Hubungan Berakhir & Sukar Melupakan Si Dia Dalam Hidup? Buat 5 Perkara Ini Untuk Rasa Tenang

Share

Apabila orang yang pernah mendapatkan tempat di dalam hati anda, tiba-tiba menyatakan untuk tidak mahu lagi bersama, tentunya  sukar untuk melupakan kerana terlalu banyak kenangan yang dilalui bersama.

Takdir jua memisahkan anda berdua. Meninggalkan semua harapan dan impian yang dulu pernah dirancang. Ia amat menyakitkan dan seharusnya anda perlu berperang dengan hati untuk melupakannya.

Tip berikut dapat anda manfaatkan bagi melupakan si dia.

Beri Waktu

Anda perlu lebih banyak bersabar. Beri waktu pada hatimu. Biarkan kenangan itu berlalu perlahan. Tak usah terburu-buru ingin membunuh semua kenangan dan memori tentangnya. Apabila anda  sudah boleh memberi waktu dan bersabar, keikhlasan akan memenuhi hatimu.

Cari Punca Masalahnya

Kenapa anda sukar melupakannya? Apa yang membuat anda masih terus dibayangi oleh dirinya? Cari jawapan dan punca masalahnya. Jika  alasan tak boleh melupakannya kerana kenangan yang pernah ada, anda boleh mulai dengan membuang barang-barang pemberiannya dan memutus hubungan dengannya di media sosial.

Cari Alasan

Cuba cari alasan kenapa anda dan dia tak ditakdirkan bersama. Buat saja, misalnya 101 alasan anda dan dia tak sesuai satu sama lain. Cara ini akan membuat hati terasa lebih lapang dan tenang. Sekali gus jadi cara untuk menghalang anda  untuk kembali mengingati lagi wajahnya.

 Fokus Pada Diri Sendiri

Sekarang waktunya untuk mengalihkan fokus. Daripada membuang masa memikirkan dia yang sudah pergi, lebih baik anda  lebih memerhatikan diri sendiri. Lakukan sesuatu yang boleh membuat diri sibuk. Manfaatkan waktu dengan melakukan berbagai-bagai hal yang boleh memberi faedah pada diri.

“If you want to forget something or someone, never hate it, or never hate him/her. Everything and everyone that you hate is engraved upon your heart; if you want to let go of something, if you want to forget, you cannot hate.”

― C. JoyBell C.

Berhenti Membencinya

Pernah menduga kalau salah satu alasan anda sukar melupakannya kerana ada rasa benci dalam dada? Berdamailah dengan rasa benci itu. Berhentilah membenci atau kecewa dengan masa lalu itu. Bagaimana pun semua itu sudah terjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda. Sekarang, apakah anda  benar-benar berdamai dan melupakan dia yang dulu pernah jadi sebahagian hidupmu? Percayalah, akan ada seseorang yang jauh lebih baik untuk anda di masa yang akan datang.

Published by
Putri Adila