Dekorasi untuk majis kahwin pastinya memerlukan bajet yang besar. Jika anda ingin berjimat, serikan dekorasi di ruang photo booth atau pintu gerbang dengan chalkboard buatan sendiri. Malah chalkboard juga boleh dipelbagaikan sebagai latar belakang pelamin.
Selagi boleh berjimat kan lebih baik. Lagipun jika nak membeli pasti harganya mahal, jadi kalau buat sendiri kosnya super duper murah. Cara nak membuatnya juga sungguh mudah iaitu dengan mengubah suai bingkai gambar terpakai. Malah chalkboard unik ini juga tampak lebih personalize.
Langkah 1: Keluarkan gambar yang sedia ada di dalam bingkai menggunakan playar.
Ads
Langkah 2: Bersihkan sekeliling bingkai tersebut dengan kertas pasir agar ia licin.
Langkah 3: Semburkan bingkai dengan cat sembur dengan jarak anda sekurang-kurangnya 12 inci daripada bingkai yang anda cat. Semburkan secara rata dan licin untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Ulangi proses semburan sebanyak dua lapisan untuk memastikan kesemua bahagian bingkai dilitupi dengan cat.
Ads
Langkah 4: Kemudian semburkan pula dengan cat sembur yang khusus untuk chalkboard. Sebelum menyembur, pastikan anda goncang cat tersebut sekurang-kurangnya selama 2 minit agar semburan lebih lancar. Semburkan pada permukaan yang akan dijadikan chalkboard atau anda boleh gunakan sahaja gambar yang ada pada bingkai gambar tadi. Sembur beberapa lapisan agar ia rata dan menutupi kesemua bahagian.
Ads
Langkah 5: Pastikan cat kering dan biarkan selama 24 jam. Setelah kering, contengkan kapur di atas permukaan chalkboard, kemudian padam menggunakan tisu.
Langkah 6: Pasangkan chalkboard pada bingkai dan kini ia sudah siap untuk digunakan.
Bunga tangan menjadi kemestian untuk melengkapi penampilan si pengantin. Seleksi bunga segar mengikut tema majlis menjadikan ia titik tumpu buat si pengantin. Menempah bunga tangan juga menggunakan kos yang tinggi. Apa kata jimat wang untuk hari bersejarah anda dengan mencipta gubahan bunga tangan elegan menggunakan reben sutera.
Bahan-bahan
Gunting tajam khas untuk memotong bunga
Bunga
Wayar untuk bunga
Pembalut plastik
2 pin (untuk bunga)
Langkah 1 (Potong mengikut saiz yang dikehendaki)
Ikat tangkai bunga menggunakan getah nipis untuk memastikan tangkai diikat ketat. Gunakan gunting untuk memotong tangkai di bahagian bawah mengikut panjang yang dikehendaki.
Langkah 2 (Pembalut plastik)
Balut tangkai bunga menggunakan pembalut plastik bagi memastikan ia nampak sempurna lebih kurang 1-1/2” daripada bawah bunga.
Langkah 3
Pin reben di bahagian bawah pada balutan bunga.
Langkah 4 (Balut reben)
Mula balut reben pada tangkai yang dibalut dengan plastik. Lakukan dengan cara balutan ke atas.
Langkah 5 (Pin di bahagian atas)
Apabila sampai ke bahagian atas balutan plastik, potong reben dan lipat hujung reben 1/4” dan pin.
Langkah 6 (Tambah bow)
Untuk kelihatan lebih sempurna dan menarik, tambahkan bow pada bunga tangan anda. Gunakan 24” reben untuk membuat ikatan tersebut.
Sayur meranti masak lemak keledek antara menu yang membuatkan kita makan bertambah-tambah. Pokok daun meranti agak sukar didapati terutama di kawasan bandar. Maka sebab itulah jika dibeli di pasar, harganya sedikit mahal berbanding sayur-sayur yang lain.
Sayuran ini banyak ditanam dan hidup subur di kawasan kampung. Lebih berselera apabila dimakan bersama sambal belacan dan juga ikan masin.
Seorang pengguna Facebook, Muhamad Muktamin Abdul Karim telah berkongsi resipi dan cara-cara memasak sayur meranti masak lemak keledek.
RESIPI SAYUR MERANTI MASAK LEMAK KELEDEK
Bahan:
Secekak sayur meranti
1 biji ubi keledek (siap dipotong)
Udang secukupnya
Ikan bilis/udang kering
Bawang besar (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Santan kelapa
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Celurkan sayur meranti kemudian ketepikan.
2. Campurkan keledek dan semua bahan lain kecuali sayur meranti ke dalam periuk. Renihkan.
3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur meranti. Kacau biar sebati.
4. Apabila sudah hampir masak, masukkan udang. Biarkan seketika, cukup untuk bagi udang masak (dalam 3/4 minit). Perasakan dengan garam secukupnya. Hidangkan.
Lebih sedap apabila dimakan bersama sambal belacan.
Hari pertama puasa ni, memang kita teruja sungguh nak memasak. Mana yang dah rancang menu untuk hari ini, memang hebat. Kerana ada sahaja yang masih terfikir-fikir nak masak apa. Selain nasi, kita juga boleh pelbagaikan juadah dengan tambahan menu lain. Manalah tahu kalau-kalau suami nak makan bakso ke?
Kuah amat penting dalam menghasilkan bakso yang sedap dan enak. Jom kita cuba resipi kuah bakso Indonesia yang telah dikongsi oleh Ekynn Aziz.
*****
Bakso Indonesia request by my mom. Resepi ni original dari orang indo ye. Saya guna bebola daging segera je. Kalau nak sedap boleh guna bebola daging jenama mohd armiya@ramly lebih sedap dan terasa dagingnya.
Ni saya kongsi kan resepi kuah bakso indonesia.
KUAH BAKSO INDONESIA
(10 org makan)
Bahan-bahan:
Tulang daging RM10
Bebola daging
2 biji bawang merah dihiris
2 batang serai dititik (taknak letak pn takpe)
1 helai daun pandan(taknak letak pn takpe)
1 1/2 kiub pati daging
Perasa ajinomoto (boleh ganti maggi cukup rasa)
Garam secukup rasa
*2 biji bawang
*6 ulas bawang putih
*3@4 biji buah keras
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
*1 sb serbuk lada sulah
(Blend@tumbuk bahan bertanda *)
Serai dan pandan tu bahan additional sahaja. Kalau taknak letak pun takpe.
Cara-caranya:
Rebus tulang daging selama 30minit. Lagi lama lagi sedap.
Dalam kuali lain boleh tumis bawang hiris. Kemudian masuk kan bahan blend@tumbuk, pandan dan serai titik.
Dah naik bau boleh tuang bahan tumis dalam periuk rebusan tulang tadi. Dan masukkan bebola daging.
Perasakan dengan garam dan ajinomoto@maggi cukup rasa.
Rebus sampai bebola daging timbul. Timbul tu maknanya kuah dah masak ye. Dah siap!
Resipi Cili Kicap
Bahan-bahan:
*Segenggam cili padi hijau
*6 ulas bawang putih
1 sb cuka
1 sb kuah bakso
4 sb kicap manis
Secukup rasa
Garam
Cara-cara:
Rebus bahan bertanda *. Dah lembut boleh blend@tumbuk.
Kemudian masuk kan bahan2 lain sesedap rasa. Gaul sebati. Dah siap.