Indahnya sebuah majlis pernikahan apabila sirih junjung menjadi satu kemestian sebagai pelengkap dulang hantaran pengantin. Ia menjadi simbolik dalam acara perkahwinan Melayu. Dahulu sirih junjung digubah dengan sentuhan tradisional namun kini dipelbagaikan gaya gubahan mengikut kreativiti.
Bunga-bungaan dihias indah bagi menyerikan gubahan sirih junjung. Pilihan daun sirih yang segar menyerlahkan lagi rekabentuk sirih junjung. Agar sirih junjung sentiasa segar ikut tip berikut:
* bagi daun sirih yang tulen, sapuan minyak masak ataupun minyak zaitun mampu menaikkan seri sirih. ia juga amat membantu dalam proses melipat daun sirih.
* jangan rendam di dalam air yang banyak kerana batangnya akan mudah busuk atau rosak.
* letakkan bunga dalam suasana suhu bilik.
* elakkan dari membuka kipas terlalu kuat bagi mengelakkan bunga tersebut lebam
* jika menggunakan bunga segar celup atau bunga yang diwarnai, jangan merenjis bunga tersebut untuk mengelakkan warnanya luntur
Idea sirih junjung dengan gaya moden
Lihat juga gubahan sirih junjung dalam Pesona Pengantin dan tip yang dikongsi oleh penggubahnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Datuk Dr Ustazah Nor Hafizah Musa Kongsi Petua. Makanan Sunnah Elok Sangat Diamalkan Para Isteri
Manisnya wajah Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa. Bila bercakap pun lemah lembut saja. Setiap sesi ceramah Ustazah Norhafizah memang kita akan rasa cepat sangat masa berlalu kerana topik yang dibicarakan semuanya best. Ada amalan bangun tidur yang Ustazah kongsikan dalam satu video daripada Himpunan Nasihat Ustaz.
Rata-rata ramai yang tahu mengenai makanan sunnah antaranya kurma, habbatus sauda, minyak zaitun dan pati delima. Tapi ramai yang susah nak jadikan pemakanan sunnah ni sebagai amalan kecantikan. Kali ini Ustazah Norhafizah kongsikan petua kecantikan yang mudah. Cuma anda perlu istiqamah!
- Bangun pagi dan minum air suam sebanyak satu botol air mineral (500ml) + 1/4 . Lebih kurang satu botol suku. Baca doa yang dibaca ketika minum air zamzam.
2. Kemudian ambil satu sudu minyak zaitun dan minum.
3. Selepas itu, ambil dua sudu atau lebih pati delima.
4. Ambil secawan air suam, masukkan satu sudu madu, satu sudu kecil minyak habbatus sauda, satu sudu minyak kelapa dara dan beberapa helaian safron. Kacau sebati dan minum.
5. Biarkan perut ‘berehat’ selama dua jam. Kemudian, barulah anda boleh menikmati hidangan berat.
Menurut Ustazah lagi, selepas setiap kali makan makanan berat, ambil sedikit cuka tamar unutk ‘mencuci’ perut. Jangan terlalu banyak kerana cuka bersifat asid dan pedih pada perut.
Anda juga boleh menonton video ini.
Kredit video: Facebook Ceramah Ustaz dan Ustazah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Kongsi 10 Tanda Dia Adalah Jodoh Kita & Cara Tolak Lamaran Dengan Baik
Masa aku belum kahwin, soalan yang selalu aku fikir ialah, “Macam mana nak kenal tu jodoh aku?”.
Rupa-rupanya jodoh tiba dengan cara yang mudah. Umpama belaian angin pantai. Kalau betul dia jodoh kau, Tuhan akan gerakkan hati kedua-duanya, bukan salah seorang sahaja.
***
Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Setiap orang pasti inginkan jodoh yang terbaik. Dalam pencarian mencari yang terbaik, perbaiki juga diri untuk menjadi seorang yang baik.
Taaruf merupakan salah satu cara untuk mengenali calon pilihan kau. Dalam peringkat ini, kau akan mula nampak kelemahan masing-masing. Antara calon yang baik ialah apabila dia sudi menerima kekurangan kau. Kau pun mesti lah nak buat perkara yang sama kepada dia.
Carilah keserasian. Dalam Islam tetapkan proses pencarian dengan empat faktor iaitu agama, harta, paras rupa dan keturunan. Agama menjadi faktor yang utama.
Keserasian bermaksud semua persamaan yang ada itu saling mendekatkan, semua perbezaan yang ada itu pula saling melengkapkan. Kau sendiri dapat rasa perasaan tu.
Jika dalam proses taaruf/ mengenali dia kau merasakan 10 perkara ini, mungkin dia jodoh kau. Antaranya:
.
-Kau rasa telah lama mengenali si dia.
-Kau rasa rindu ketika berjauhan dengan si dia.
-Ada ikatan yang kuat. Apa yang dia rasa kau pun rasa sama.
-Kau rasa selesa di samping si dia.
-Senang berkongsi cerita dan hal peribadi dengan si dia.
-Sesibuk mana pun kau, kau akan cipta waktu untuknya.
-Setiap perbualan dan perbincangan selalu dapat difahami dan masing-masing puas hati dengan keputusan yang dibuat.
-Selalu jujur, ikhlas dan percaya pada si dia.
-Tidak mempedulikan masa lalu masing-masing dan menerima apa adanya. Mula merancang untuk masa depan.
-Kau sentiasa sabar dengan segala kerenah si dia.
.
Lakukanlah istikharah. Mohon petunjuk Allah. Jika yakin si dia pilihan terbaik, jadikanlah si dia halal untukmu. Jika sebaliknya, tolaklah si dia dengan sebaiknya.
Lamaran bukan paksaan. Ianya satu perkara besar dan perlu difikirkan sedalam-dalamnya. Apabila kau nak terima, terima dengan fikiran semasak-masaknya, juga kalau nak tolak, tolak setelah fikir sehabis baik.
***
Sekiranya nak menolak cinta dia, ingat lima perkara ini.
Berterus Terang
Kau berterus teranglah kalau kau rasa tak serasi dengan dia. Jangan hati kau tak suka tapi kau nak teruskan juga sebab kesiankan dia.
.
Hormati Si Dia
Kalau kau nak tolak dia, tolak baik-baik. Jangan kau nak malukan dia depan orang ramai. Jangan nak maki dia bagai. Respect dia yang selalu caring dekat kau.
.
Jangan Sesekali Gunakan Personaliti Untuk Menolak
Kau dah bercinta dengan si dia 3-4 tahun. Alih-alih tak suka sebab dirinya. Apa yang dia ada. Logik ke? Contohnya;
“Awak ni gemuklah. Saya tak suka orang gemuk.”
“Awak muka gelap la.”
“Awak terlalu baik untuk saya.”
“Keluarga saya tak suka orang Kelantan.”
Jadi, jangan gunakan personaliti atau perihal peribadi untuk menolak si dia.
.
Jangan Gunakan Dia
Kau tak cintakan dan sayangkan dia. Tapi kau gunakan dia. Bila rasa down kau cari dia. Kau nak pergi sana sini suruh dia teman. Dah taknak guna dia kau buang macam plastik sampah. Pedih hati dia kalau tahu kau hanya gunakan dia. Cuba bayangkan orang buat macam tu kat kau. Apa kau rasa?
.
Doakan Kebahagiaan Dia
Doakan agar si dia berjumpa dengan seseorang yang terbaik untuk dirinya. Doakan agar dipermudahkan segala urusan dia.
***
Masa bercinta tu jangan asyik nak relationship goals je. Bercinta sampai 3-4 tahun, 700 kali makan tempat hipster, & kedai kopi mahal, 70 kali pergi travel sana sini tapi bab kumpul duit belanja kahwin langsung tak buat.
Kau jangan acah-acah berkasih sayang, caring bagai, bercinta bagaikan nak rak tapi tak de niat nak kahwin dengan dia sebenarnya. Kesian anak dara orang woi. Kah!
SHARE l TAG jika bermanfaat. Moga manfaat
[ASY]
#AmirSyahir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zikir Salah Satu Cara Untuk Menjemput Rezeki
Dalam hidup kita sentiasa mengharapkan rezeki yang mengalir tidak putus-putus walaupun ada kalanya tidak banyak sebagaimana yang diharapkan. Namun jangan pernah berputus asa dengan kehidupan dan sentiasa berusaha untuk menjemput rezeki. Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang tetapi didatangkan oleh Allah dalam pelbagai rupa.
Kita seharusnya mewajibkan diri kita berzikir sebagai tanda syukur kepada Allah SWT di atas nikmat kurniaanNya. Salah satu cara menjemput rezeki juga adalah dengan zikir. Sebagai umat Islam kita digalakkan mengingati Allah di kala susah dan senang kerana dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang dan diberi petunjuk oleh Allah SWT.
7 jenis tasbih yang patut diamalkan untuk menjemput rezeki ialah;
1. Memperbanyak membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah. Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan–La hawla Wala Quwwata Illa billah. (Hadith Riwayat At Thabrani)
2. Membaca–La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin. Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (Hadith Riwayat Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
3. Membaca–Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim. Dari setiap kalimat itu seorang Malaikat yang bertasbih kepada Allah SWT sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (Hadith Riwayat Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surah Al-Ikhlas: “Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya”. (Hadith Riwayat At Thabrani)
5. Membaca Surah Al-Waqiaah: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqiaah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup”. (Hadith Riwayat Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak seIawat atas Nabi SAW: Dari Umar bin Khattab r.a. dari Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat”. (Hadith Riwayat Bukhari)
7. Melazimkan Istighfar: “Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga”. (Hadith Riwayat Ahmad, Abu Dawwud dan Ibnu Majjah).
Sumber: http://rahsiarezekimurah.blogspot.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI