Hey Wanita, Ini 8 Tanda Lelaki Mula Jatuh Cinta Pada Anda! No. 4 Tu Memang Betul

Share

Kadang-kadang lelaki ini sukar untuk diduga dalam semua perkara termasuk percintaan. Mereka sukar untuk meluahkan kata-kata cinta, namun anda sebagai wanita boleh melihat tingkah lakunya jika dia menyukai diri anda.

Mungkin tanda-tanda permulaan hubungan yang baharu saja memutik tidak terlalu ketara apatah lagi hubungan tersebut baharu saja terjalin. Walau bagaimanapun, anda boleh mengenal pasti tanda-tanda bahawa lelaki menyukai diri anda dan mula jatuh cinta. Nak tahu apa tanda-tanda tersebut?

Jom kita lihat 8 tanda lelaki mula menyayangi dan mula jatuh cinta pada diri anda!

1. SELALU MELUANGKAN MASA BERSAMA

Secara tipikalnya, jika seorang lelaki tidak mencintai anda sudah pasti si dia tidak akan meluangkan masa bersama anda. Jika si dia secara terus menerus mencari masa untuk bersama anda, itu sudah pastinya si dia mencintai anda setulus hatinya. Tidak kira pada waktu tengahari atau tiba-tiba muncul di tempat kerja anda, jadi si dia boleh bersama anda.

2. RENUNGAN MATANYA

Kebanyakkan lelaki, jika mereka tidak menyukai seseorang atau sesuatu, mereka akan cenderung untuk memandang ke arah lain. Jika seorang lelaki merenung tepat ke arah mata anda dan memastikan hubungan mata antara anda dan si dia tidak putus, itu menunjukkan yang si dia benar-benar jatuh cinta akan anda.

3. MUDAH MENUNJUKKAN RASA CEMBURUNYA

Ianya normal jika si dia kelihatan cemburu pada satu situasi, asalkan si dia tidak melebih-lebih kerana selalunya jika lelaki mula cemburu, itu melambangkan si dia punya hati pada anda.

4. BERCAKAP MENGENAI MASA HADAPAN DENGAN ANDA

Lelaki tidak akan berbicara tentang sesuatu perkara yang serius jika mereka tidak menyukainya. Jika si dia mula berbincang bersama anda tentang kehidupan kalian di masa hadapan atau mungkin berjenaka tentang 10 tahun akan datang berkaitan kalian, ia satu petanda besar yang hubungan yang kalian mula jalinkan ini akan kekal lebih lama.

5. MEMBAWA ANDA MENEMUI KELUARGANYA

Selepas sahabat, keluarga adalah golongan yang kedua si dia akan membawa wanita yang mereka sukakan. Majoriti lelaki tidak akan membawa pulang mana-mana wanita untuk bertemu dengan ibu bapanya. Jadi, jika si dia membawa anda pulang ke rumah keluarganya dan berjumpa dengan ibu bapanya, itu adalah petanda yang sangat baik melambangkan cintanya pada anda dan pastinya si dia sudah bersedia untuk fasa perhubungan yang lebih matang.

6. MELINDUNGI DIRI ANDA

Selalunya apabila seorang lelaki mula bersikap melindungi kepada anda, ianya menandakan tanda cintanya pada anda adalah kukuh. Sebagai contoh, lelaki akan memastikan yang anda selamat tiba di rumah tanpa sebarang masalah dan gangguan, dan setelah itu barulah si dia beredar pergi apabila menghantar anda di rumah kerana si dia tidak mahu sebarang perkara buruk berlaku kepada orang yang dia sayangi.

7. MEMASTIKAN DIRI ANDA SENTIASA SENYUM DAN GEMBIRA

Apabila hubungan cinta itu terjalin, ia sememangnya satu tahap dan masa yang anda tidak akan pernah bosan atau keseorangan. Pastinya jejaka idaman anda akan memastikan anda sentiasa bergelak riang ketika bersamanya. Jika si dia berkesan dalam membuatkan anda bergelak ketawa dan merasakan diri lebih istimewa, hakikatnya si dialah orang yang anda cari selama ini.

8. TIDAK BOLEH MARAH DENGAN ANDA TERLALU LAMA

Jika pasangan anda tidak boleh kekal dengan mood marah kepada anda lebih dari beberapa jam, itu bermakna yang si dia terlalu cinta kepada anda. Apatah lagi jika si dia yang meminta maaf terlebih dahulu walaupun si dia tidak bersalah dalam masalah yang kalian hadapi, hakikatnya dialah yang anda cari selama ini.

Published by
Fadhli Ismail