Rupanya bila pilih hidden hantaran, banyak boleh jimat! Ini antara yang anda boleh cuba.
Nak isi barang bajet atau yang mahal, terpulang. Ikut poket dan perbincangan masing-masing. Ini cuma idea paling jimat dan memudahkan pihak pengantin.
Cara Buat Hidden Hantaran
1. Bakar dulu keliling kain sebab poly satin berbulu kelilingnya, jadi lebih kemas jika bakar.
2. Pastikan iron kain before balut terutama kalau buat style ribbon atau seashell.
3. Lebih baik guna cable seperti dalam gambar.
Apa barang yang anda nak masukkan atau jadikan sebagai hantaran, ikut poket anda. Ini contoh:
@zatulsevent Mudah je cara ni follow je step. Yang penting kemas dan elegan #hiddenhantaranmurah #hiddenhantaransewa #hiddenhantaran #hiddenhantarantutorial #gubahanhantaranmurah #eventplannertemerloh #gubahhantaranbera #eventplannerbera #pelaminnikah ♬ Sunrise – Official Sound Studio
Okay, selebihnya boleh rujuk video dan anda boleh kemaskan ikut cara masing-masing. Sedap mata memandang, maknanya itu sudah siap!
Sumber video: zatulsevent
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bakal Pengantin Lelaki Kalau Nak Sentiasa Cergas & Bertenaga, Cubalah Senaman Mudah Ini
Selain aspek penjagaan diri, bakal mempelai lelaki juga disarankan melakukan senaman khusus bagi menjaga kesihatan dan meningkatkan kecergasan tubuh badan. Untuk mendapatkan postur badan yang menarik, selain menjaga pemakanan, anda juga perlu melakukan senaman.
Jangan pula cemburu tengok orang lain elok bergaya sedangkan anda tidak. Nak dapatkan bentuk badan yang menarik, kenalah ada usaha ye!
Berikut beberapa senaman yang harus dilakukan:-
Angkat Berat
Latihan angkat berat menghasilkan hormon testosteron yang merupakan faktor pendorong seks seorang lelaki.
Push-Up Dan Sit-Up
Latihan otot seperti push-up dan sit-up dapat membantu memperkuatkan bahu, dada dan perut.
Senaman Kegel
Senaman kemut atau kegel mampu memperkuatkan otot pinggul dan melambatkan ejakulasi.
Yoga
Latihan yoga membantu anda lebih fleksibel dan lebih kreatif dalam mengatur posisi seks sesuai yang anda inginkan.
Berenang
Berenang sekurang-kurangnya 30 minit, tiga kali seminggu mampu meningkatkan daya tahan seksual dan membantu menurunkan berat.
Berjalan Cepat
Berjalan cepat dan berlari dapat membantu meningkatkan peredaran aliran darah dan mampu menurunkan risiko kegagalan ereksi sebanyak 30 peratus.
Kredit foto (top image): Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Ogura Pandan , Kurang Manis Tapi Lembut Untuk Dinikmati Seisi Keluarga
Pasti ramai penggemar Kek Ogura Pandan kan, rasanya yang cukup mewah dengan tekstur yang sangat lembut, fluffy dan moist memang buat tak puas makan. Selain sedap dinikmati bersama keluarga, kek jenis ini semakin popular dijadikan sebagai hadiah di dulang hantaran. Jom kita belajar cara menyediakan kek Ogura Pandan ini. Terima kasih Mariana Zainal atas perkongsian resipi.
Bahan A :
5 biji Putih telur – gred A
1/2 cawan Gula castor ( boleh kisar gula pasir)
1 sk Jus lemon – boleh gantikan dengan 1/4 sk cream of tartar
Cara :
Pukul telur sehingga berbuih dan baru masukkan gula dan jus lemon. Putar lagi dalam 10 minit. Ketepikan.
Bahan B :
5 biji Kuning telur – gred A
1 biji Telur
80 ml Santan pekat
1 sb Jus pandan – boleh guna perisa pandan + pewarna hijau
85 gm Tepung kek
1/ 4 cawan Minyak jagung
Secubit garam
Cara :
Satukan semua bahan B dan pukul menggunakan whisk sehingga sebati dan berkrim.
Panaskan ketuhar selama 10 hingga 15minit menggunakan api atas dan bawah. Gris nipis loyang saiz 7 inci, gunakan loyang bersaiz 8 inci pun boleh dan lapik dengan baking paper.
Satukan bahan A dan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Kemudian tuang adunan ke dalam loyang. Ambil satu lagi loyang yang lebih besar, contoh loyang bersaiz 9 inci. Masukkan air panas mendidih 1/4 loyang, kemudian masukkan loyang yang berisi adunan tadi dan bakar selama 35 minit pada suhu 180c.
Selepas itu turunkan suhu kepada 150c dan bakar lagi selama 35 minit.
Selepas siap,rehatkan di atas redai.
Kredit resipi & foto : Mariana Zainal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Percaya pada jodoh? Kenal lama pun kadang tak kahwin…”- Tukar Mindset, Baru Boleh Jemput Jodoh!
Ada orang yang mudah sangat bertemu jodoh, ada orang yang menunggu lama untuk bertemu jodoh. Walau macam mana keadaannya, kita sebagai hamba perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah. Jodoh yang menemukan pasangan suami isteri ini memang tak dijangka. Hanya bertegur sapa sekadar menolong akhirnya mereka memilih untuk hidup bersama sebagai pasangan hidup.
Berkongsi cerita dengan Nurul Diana Mohd Pudzi atau mesra dipanggil Dian, dia dan pasangannya Faiz berkenalan secara tak sengaja di tepi jalan. Kebetulan tayar kereta Dian pecah dan Faiz datang sebagai seorang stranger untuk menolong.
“Bunyi pelik pula bila saya kata kami bertemu tepi jalan tapi itulah kebenarannya. Selama 12 tahun memiliki lesen memandu, itulah kali pertama tayar kereta pecah. Tepi area Tesco Alor Setar adalah titik pertemuan kami.
Simple je masa tu. Faiz datang untuk tolong tukar tayar. Lepas selesai, saya ada up di media sosial buat offer siapa nak mekanik ‘herlok’. Tapi sungguh, memang tak sangka Faizlah jodoh saya.
Kami decided untuk kahwin lepas sembilan hari berjumpa semula. Faiz sangat yakin ajak saya kahwin kerana dia rasa ada keserasian di antara kami. Mula-mula ragu juga satu ayat ni membuatkan saya berserah 100% pada Allah dan Faiz ambil langkah pertama jumpa mak dan abah saya.
“Percaya pada jodoh? Kenal lama pun kadang tak kahwin…” itu katanya.
Seperti pengantin lain, Dian juga tidak terkecuali membuat persiapan perkahwinan. Tapi ada kelainan yang mereka buat sehingga menjadi bualan.
“Dari umur 17 tahun sehingga ke hari ini, saya tak pernah ada satu pun high heels. Jadi sewaktu kami merancang nak kahwin, saya ada beritahu Faiz nak pakai sneakers sebab takut jatuh, sakit kaki dan macam-macam lagi. Faiz ok je tapi ayat die, ‘Walaupun first time jumpa you pakai kasut atlet tapi I tertarik tengok you pakai stokin walaupun dah malam’..” kata Dian.
Tak cukup dengan itu, pasangan ini juga buat kejutan dengan hantaran yang unik! Kesemua hadiah hantaran hanyalah sekeping gambar yang dibingkaikan dan diletakkan di atas dulang.
“Ya, memang ada gambar je atas dulang. Saya dan Faiz nak beli barang hantaran yang memang kami akan dan boleh guna sepanjang masa. Faiz mahukan water jet, drone, kamera manakala saya sendiri nak mixer jadi mustahil barang ini boleh diletakkan di atas dulang.
Jika boleh, kasut pun nak diletakkan di atas dulang tapi disebabkan kena beli kasut lain untuk akad nikah, lebih baik kami ambil gambar sahaja dan pakai kasut tu. Tapi semua barang-barang yang dah dibingkaikan tu wujud tau. Bukan gambar Google!” katanya lagi.
Pengalaman perkahwinan untuk Pengasas jenama DIANZ ini berbeza namun Dian positif dalam kehidupan.
“Pengalaman sememangnya mematangkan kita. Bagi Dian komunikasi dalam rumah tangga adalah paling penting. Sentiasa mendengar dan memperbaiki salah kita dan pasangan. Bila pasangan meluahkan sikap atau perangai kita membuatkan mereka tak selesa, kita wajib take note dan berubah.
Jangan anggap itu perkara remeh kerana luka yang kecil boleh merebak menjadi kudis. Sentiasa cuba jadi yang terbaik dan sentiasa bercakap dari hati ke hati kerana dalam perkahwinan Cuma ada KITA. Jadi bila kita tak saling melengkapkan KITA DAN DIA, siapa lagi?”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI