Setiap individu pasti pernah mengalami mimpi tidak kira buruk ataupun baik dan ada juga yang beranggapan bahawa mimpi itu sebenarnya hanyalah mainan tidur tetapi tidak kurang juga yang percaya mimpi itu sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat.
Artikel kali ini tentang mimpi pasangan curang. Haa pernah tak dapat mimpi macam ini?
Hati-hati…bila mimpi suami curang…
Semalam sepasang suami isteri datang terima rawatan. Pasangan ini baru je mendirikan rumah tangga,
Beliau datang terima rawatan kerana sejak 2 bulan lepas mereka berkahwin,mereka Tak seperti pasangan yang lain..Bila berjauhan di tempat kerja, whatsap begitu romantik,rindu sayang..
Bila balik je rumah dah macam orang asing..Isteri panas dengan Suami Dan C suami juga panas dengan isteri..Janganlah salah sorang buat silap ,walaupun kesalahan kecil boleh bergaduh besar…
Tidur pun suka berasingan…suami di luar isteri di dalam bilik..Tak sama macam orang baru kahwin.
Bila masuk je rumah isteri kerap terasa:
Itulah yang Kerap berlaku pada isteri pasangan ini..
Bila di ruqyah ternyata terkena gangguan Sihir #Pemisah.
Ada seorang peminat misteri yang meminati beliau dalam senyap. Peminat ini suka follow beliau di #Facebook..Si isteri in Kerap upload gambar di fb kerana jual baju online.
Tak sangka dalam diam ada yg meminati beliau.
Bila di ruqyah beliau tidak sedarkan diri.
Saya tanya siapa beliau??
Dia jawab: Aku suka tengok dia di fb,dia cantik,tapi Bila aku tahu dia dah kawen,aku jadi sakit hati..Aku banyak Kali beli baju dia jual dgn tujuan aku dapat berhubung dgn beliau.Tapi Bila aku msg whatsap saja nak Tanya khabar dia x pernah layan..Tiba2 aku tengok dia upload gambar nikah ,dari situ aku mula Tak puas hati.Aku nekad akan buat mereka sampai bercerai ,aku x dapat org lain pun x kan dapat hahahahah
Biar apa pun jadi dia tetap akan jadi milik aku!!!
Tanpa berlengah saya sambung ruqyah syukur Alhamdulillah atas izin ALLAH jin yg menumpang berjaya di keluarkan..
Zaman sekarang hati2 bila yg selalu kerap upload gambar di fb, Instagram,dalam diam ada org yg suka kita,
Ada juga yg Tak suka Kita.Bila upload tu jangan di masukkan gambar penuh Kita di fb apa2 blh berlaku..
Apa pun saya doakan agar pasangan di atas agar terus bahagia, dan sama2 Kita berdoa agar cerita di atas dijauhkan berlaku pada Kita Dan pasangan Kita Aaamin Ya Allah..
Kredit: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin