Dekorasi untuk majis kahwin pastinya memerlukan bajet yang besar. Jika anda ingin berjimat, serikan dekorasi di ruang photo booth atau pintu gerbang dengan chalkboard buatan sendiri. Malah chalkboard juga boleh dipelbagaikan sebagai latar belakang pelamin.
Selagi boleh berjimat kan lebih baik. Lagipun jika nak membeli pasti harganya mahal, jadi kalau buat sendiri kosnya super duper murah. Cara nak membuatnya juga sungguh mudah iaitu dengan mengubah suai bingkai gambar terpakai. Malah chalkboard unik ini juga tampak lebih personalize.
Jom cuba!
1. Bingkai gambar terpakai
2. Kertas pasir
3. Cat sembur
4. Cat sembur chalkboard
5. Playar
Langkah 1: Keluarkan gambar yang sedia ada di dalam bingkai menggunakan playar.
Langkah 2: Bersihkan sekeliling bingkai tersebut dengan kertas pasir agar ia licin.
Langkah 3: Semburkan bingkai dengan cat sembur dengan jarak anda sekurang-kurangnya 12 inci daripada bingkai yang anda cat. Semburkan secara rata dan licin untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Ulangi proses semburan sebanyak dua lapisan untuk memastikan kesemua bahagian bingkai dilitupi dengan cat.
Langkah 4: Kemudian semburkan pula dengan cat sembur yang khusus untuk chalkboard. Sebelum menyembur, pastikan anda goncang cat tersebut sekurang-kurangnya selama 2 minit agar semburan lebih lancar. Semburkan pada permukaan yang akan dijadikan chalkboard atau anda boleh gunakan sahaja gambar yang ada pada bingkai gambar tadi. Sembur beberapa lapisan agar ia rata dan menutupi kesemua bahagian.
Langkah 5: Pastikan cat kering dan biarkan selama 24 jam. Setelah kering, contengkan kapur di atas permukaan chalkboard, kemudian padam menggunakan tisu.
Langkah 6: Pasangkan chalkboard pada bingkai dan kini ia sudah siap untuk digunakan.
Sumber: makezine.com