Idea untuk mewujudkan meja pemanis mulut ini sebenarnya mampu menjadikan majlis lebih meriah, apatah lagi jika dipenuhi dengan pelbagai makanan yang membangkitkan selera. Bukan hanya majlis sambutan ulang tahun, anda juga boleh mengadakan meja pemanis mulut untuk majlis perkahwinan.
Pilih satu tema yang menarik agar semua hidangan yang bersesuaian boleh anda wujudkan contohnya pilihan tartlet, macaroon, kek dan manisan yang lain. Pastikan penggunaan warna dan motif yang ditampilkan di meja pemanis mulut bertepatan dengan tema majlis perkahwinan anda. Selain itu pilihan pinggan, dekorasi, alas meja juga backdrop turut melengkapi tema yang dipilih.
Ads
Ads
Ads
Oleh itu jom lihat inspirasi meja pemanis mulut yang bakal pengantin boleh cetuskan di majlis perkahwinan anda nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tema berkonsepkan pampas memang jarang sekali kita dengar dan lihat. Pampas atau lalang ini digunakan sebagai hiasan dekorasi di pelamin perkahwinan. Ia adalah lalang yang telah dikeringkan kemudian dijadikan sebagai hiasan.
Namun, pemilihan pampas ini bukan mudah kerana perancang perkahwinan perlu memilih lalang yang betul-betul sesuai untuk diletakkan. Kebiasaannya mereka akan pilih yang gebu dan tebal untuk menghias.
Tips Pemilihan Pampas
1. Pampas kebiasaannya digandingkan dengan unsur hijau ataupun daun-daun mati.
2. Pilih lalang yang gebu dan tebal daripada yang nipis. Biasanya boleh dapatkan pada florist.
3. Seeloknya keringkan lalang terlebih dahulu untuk mendapatkan bentuk yang lebih gebu dan hasil hiasan lebih cantik.
4. Jangan letak bunga berwarna-warni kerana ia tidak sesuai dipadankan bersama lalang.
5. Padankan bersama bunga segar atau tiruan yang berwarna putih.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tema ini jangan lupa menonton Pesona Pengantin musim ke-3 bersama hos Uyaina Arshad. Setiap hari isnin jam 12.30 tengah hari di astro prima ok!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berani atau tidak? pilih dekorasi pelamin anda dengan warna hitam. Nampak macam seram tapi sebenarnya tak sangak warna hitam ini cantik juga.
Walaupun background belakang berwarna hitam tapi, jika kreatif anda boleh menggabungnya dengan warna-warna yang lain bersesuaian. Tak percaya? cuba lihat ini mesti anda suka!
Dalam setiap perkahwinan pasti pasangan impikan pelamin yang indah untuk disandingkan. Pelamin sekarang seakan benda yang perlu diberi perhatian lebih dalam sesebuah majlis perkahwinan.
Lain orang lain citarasa nya. Tidak dinafikan dengan zaman moden terkini kita boleh mendapatkan perkhidmatan dekorasi begitu banyak sekali. Juga mereka akan menghias mengikut pilihan tema yang anda tentukan. Jika anda masih tidak mempunyai idea lihat dekorasi pelamin dibawah ini yang pasti buat anda terpikat.