Yang Menyulitkan

via GIPHY

Wanita seperti ini mudah mencipta benih-benih perselisihan faham. Setiap kata yang dilontar daripada mulutnya berunsur perintah sehingga suami berasa kurang selesa. Dalam situasi begini, suami terasa seperti diperkecilkan.

6. Isteri Yang Pasif

Isteri jenis ini akan membiarkan dan menyerahkan segala urusan kepada suaminya, sehingga suaminya menjalankan seluruh urusan keluarga dan rumahtangga sendirian. Peranan si isteri hanya terbatas menjalankan arahan daripada suami sahaja. Si isteri sentiasa menyerah dalam segala hal tanpa berusaha menunjukkan peranannya sebagai isteri.

7. Isteri Yang Keras Kepala

Sikap keras kepala isteri amat membahayakan sesebuah rumahtangga. Ini kerana isteri sukar dibentuk oleh suami. Isteri jenis ini akan berasa puas setiap kali dia dapat membantah kata-kata suaminya.

Published by
Bella