Kehidupan sewaktu penularan wabak Covid-19 ni memang sukar. Keadaan ekonomi yang turun naik menyukarkan rakyat meneruskan hidup. Namun tak boleh nak lepaskan kemarahan atau rasa tidak puas hati kepada kerajaan. Bab wabak ni, kita berdoa sahaja agar ia terhapus secepatnya.
Apabila terkesan dengan pandemik, pasangan suami isteri perlu mengambil langkah drastik untuk memperbetulkan perbelanjaan keluarga. Mana yang baru bercadang untuk melangsungkan perkahwinan, cubalah berjimat selagi boleh.
Dari perkongsian Facebook Cik Yam, kehidupannya berubah 360 darjah kerana kehilangan pekerjaan yang dilakukan selama 16 tahun. Cepat-cepat sedar dengan keadaan kewangan keluarga, Cik Yam kongsi tips urus duit bila kehilangan pekerjaan.
3 TIP URUS DUIT BILA KENA BUANG KERJA
Lepas hilang pekerjaan sebagai wartawan senior bebaru ni, CikYam amalkan 3 tip ni berkaitan dengan kewangan keluarga. Banyak membantu la bab duit dengan 3 benda ni.
1) ASING DUIT DENGAN DISIPLIN
Apa je duit masuk, asingkan dulu untuk komitmen yang penting terutama bayaran bulanan kat bank dan segala mak nenek bil.
So kena kenal pasti berapa RM komitmen kita. Rumah berapa, bil berapa, insurans berapa. Kena tahu exact amaun je.
2) TAHU KEDUDUKAN KEWANGAN SAMA-SAMA
Kalau dulu, CikYam tahu sengsorang je berapa komitmen bulanan. Yelah, sebab bayar sengsorang kan? So kali ni, bila dah kena buang kerja, haaaaaa CikYam buat sesi pembentangan bajet. Kau ingat PM je bentang bajet? CikYam pun bentang hokey. So kena tahu la berapa nak tanggung rumah, insurans, bil bagai ni. Ni baru nama susah sama susah, senang sama senang. Patut dari dulu dah buat benda ni. Baru dia tahu betapa berat bini ni menanggung.
3) WUJUDKAN SATU AKAUN BANK RAHSIA
Yang ni CikYam buat guna satu akaun bank yang jarang CikYam guna. Aktifkan balik dan kat situ CikYam masukkan duit. Kira saving untuk waktu kecemasan. CikYam tak nak amik tahu sangat berapa jumlahnya.
Tapi duit ni konsepnya macam ala-ala duit KWSP iaitu tiap bulan masuk tapi kemain susah nak keluarkan. Kena bersidang dulu baru boleh keluarkan. Haaaa gitu. Senang citer, ni duit yang memang time susah sesangat je baru boleh keluar. Gitulah kiranya.
.
©CikYam
Masih membiasakan diri jadi surirumah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI