Setiap perkahwinan pasti diserikan dengan tema. Apatah lagi jika tema perkahwinan yang dipersembahkan unik dan menawan, pasti ia akan membuatkan majlis berlangsung dalam suasana yang meriah.
Malah tetamu undangan yang hadir juga tentunya akan memuji sekali gus membuatkan majlis perkahwinan anda menjadi bualan sesama mereka. Bahkan tetamu juga akan beruntung kerana dapat mengabadikan fotografi yang indah bersama pasangan yang diraikan. Gerenti mereka nak duduk lama di majlis anda.
Sentuhan tema perkahwinan dengan idea menarik seperti ini bakal menjadi kenangan terindah untuk pasangan pengantin abadikan.
MOROCCAN
Ilham Moroccon dengan limpahan rona mewah pada perincian memberi aura eksotik pada majlis perkahwinan. Dihiasi dengan rona-rona terang pastinya ia mampu menarik perhatian, ditambah pula dengan ukiran khas yang digandingkan bersama.
CASUAL GARDEN
Dengan keadaan cuaca Malaysia yang agak panas menyebabkan majlis perkahwinan bertema dalam taman sesuai diadakan pada waktu malam. Ditambah pula dengan elemen pencahayaan yang memukau bersama angin malam pastinya membuatkan tetamu terpesona. Dekorasi kayu memberi kesan cozy ketika berbaur dengan hijaunya taman. Bahkan kerusi pengantin juga boleh dibaluti dengan rerumput hijau bagi membangkitkan menyatukan elemen dalam taman. Kehadiran kedua-dua pengantin bersama sepersalinan busana serba putih pastinya mencuri tumpuan tetamu.
PICNIC WEDDING
Perkahwinan menjadi momen yang menyenangkan, bukan hanya buat pengantin namun juga tetamu yang hadir. Berkonsepkan santai dengan gaya picnic wedding, perletakan kerusi dan tikar bersama bantal yang dibentangkan di atasnya bakal menjadikan majlis tampak lebih santai. Dihiasi juga dengan belon-belon dan hiasan bunting bagi menambah warna untuk dekorasi tema picnic wedding ini.
SHABBY CHIC
Dekorasi ala Shabby Chic dengan bunga dan lace memberi sentuhan feminin nan romantis pada majlis perkahwinan. Pilihan warna pastel seperti biru pucat atau merah jambu bersama hiasan lace akan menyempurnakan lagi setiap perinciannya.
HITAM & PUTIH
Paduan warna klasik antara hitam dan putih memberi kesan elegan yang timeless sebagai dekorasi perkahwinan. Dekorasi perkahwinan bertemakan hitam dan putih ini pastinya sudah tidak asing lagi, selain menjadi tema dekorasi kegemaran bagi pasangan muda masa kini.
CASUAL BEACH
Eksotik pantai kerap kali dipilih oleh bakal pengantin demi mewujudkan perkahwinan romantis sebagaimana yang diimpikan. Pemandangan alam yang tentunya indah tidak perlu lagi diberi sentuhan mewah, namun cukup dengan nuansa serba putih yang memberi kesan ringkas, moden dan anggun bersama tiupan bayu dari pantai.
Saksikan Detik Indah bertema Bollywood, mewah dengan warni-warni yang menjadikan majlis perkahwinan tambah meriah.