Selalunya wanita yang miliki kekurangan akan mudah hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai apatah lagi ingin mencari pasangan. Jangan bimbang kerana bukan semua lelaki mudah jatuh cinta disebabkan oleh kecantikan paras rupa atau fizikal.
Ada juga sesetengah lelaki yang akan jatuh cinta dengan wanita disebabkan oleh kekurangan wanita itu sendiri. Bagi mereka, kekurangan itulah yang membuatkan wanita sebegini unik sekali gus menjadi daya tarikan lelaki. Ingin tahu apa kekurangan tersebut? Jom kita semak.
Jangan bimbang jika anda tergolong dalam wanita yang tidak suka bersiap atau berdandan secara lebih-lebihan. Ini kerana lelaki lebih suka melihat kecantikan wanita dalam keadaan seadanya kerana bagi mereka semula jadi itulah yang membuatkan seseorang wanita itu tampak lebih cantik dan berseri walaupun tanpa solekan yang tebal di wajah.
Selalunya wanita bertubuh gempal sentiasa rasa rendah diri dan kurang yakin dengan fizikalnya yag dianggap kurang menarik. Namun jangan risau kerana ada sebahagian lelaki yang lebih cenderung memilih wanita bertubuh gempal berbanding wanita berbadan kurus. Bagi lelaki, wanita bertubuh gempal seorang yang kuat kerana mereka miliki keyakinan yang tinggi untuk tampil dengan tubuh sebegitu di khalayak ramai tanpa mempedulikan orang sekeliling.
Bagi lelaki, wanita ‘nerd’ seorang yang bijak dan tidak membosankan kerana mereka rajin membaca, punya banyak pengetahuan dan tahu tentang isu-isu semasa. Malah ada kajian mengatakan bahawa perempuan ‘nerd’ lebih memahami orang lain dengan lebih baik dan secara tidak langsung lelaki akan lebih bahagia jika mempunyai pasangan yang sangat memahami.
Ketahuilah bahawa ada juga lelaki yang lebih selesa memilih wanita bersaiz rendah daripadanya kerana lelaki menganggap gadis yang tinggi akan mengancam dirinya. Ini kerana ketika seorang lelaki lebih tinggi daripada pasangannya, secara automatik lelaki itu akan rasa lebih selesa dan kuat dalam menjalinkan hubungan.
Bagi lelaki, wajah wanita yang memakai cermin tampak lebih menggoda dan seksi. Malah mereka juga dilihat lebih bijak, misteri dan ada daya tarikan di mata lelaki. Jadi tak payahlah anda bersusah payah membelanjakan duit untuk membeli kanta lekap selepas ini.
Menurut sebuah penelitian, wanita yang memiliki nada suara yang tinggi mampu membangkitkan aura ‘muda’ yang menandakan bahawa tubuh wanita itu sangat sensual dan begitu menarik perhatian lelaki.
Bagi sesetengah lelaki, wanita yang berpakaian ala-ala lelaki mampu membuatkan lelaki tertarik. Alasan mereka, wanita dengan pakaian sebegini memiliki karakter yang mudah untuk bertolak ansur atau berkompromi saat melakukan perkara-perkara yang digemari lelaki.
Jangan hairan kalau ada sesetengah lelaki lebih menyukai wanita yang ketawa tak ‘cover’. Ini kerana bagi lelaki, wanita sebegini mempunyai sifat ‘sense of humor’, ceria dan boleh menghidupkan suasana sekali gus membuatkan lelaki terpikat untuk lebih mendekati wanita sebegini dan selesa untuk berada di sisinya.