Setiap hubungan pasti akan mempunyai masalah yang tersendiri, apatah lagi suami dan isteri. Perbezaan pendapat antara suami dan isteri adalah perkara biasa didalam rumah tangga. Malah perselisihan faham juga telah menjadi asam garam dalam kehidupan rumah tangga. Namun, ada sesetengah pasangan memandang konflik dengan rasa cemas dan panik, seolah-olah itu akan mengancam hubungan mereka. Ternyata setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya.
Pergaduhan bukan lah jalan penyelesaian untuk memulihkan hubungan. Sebagai suami atau isteri, anda perlu faham situasi yang sedang anda hadapi. Kalau boleh jangan bertindak mengikut emosi dan perasaan anda. Selesaikan dengan cara baik agar tidak melukakan hati anda berdua. Berikut beberapa pencerahan dalam menyelesaikan konflik rumah tangga.
1. Pilih waktu yang tepat
Ketika anda ingin menyelesaikan sesuatu konflik, pastikan anda berdua sudah berada dalam keadaan tenang, jika salah seorang antara anda masih marah, tundakan dahulu perbincangan, tetapi, janganlah terlalu lama. Pastikan setiap perbincangan mestilah kena dengan tempatnya. Elakkan gangguan dari perkara lain, supaya proses perbincangan dapat diteruskan dengan tenang.
2. Kawal emosi
Pengawalan emosi adalah sangat penting ketika anda membicarakan setiap permasalahan. Emosi yang tidak terkawal akan menjadikan perbincangan menjadi semakin tegang dan salah faham. Semasa anda merasakan emosi sedang tinggi, hentikan perbincangan seketika, kerana perbincangan di saat itu tiada penyelesaiannya. Sebelum bertindak atau mengatakan sesuatu, fikirkanlah sebaik-baiknya terlebih dahulu kerana setiap kata dan tindakan akan memberi impak yang besar buat pasangan.
3. Berterus-terang
Berterus-teranglah ia lebih bagus daripada simpan. Luahkan apa yang anda rasa dan suarakan apa yang membelenggu diri anda. Pastikan setiap perbicaraan dilakukan dengan jelas dan tenang tanpa ada perasaan marah. Anda mestilah rasional dalam setiap tindakan dan percakapan.
4. Ingat momen cinta anda
Semasa anda sedang marah, ingatlah yang anda berdua sedang hangat bercinta, kerana dengan wujudnya perasaan itu, pasti anda akan rasa cinta tersebut sebagai sumber kekuatan untuk membantu anda dan pasangan dalam mengatasi masalah yang melanda.
5. Minta bantuan jika perlu
Setiap masalah antara pasangan hendaklah diselesaikan antara anda berdua sahaja. Namun, sekiranya anda merasakan konflik yang melanda itu menjadi semakin tegang, anda disarankan meminta bantuan dari pihak keluarga anda atau pasangan. Jika ingin lebih professional, anda boleh mendapatkan khidmat dari pihak kaunseling mahupun psikologi. Amalkan cara-cara diatas dan tangani setiap konflik dengan bijak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI