Kahwin adalah penyatuan dua hati insan bercinta. Sudah namanya ‘membina masjid’, tentulah perkahwinan itu sesuatu yang suci. Namun lain pula yang berlaku di negara jiran, Karawang, Jawa Barat Indonesia. Sepasang suami isteri ‘mencemarkan’ kesucian perkahwinan dengan mengadakan grand entrance ala disko. Siap ada DJ lagi!
Baca juga Lepas Selesai AKAD NIKAH Kakak, Giliran MK K-Clique Pula ‘NAIK PELAMIN’. – Pesona Pengantin
Sebuah video yang tular baru-baru ini memperlihatkan pasangan pengantin yang masuk ke dewan berpegangan tangan akhirnya menari mengikut rentak muzik. Para tetamu yang hadir pula berkumpul di bahagian tengah dewan sambil menunggu pengantin kemudian masing-masing menari ala di disko.
Video berdurasi 33 saat ini yang sudah meraih 1.6 juta tontonan mengundang pelbagai reaksi netizen. Yang pastinya, rata-rata netizen mengecam tindakan ‘menghancurkan’ kesucian sebuah majlis perkahwinan.
Dalam satu laporan dari Sinar Harian, Ketua Penolong Pesuruhjaya (Bahagian Pengurusan Masjid) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz menjelaskan, persembahan seumpama itu disifatkan sebagai haram di sisi agama dan tidak sepatutnya berlaku kerana ia bercanggah dengan syariat Islam.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, majlis perkahwinan adalah sama sahaja dengan majlis jamuan lain dari sudut hukum asal , iaitu sunat.
Pengantin wanita mengenakan busana berpotongan kebaya lengkap berhijab manakala yang lelaki mengenakan sut kelabu dilihat sungguh bergembira di hari bahagia mereka.
Biarpun masing-masing mempunyai pendapat tersendiri tentang keunikan majlis resepsi yang diadakan namun secara jelasnya, janganlah dimusnahkan kesucian sebuah majlis perkahwinan dengan sesuatu yang tidak indah seperti ini.
Semoga menjadi pengajaran buat bakal pengantin yang bakal berkahwin akan datang.