Memang impian setiap pasangan untuk menoktahkan cinta mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Namun tak semuanya bersedia untuk komited ke arah itu meskipun anda dan si dia sudah lama menjalinkan hubungan.

Jangan sebab terpaksa, hubungan anda menghadapi masalah. Orang selalu kata, masa sedang sibuk bercinta ni, bukalah mata dan lihat sama ada pasangan anda sudah bersedia atau tidak ke satu hubungan yang serius.

Jika dia menunjukkan kesungguhan, alhamdulillah. Tapi bagaimana jika sebaliknya? Jika ada tanda-tanda ini pada pasangan anda, sebaiknya anda cepat-cepat angkat kaki kerana ini menandakan dia tidak bersedia untuk serius dengan anda.

TIDAK BERIA-IA

Hanya anda sahaja yang asyik menelefon atau WhatsApp pasangan setiap hari untuk bertanyakan khabar. Nak harapkan si dia memulakan dahulu, aalamatnya memang tak adalah!

TAKE, TAKE & NEVER GIVE

Selalunya anda yang perlu berkorban masa dan tenaga untuknya. Oleh kerana sayang, anda rela melakukannya asalkan si dia rasa gembira.

Ads

SELALU CERITA TENTANG EX

Biasanya pasangan jenis ini memang tidak bersedia untuk sebarang komitmen serius kerana dia seolah-olah sukar untuk melepaskan hubungannya yang terdahulu. Jadi, cubalah mengelak daripada mengharapkan satu komitmen daripadanya.

BANYAK KASI ALASAN

Jika diajak berjumpa, ada sahaja jawapannya. Sibuklah, ada mesyuaratlah, penatlah dna macam-macam alasan lagi. Jangan ambil mudah dengan alasannya kerana itu tanda-tanda awal pasangan anda cuba mengelak daripada berjumpa dengan anda.

Ads

PERNAH KECEWA & DILUKAI

Biasanya, mereka yang pernah kecewa ini memang sukar untuk meletakkan kepercayaan dalam apa jua hubungan yang serius. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan hati dan perasaan kerana dia takut dilukai sekali lagi.

ELAK BERJUMPA KELUARGA & KAWAN ANDA

Seboleh-bolehnya pasangan cuba mengelak untuk berjumpa keluarga ataupun berkenalan dengan kawan rapat anda. Baginya, berjumpa dengan keluarga anda seolah-olah dia akan berjanji untuk menjaga anda, padahal si dia belum bersedia lagi.

Ads

ADA JE TAK KENA!

Apa sahaja yang anda buat, semuanya tidak sempurna di matanya sehingga menguji kesabaran anda sehingga sukar untuk mewujudkan persefahaman. Jadi, jika anda tidak tahan dengan kerenahnya, anda boleh mempertimbangkan untuk let go sahaja hubungan anda dengannya.

SUKAR MEMPERCAYAI

Pasangan akan sentiasa berhati-hati dengan anda dan sesiapa sahaja yang cuba untuk dekat dengannya kerana si dia jenis orang yang sukar mempercayai orang lain.

INGIN SENTIASA BEBAS

Jika pasangan anda kerap bercerita mengenai isu kebebasan, fahamilah bahawa si dia masih belum bersedia untuk komited dengan anda.

Jika si dia nampaknya belum ready, banyakkan berdoa dan buatlah solat istikharah. Minta Allah SWT permudahkan hubungan anda dan berikan anda petunjuk jalan yang benar. Memang benar! Melepaskannya bukanlah sesuatu yang mudah, tiada lain dengan hanya sentiasa mengadu kepada-NYA.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI