kredit mekap: helmy sharip

Menunggu saat untuk disatukan dengan pasangan adalah momen yang dinantikan buat sesiapa pun. Tentukan si gadis mahu bersolek rapi agar tampil menonjol di hari penuh bersejarah. Buat pengantin yang berhijab pastikan anda berdandan sebijaknya dengan memilih rekaan gaun perkahwinan yang sesuai dengan penampilan dan sempurna dipadankan dengan hijabnya.

Manfaat tip berikut untuk menentukan hijab yang sesuai dikenakan pada majlis berbahagia anda, yang penting ia tidak mencacatkan penampilan.

1. Tidak Jarang

Bagi wanita berhijab, rambut merupakan mahkota yang tidak boleh dilihatkan oleh orang lain yang bukan muhrim, sehingga sangat penting untuk memilih bahan hijab yang tidak telus pandang. Bahan yang ringan bukan bermaksud telus pandang ye. Walau mahu bergaya, aurat menjadi keutamaan.

2. Lembut

Hal lain yang perlu dipertimbangankan adalah memilih bahan hijab yang lembut, tidak licin dan tidak kasar. Hijab yang lembut tentu akan membuat penggunanya merasa selesa. Pastikan yang benar-benar selesa dengan anda,  tidak mudaratkan anda jangan pula tiba-tiba diserang sakit kepala kerana dilanda kepanasan.

Ads

3. Ringan & Tidak Terlalu Tebal

Pilihlah bahan yang memiliki tekstur ringan dan tidak terlalu tebal agar tidak berat  ketika dikenakan. Bahan yang ringan juga memungkinkan udara untuk dapat keluar masuk dengan mudah sehingga kulit kepala dan rambut tetap terasa segar meski tertutup hijab. Pilih juga bahan yang mudah menyerap peluh, tidaklah mengeluarkan bau yang kurang enak pula nanti.

Hijab Yang Selesa Buat Bakal Pengantin Lebih Anggun Dan Menyerlah
kredit mekap: helmy sharip

4. Pertimbangkan Motif

Jika anda inginkan hijab yang memiliki beberapa motif, pilihlah motif yang sama pada dua sisi hujung hijabnya, agar memudahkan ketika digayakan nanti.

5. Fabrik Hijab Yang Sesuai 

Ada banyak bahan yang dapat dipilih untuk hijab sehari-hari, namun untuk hari istimewa, pilihlah bahan terbaik yang akan membuat anda  tampil cantik dan selesa. Berikut beberapa bahan fabrik yang boleh menjadi pilihan:

Ads

6. Sifon 

Jenis tudung ini dibuat dari bahan dasar sutra, kapas dan serat sintesis. Ciri-ciri bahan ini memiliki sifat yang licin, tipis dan tidak panas. Kelebihannya, bahan ini sangat ringan dan mudah diolah ke pelbagai bentuk. Bahan sifon dapat memberikan kesan elegan pada pemakainya.

7. Hycon

Bahan ini mirip dengan dengan sifon namun lebih lembut dan tidak terlalu licin. Hycon memiliki serat kain yang lebih rapat dibanding kain paris kw1, lebih halus, bahannya pun jatuh dan tidak mengembang.

Ads

8. Spandek

Diperbuat daripada unsur non alami, bahan spandek sangat halus, lembut dan selesa, namun harganya agak mahal. Beberapa kain bahan spandek  kebanyakannya sangat elastik dan mudah untuk dibentuk. Hijab dengan bahan spandek yang berkualiti mampu menyerap peluh dengan baik, sehingga akan rasa selesa dikenakan walaupun ketika cuaca panas.

9. Jersi

Ini merupakan jenis kain cotton stretch yang halus dan lebih tebal dari spandek rayon. Kainnya fleksibel, elastik, ringan dan tidak berbulu, sehingga sangat selesa. Sangat sesuai untuk anda yang berwajah tirus kerana akan membuat pemakainya kelihatan lebih berisi.

Sumber : The Wedding.id

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI