Pastinya setiap pasangan yang menjalinkan hubungan cinta ingin mengakhiri petalian tersebut dengan ikatan yang suci. Selain bersedia dari segi ilmu fardu ain dan fardu kifayah, anda juga perlu bersedia dari fizikal, mental dan juga ekonomi. Sebelum masuk ke fasa yang lebih serius, tanya soalan-soalan yang lebih ke arah masa depan. Tanya soalan-soalan berkaitan kewangan dan ekonomi. Sebaik-baiknya anda bertanya soalan-soalan ini di masa yang sesuai.

via GIPHY

KERJAYA

“Berapa gaji awak sekarang?”

“Apa prospek masa depan kerjaya awak tu ya? Ada peluang naik pangkat tak?”

Jika pasangan anda berkerja makan gaji, cuba tanya soalan mengenai prospek masa depan kerjaya pasangan anda dan potensi untuk kenaikan pangkat. Ini penting untuk menilai perancangan jangka panjang demi masa depan bersama. Takkan kita nak pasangan kita lompat-lompat kerja? Mestilah anda mahukan bakal suami anda mempunyai kerjaya yang boleh menjamin kestabilan.

KEWANGAN

“Apa rancangan awak untuk memantapkan ekonomi keluarga kita lepas kahwin nanti?”

Ads

“Berapa awak target dapat simpan setiap bulan?”

“Berapa banyak duit simpanan dah ada untuk bayar deposit rumah?”

Mungkin soalan ini kedengaranm poyo, namun sekiranya pasangan anda teragak-agak untuk menjawabnya, kemungkinana masa depan anda tidak terlalu cerah. Bakal suami anda perlulah menjadi lelaki yang boleh mengetuai ekonomi rumahtangga agar masa depan lebih terjamin.

PERLINDUNGAN

“Awak dah ambil takaful?”

Kepada si gadis, sebelum berkahwin tanya dulu soalan wajib ini kepada pasangan anda. Adakah dia sudah mencarum atau belum personal takaful? orang yang mempunyai takaful ini sudah semestinya bijak menguruskan wang kerana mempunyai perancangan di masa hadapan. Jangan lupa minta pasangan anda masukkan nama anda sebagai pewaris bila sudah sah bergelar suami isteri nanti.

Ads

HUTANG

“Awak ada hutang kredit kad tak?”

“Awak pernah buat personal loan tak?”

“Awak dah start bayar hutang PTPTN? Berapa balance yang tinggal?”

Hutang adalah mimpi ngeri kepada sesiapa sahaja. Silap haribulan ia boleh menjadi salah satu punca rombongan meminang ditolak. Adalah penting untuk anda bertanya tentang hutang-hutang yang ditanggung oleh bakal pasangan kita itu. Ini bukanlah berniat untuk membuat dia berasa bersalah atau bimbang, tetapi jika sudah mengetahui lebih awal, boleh berbincang bagaimana cara terbaik untuk menguruskan hutang-hutang itu bersama-sama.

Ads

PENDAPATAN

“Awak nak saya kerja ke lepas kahwin?”

“Awak rasa berapa banyak yang kita perlukan untuk survive?”

Ini boleh menjadi satu soalan yang penting terutamanya kepada wanita yang menghargai kerjaya mereka. Dengan bertanyakan soalan ini, anda akan mendapatkan jawapan sama ada pasangan hidup anda mahu anda untuk meneruskan kerjaya atau menjadi suri rumah sepenuh masa.

via GIPHY

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI