Oh no, pernah tak anda membayangkan sesuatu yang tidak diingini muncul secara tiba-tiba pada majlis anda? Ya, jerawat adalah salah satu punca yang membuatkan kadangkala kita berasa rendah diri dan tidak berkeyakinan lebih-lebih lagi jika ia muncul beberapa hari sebelum majlis perkahwinan anda. Rungsing sangat.
Untuk itu, kami ada cara yang mudah dan semulajadi bagi anda untuk hilangkan jerawat. Tak perlu bersusah payah lagi berhabiskan duit di kedai kecantikkan. Jom kita lihat.
Ads
1. Tomato
Hiris tomato sehingga menjadi dua bahagian, kemudian sapukan ke tempat wajah yang berjerawat. Selepas itu, biarkan selama 15 minit hingga 1 jam. Kemudian bilas. Untuk perawatan dari dalam, anda juga digalakkan memakannya selalu.
2. Bawang Putih
Selain digunakan untuk keperluan memasak, bawang putih juga memiliki khasiat yang amat besar untuk menghilangkan jerawat. Caranya, tumbuk bawang putih secukupnya hingga halus dan sapukan pada wajah yang berjerawat. Biarkan selama 10 minit dan bilas.
Ads
3. Putih Telur
Asingkan putih telur dan kuning telur hingga keduanya terpisah. Ambil putih telurnya sahaja, kacau sekejap kemudian sapukan pada wajah. Biarkan selama 15 minit.
4. Lidah Buaya
Lidah buaya atau aloe vera sangat tinggi khasiatnya, ia mampu merawat pelbagai lagi penyebab. Potong lidah buaya pada bahagian tengah dan kupaskan kulit lidah buaya pada bahagian luarnya. Kemudian gosokkan pada wajah yang terkena jerawat dan selama 15 minit. Kemudian bilas hingga bersih.
Ads
In shaa allah ia boleh menghilangkan jerawat anda dalam masa yang singkat. Share ok
Sumber : Pinterest
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam majlis perkahwinan, tuan rumah dan ahli keluarga akan memakai korsaj pada baju bagi tujuan memudahkan tetamu untuk mengenalpasti mereka. Korsaj yang sering kali kita lihat dibuat dalam bentuk bunga ataupun duit yang dilipat menjadi kipas serta dipinkan di baju. Mungkin bosan dengan korsaj yang sering digunapakai itu, apa kata anda berikan kelainan dengan membuat korsaj untuk diikat di pergelangan tangan.
Ia juga menjimatkan kos jika anda membuatnya sendiri daripada membeli yang sedia ada dari kedai peralatan perkahwinan. Bukan itu sahaja, anda juga dapat membuat korsaj dengan pelbagai rekaan unik dan lebih menarik untuk seluruh ahli keluarga.
Jom ikuti langkah-langkah ini untuk membuat korsaj dengan rekaan unik.
Bahan-bahan yang digunakan:
• Pelbagai bunga sutera (pilih beberapa kuntum bunga yang nampak realistik)
• Gam panas
• Gunting
• Pemotong wayar
• 1.5” reben satin lebar
Langkah 1: Potong kuntuman bunga yang besar dari tangkai menggunakan pemotong wayar. Pastikan dengan menyusunnya secara mendatar.
Langkah 2: Potong beberapa kudup bunga dari tangkai utama, namun masih mengekalkan tangkai yang kecil.
Langkah 3: Potong sepanjang 18” reben.
Langkah 4 & 5: Mulakan dengan bunga-bunga utama. Gamkan di bahagian tengah reben tadi. Gamkan kudup bunga di sekitar bunga utama. Ikat pada pergelangan tangan dengan korsaj baharu yang dibuat sendiri.
Salah satu biskut yang menjadi kegemaran orang ramai ketika Hari Raya adalah chocolate eclairs. Rasa coklatnya memang cukup enak. Lebih-lebih lagi jika anda merupakan pencinta coklat.
Menariknya, resipi ini hanya menggunakan 4 bahan sahaja dan cukup mudah untuk disediakan. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Norasikin Md Noor menerusi grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN).
*****
Chocolate Eclairs
Bahan-bahan:
Biskut marie/apa-apa biskut
Kacang tanah
Susu pekat
Coklat masakan
Paper cup
Cara-cara:
Hancurkan biskut.
Kacang tanah disangai dan dibuang kulit. Hancurkan dan kisar kering sahaja.
Masukkan susu pekat.
Campur semua sampai boleh bulatkan doh.
Celupkan ke dalam coklat masakan yang dah dicairkan. Masukkan ke dalam paper cup.
Simpan dalam peti ais sehingga coklat keras.
Siap!
Korang agak-agak je nak banyak mana. Nak sedap, kacang lebih.
Korean cheesy garlic bread merupakan salah satu street food yang popular di Korea. Roti bun yang dipotong seperti bintang diisi padat dengan krim keju sebelum disiram sos mentega. Selepas itu, roti dibakar di dalam ketuhar sehingga masak. Di negara kita sendiri, makanan ini sudah mendapat perhatian ramai. Bagi yang nak cuba masak sendiri menu ini, apa kata ikut resepi seperti yang dikongsi Amanda Tan ini. Senang sahaja caranya, nampak menyelerakan!
Guna air fryer
Korean Cheesy Garlic Bread adalah makanan jalanan Korea yang sangat popular. Dengan adunan keju dan sos mentega, ia sangat enak dimakan bila bila masa sahaja. Tak perlu ke Korea untuk menikmatinya. Jom saya kongsikan cara cepat untuk menyediakannya. Selamat mencuba.
Model : Air Fryer Philips HD9216
Panaskan dahulu AF pada suhu 180°C selama 5min.
Loyang digunakan saiz 6 inchi. Boleh beli di kedai online. Carikan Accessory Air Fryer.
Boleh guna pinggan besi yang dijual dikedai Eco.
Boleh juga campur sos cili kedalam adunan cheese jika nak rasa yang pedas.
Boleh simpan dalam peti sejuk. Panaskan balik keesokan hari.
Resepi ini sesuai untuk pengguna ketuhar. Bakar ikut masa tapi kena kerap pantau . Boleh tambah suhu / masa ikut ketuhar.
Saya gunakan roti bun yang sedia dijual dikedai. Boleh guna bun biasa, bun kismis, bun wholemeal dan lain lain.
Bahan Bahan Inti:
100g Cream Cheese
30ml Whipping Cream
2 sudu besar Madu
Sos:
100g Mentega
1 labu Bawang Putih dicincang
2 sudu besar Herba Parsley Kering
2 sudu besar Keju Parmesan
1 biji Telur
Cara penyediaan
Cara Penyediaan Korean Cheesy Garlic Bread setiap bahan:
Potong roti bun ke 6 bahagian. Tanpa potong putus dibawah. Ketepikan.
Sediakan Inti :
Cairkan mentega pada api kecil/sederhana. Tutup api.
Masukkan bawang putih cincang dan herba parsley kering. Gaul sehingga mentega agak sejuk.
Bila mentega sedikit sejuk, baru masukkan telur dan keju Parmesan. Gaul sebati. Ketepikan. Jangan masukkan telur bila mentega masih panas nanti terjadi pulak telur goreng.
Cara Penyediaan Korean Cheesy Garlic Bread
1. Isikan inti cream cheese di setiap belahan roti. Isikan separuh , takut muak.
2. Tuang sos mentega kedalam setiap belahan roti dan bahagian atas. Alaskan roti didalam loyang yang akan dibakar dalam Air Fryer.