Realiti hidup bermadu dan menjadi isteri kedua tidaklah seindah yang dibayangkan. Adat berkongsi kasih tentulah ada masanya si suami perlu ada bersama madu (isteri pertama).
Jika tidak sanggup berkongsi kasih, elaklah untuk bermadu. Jika benar-benar sudah bersedia untuk berkongsi kasih, anda perlu bersedia bahawa ada ketikanya anda perlu melakukan sesuatu perkara bersendirian tanpa kehadiran suami di sisi.
Umum mengetahui bahawa Shikin Maembong yang merupakan kakak kepada pelakon Emma Maembong bergelar isteri kedua. Shikin mendedahkan realiti sebenar sepanjang dirinya bergelar isteri kedua.
Menerusi perkongsian di TikTok, Shikin mendedahkan bahawa kehidupan bermadu tidak seindah seperti yang dikatakan orang ramai. Jelasnya lagi berkongsi suami bukan satu kelebihan buat dirinya.
Sape suruh? Kan da kene tinggal,” tulisnya diruangan kapsyen.
Shikin juga mengakui bahawa hampir semua perkara terpaksa dilakukan sendiri tanpa suami di sisi termasuklah menunaikan solat tanpa imam.
Ads
“Siapa suruh jadi isteri nombor dua? Kan dah kena merayap pusat beli belah seorang diri. Sambut hari lahir pun sambut sendiri di rumah. Tiada hadiah, tiada apa-apa.”
“Saya tak pernah berimamkan suami. Pindah rumah pun urus sendiri. Taat setia macam mana sekali pun, kerana nak jaga nama, tetap kena cerai.
Pada masa sama juga Shikin turut memberitahu bahawa masanya juga banyak dihabiskan bersama dengan anak dan juga pembantu rumah saja sebagai peneman ke mana-mana.
Kebanyakan percutian keluarga juga hanya ditemani oleh adik-beradik kerana suami jarang pulang ke rumah walaupun madunya tiada masalah berkongsi kasih dengan dirinya.
Jika tidak sihat pun dia terpaksa memandu kereta sendiri pergi hospital. Walaupun madu terima, tetap kena mengalah suami tak balik rumah.
Ads
Untuk info, Shikin pernah mendirikan rumah tangga bersama Chef Riz pada 2014 dan dikurniakan seoang cahaya mata, Putri Arianna Natasya.
Bagaimanapun perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan sehingga 2016. Shikin kemudian berkahwin sekali lagi dengan seorang individu yang tidak didedahkan identitinya dan memilih menjadi isteri kedua.
Perkongsian Shikin mendapat respon daripada warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya di ruangan komen.
*Semoga dikurniakan seorang imam yang terbaik satu hari nanti dan dikurniakan hidup yang tenang untuk sis dan keluarga… Orang hebat mmg selalu diuji.
*Daripada jadi no 2 baik hidup single sis, tenang bahagia tanpa masalah org lain terbeban di kepala
Ads
*Allahu🥺🥺🥺 bertabahlah adikku.. semoga ada sirna dan pelangi yg indah menanti hidup mu di hadapan..jaga solat sentiasa zikrullah. Sis doakan mu dik.
*Be strong sis. alhamdulillah sekarang dh single semula kan? baik single dari bersuami tapi tak adil..mmg seksa mental ….
*I pun single mother sis.. semoga kita kuat yer sis.
*oohh ingat shikin dgn suami lg tak tau dah cerai.. takpe single is tenang.
Nampaknya keluarga Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa dan suami, Ustaz Dr Azahar Yaakub selamat menerima menantu pada 2 Februari lepas. Tahun 2022, ahli akademik dan personaliti dakwah ini telah mempunyai dua orang menantu dalam keluarga bahagianya.
Anak lelaki Ustazah Norhafizah iaitu Asyraf Murtadha selamat bergelar suami kepada Aisyah Zafirah selepas melalui alam pertunangan kira-kira lima bulan lamanya. Manakala kakak kepada Asyraf, Nur Nadratun Naeemah selamat melangsungkan perkahwinan pada awal September 2020 yang lalu.
Majlis perkahwinan Asyraf dan Aisyah menarik perhatian Pesona Pengantin memandangkan majlis yang dilangsungkan oleh disambut dalam suasana sederhana namun meriah walau pandemik Covid-19 masih belum menemui noktahnya. Mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, majlis meraikan raja sehari dihadiri tetamu dalam jumlah yang terhad. Malah, perkongsian majlis pernikahan pasangan mempelai di platform media sosial Ustazah Norhafizah menerima ucapan tahniah dari pelbagai lapisan masyarakat.
Ramai memuji penampilan menantu Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa , Aisyah Zafirah. Memiliki raut wajah jelita dan redup, penampilan Aisyah yang sopan tatkala dalam persalinan akad nikah melambangkan ciri muslimah yang menjadikan majlis akad nikah sebagai satu momen indah yang mencipta memori istimewa. Malah, penampilan sama cantik sama padan pengantin lelaki juga turut menyerlah di majlis akad nikah pasangan ini.
Pasangan ini selamat dinikahkan pada 2 Februari lalu. Manakala majlis kenduri kesyukuran menyambut menantu telah berlangsung pada 5 Februari lalu bertempat di Dewan Tan Sri Ainudin Wahid UTM Kuala Lumpur. Sebagai seorang ibu, Ustazah Norhafizah terbuka berkongsi hari bahagia anakanda tersayang bersama warga maya.
Kongsi Ustazah,
“Anak teruna umi, Asyraf Murtadha telah sah menjadi suami kepada puteri impian umi, Aisyah Zafirah. Titipan doa dari umi dan abi bahkan seluruh keluarga besar kedua-dua belah pihak untuk kalian melayari bahtera rumah tangga dengan penuh Sakinah Mawaddah Wa Rahmah.
Sejujurnya kami tidak berbelanja besar. Allah mudahkan dan semuanya berjalan lancar dengan belanja yang sederhana.Semoga tuan puan sahabat semua sudi mendoakan pasangan pengantin dengan doa kebaikan dunia akhirat untuk mereka.”
Moga perkahwinan Asyraf dan Aisyah diberkati dunia akhirat dan berbahagia hingga ke syurga.
Kredit foto: Instagram Ustazah Norhafizah Musa
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Datin Noor Kartini, ibu kepada selebriti terkenal Neelofa amat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang dan penuh empati terhadap orang lain. Menyambut ulangtahun perkahwinan ke-25 beberapa bulan lalu, coretan Datin Noor Kartini atau Mama begitu manis sekali.
“Happy Annivesary Sayang .You are truly a blessing from Allah SWT. Terima kasih sayang atas segala kasih sayang, segala nikmat kehidupan yang kita lalui bersama.Terima kasih sayang menjadi contoh yg baik kepada anak-anak, menantu2 dan cucu2.. terima kasih telah menjadi suami yg pengaseh , sahabat yang penyayang dan teman yang setia.. moga kita akan bersama hingga ke Syurga.. amiiin Love you sayang.”
25 tahun bukan masa yang singkat. Menurut Mama, Datuk Abdul Halim Khan sudi menerima kehadiran Mama dan lima orang anaknya dalam hidup. Malah, Datuk Halim juga tidak membenarkan Mama buat kerja, cuma fokus uruskan anak-anak.
“Uncle ni sebenarnya masa mama kenal dia dulu dia seorang ÿang garang, tapi dalam hati mama tahu uncle baik sebab dia sanggup terima mama dengan 5 anak anak mama. Dulu masa anak-anak kecil memang uncle tak bagi mama buat kerja uncle cakap, “You jaga anak je” tapi mama nakal. Ada juga jual senyap-senyap tapi uncle tahu sebenarnya ..
Lama-lama bila mama lembut dengan uncle, mama nampak uncle sebenarnya mungkin masih dalam proses nak berkenalan dengan mama. Iyala kami kan kenal sekejap je then kahwin.”Tulis Datin Kartini.
Alhamdulillah dah masuk 25 tahun, mama bahagia. Allah hadirkan suami yang penyayang, penuh dengan ihsan dan empati terhadap ramai orang. Dia banyak mengajar mama menjadi ibu dan isteri yang lebih baik.
Dari dulu sebagai isteri mama selalu jadi isteri yang tidak meminta-minta tetapi memang uncle selalu hadiahkan mama macam-macam mungkin asbab kebaikan dia kepada mama sebagai isteri Allah kurniakan dia rezeki berjaya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau anda rasa nak ubah kabinet dapur di rumah jadi kemas dan tertutup, boleh cuba idea menggunakan pintu sliding door seperti yang dikongsi lelaki ini.
Maklumlah, awal-awal kahwin semua bajet kena jimat poket. Orang kata baru nak hidup. Jadi cuba kemaskan bahagian dapur dengan DIY sliding door, barulah sedap mata memandang.
DIY Kabinet Dapur Jadi Kemas Dan Tertutup
Caranya mudah sahaja dan barang-barang yang diperlukan pun tidak banyak. Tidak perlu pun keluar modal yang tinggi. Asalkan rajin, anda boleh dapat kabinet dapur yang kemas.
Berikut bahan-bahan yang diperlukan:
Rail langsir
Board kalis air
Handle pintu
Gam
LANGKAH DEMI LANGKAH:
Penerangan lebih lengkap cara-cara membuat:
Ukur rail langsir.
2. Lekatkan rail langsir dengan gam.
3.Masukkan board kalis air secara berhati-hati.
4.Pasangan pemegang. Siap!
Agak-agak boleh buat tak? Pasangan suami isteri yang rasa nak jimat, boleh guna idea ini sementara buat kabinet mahal. Semoga bermanfaat!