HABIB jenama barang kemas yang tidak asing menyambut ulang tahun ke 60 tahun dengan mempamerkan barang kemas eksklusif dan setiap satunya kaya dengan warisan.  Barang kemas HABIB menggunakan identiti Malaysia sebagai inspirasi.
Dan sempena sambutan ulangtahunnya yang ke-60, HABIB telah melancarkan sebuah pameran khas di mana barang kemas yang ditonjolkan semuanya berinspirasikan warisan budaya Malaysia.
Dinamakan sebagai “Heritage Journey”, pameran ini juga menampilkan koleksi barang kemas antik yang terbesar di negara ini.
“Barang kemas yang dipamerkan ini mempunyai kisah  tersendiri di sebaliknya dan kami mengajak pengunjung untuk menerokai sejarah dan nilai-nilai murni yang membantu dalam penghasilan karya barangan HABIB,” kata Pengarah Urusan HABIB Group, Datuk Sri Meer Sadik Habib.
Heritage Journey, Pameran Koleksi Barang Kemas Antik Terbesar Sempena Ulang Tahun Ke-60 HABIB
Heritage Journey, Pameran Koleksi Barang Kemas Antik Terbesar Sempena Ulang Tahun Ke-60 HABIBHeritage Journey bukan hanya diadakan untuk meraikan waktu istimewa bagi jenama barang kemas dan permata terkemuka Malaysia ini.
Ia juga bertujuan bagi membawa pengunjung untuk mengikuti sebuah perjalanan warisan yang melakarkan permulaan kisah hidup Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif.
Heritage Journey, Pameran Koleksi Barang Kemas Antik Terbesar Sempena Ulang Tahun Ke-60 HABIBHeritage Journey, Pameran Koleksi Barang Kemas Antik Terbesar Sempena Ulang Tahun Ke-60 HABIB
Heritage Journey, Pameran Koleksi Barang Kemas Antik Terbesar Sempena Ulang Tahun Ke-60 HABIB
Heritage Journey, Pameran Koleksi Barang Kemas Antik Terbesar Sempena Ulang Tahun Ke-60 HABIB
Heritage Journey, Pameran Koleksi Barang Kemas Antik Terbesar Sempena Ulang Tahun Ke-60 HABIB
Beliau telah membuka bisnes ini pada tahun 1958 di sebuah kedai barang kemas kecil di Pitt Street, Pulau Pinang.
Pada hari ini, kedai dua tingkat yang dihiasi dengan reka bentuk seni bina Jawi Peranakan itu masih berdiri kukuh sebagai penghormatan kepada insan istimewa di sebalik nama jenama HABIB ini.
Tingkat atasnya telah diubahsuai khas untuk menjadi galeri warisan HABIB yang menampilkan lebih daripada 1,000 jenis barang kemas indah yang lama, iaitu sejak 100 tahun lalu.
Heritage Journey, Pameran Koleksi Barang Kemas Antik Terbesar Sempena Ulang Tahun Ke-60 HABIBHeritage Journey, Pameran Koleksi Barang Kemas Antik Terbesar Sempena Ulang Tahun Ke-60 HABIBHeritage Journey, Pameran Koleksi Barang Kemas Antik Terbesar Sempena Ulang Tahun Ke-60 HABIBHeritage Journey, Pameran Koleksi Barang Kemas Antik Terbesar Sempena Ulang Tahun Ke-60 HABIBHeritage Journey, Pameran Koleksi Barang Kemas Antik Terbesar Sempena Ulang Tahun Ke-60 HABIBMeer berkata bahawa ayahnya, yang telah meninggal dunia April lalu, mempunyai pelbagai idea yang bukan konvensional. Beliau telah membuktikan yang apa saja boleh dicapai dengan kerja keras dan keazaman.
“HABIB, yang telah dia bangunkan daripada kosong 60 tahun lalu, kini sudah berkembang untuk menjadi lebih daripada sekadar sebuah bisnes barang kemas. Saya berharap legasinya akan diteruskan apabila kami tunaikan janji untuk menawarkan ‘hadiah kegembiraan’ bagi banyak lagi dekad yang akan datang.”
Heritage Journey, Pameran Koleksi Barang Kemas Antik Terbesar Sempena Ulang Tahun Ke-60 HABIB
Heritage Journey, Pameran Koleksi Barang Kemas Antik Terbesar Sempena Ulang Tahun Ke-60 HABIB
Bagi mereka yang tidak sempat ke pameran Heritage Journey yang telah berlangsung di The Curve pada awal bulan, anda berpeluang meneliti perhiasan hebat ini di IOI City Mall, Putrajaya dari 24 November hingga 2 Disember ini.
Heritage Journey, Pameran Koleksi Barang Kemas Antik Terbesar Sempena Ulang Tahun Ke-60 HABIB
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI