Hubungan Hambar Sebab Beza Pendapat? Fahami & Terima Kekurangan Pasangan Agar Kekal Bahagia

Share

Setiap perhubungan pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pertengkaran dan perbezaan pendapat sering terjadi dalam hubungan kerana anda berdua merupakan dua individu yang miliki perbezaan pemikiran, pendapat, watak dan sifat.

Sebuah hubungan boleh bertahan jika ia diuruskan dengan matang dan bersikap rasional sehingga menciptakan aura bahagia. Hubungan tambah harmoni jika masing-masing boleh saling memahami dan mengisi kekurangan antara satu sama lain.

Tolong pertimbangkan perkara berikut agar anda berdua dapat menerapkan limpahan kasih dan sayang dalam rumah tangga.

1. SELALU BERSAMA DALAM SUKA & DUKA

Kalimat di atas memang terdengar agak klise tetapi begitulah dalam sebuah hubungan. Hubungan yang harmoni akan terbina ketika anda dan pasangan selalu menikmati waktu berdua, rutin berkomunikasi dengan jujur dan tidak pernah saling berahsia tentang sesuatu. Keterbukaan itulah selalunya menjadi keutamaan dalam menjalinkan hubungan.

2. DAPAT CAPAI KESEIMBANGAN & KESELESAAN

Kadang kala anda ingin menikmati waktu bersama teman-teman dan pasangan pula sibuk dengan hobinya. Tak harus selalu berdua, tapi anda seimbangkan dengan pembahagian waktu. Hubungan yang baik tercipta ketika pasangan boleh saling menyokong kegiatan antara satu sama lain sehingga pasangan rasa selesa dan terbuka berkongsi cerita sekecil apa pun tentang hobi dan kegiatan masing-masing.

3. SALING MEMPERCAYAI

Salah satu tanda sesebuah hubungan itu sihat apabila adanya kepercayaan dan komunikasi dua hala. Pasangan yang sudah teruji kepercayaan dan komunikasinya tidak akan lagi meributkan hal kecil seperti kenapa tidak menjawab telefon atau ambil masa lama untuk membalas sms pendek yang pasangan kirimkan.

4. BERTENGKAR DENGAN SIHAT

Seperti yang sudah dikatakan sebelumnya, bertengkar ialah keadaan normal bagi setiap hubungan. Perbezaan pendapat mengingatkan pasangan bahawa anda ialah dua peribadi yang berbeza. Ketika anda bertengkar, sebenarnya ada sesuatu yang diperjuangkan iaitu cuba mengerti bagaimana pasangan dan bagaimana menyelesaikan masalah. Jangan malu untuk meminta maaf dan mengakui kesalahan. Berkompromi dan mencari solusi untuk mengakhiri masalah dapat menyihatkan hubungan anda di masa hadapan. Jadi, jangan lagi beranggapan ketika anda dan pasangan bertengkar maka hubungan akan berakhir ya!

5. MESRA DENGAN PASANGAN

Salah satu tanda anda dan pasangan mempunyai hubungan sihat apabila anda berdua tetap mesra. Tidak peduli kamu dan pasangan sudah berhubungan berapa lama dan tidak perlu waktu khusus untuk mengungkapkan kemesraan antara satu sama lain. Bukan hanya bermesra seperti pasangan di filem tapi sudah cukup menggambarkan bahawa kamu dan pasangan masih saling menyayangi.

6. PERCAYA TERHADAP PASANGAN

Tidak mungkin kita mengawasi pasangan kita sepanjang 24 jam sehari. Bangkitkan rasa percaya terhadap pasangan. Kalau adanya rasa percaya maka keselesaan masing-masing akan tercipta.

7. FIKIR PERKARA POSITIF

Dengan sikap positif, pasangan anda akan percaya bahawa anda merupakan orang yang dapat dipercayai dan memiliki ciri-ciri lelaki setia yang diidamkan setiap wanita. Buang jauh-jauh fikiran negatif dalam fikiran anda. Kadangkala fikiran negatif yang sering kita fikirkan tidak terjadi sebaliknya hanya angan kita saja yang boleh menghancurkan hubungan dengan pasangan.

8. TUNJUKKAN PERHATIAN KEPADA PASANGAN

Perhatian tetap penting walaupun anda telah menjalinkan hubungan yang lama. Berusahalah agar anda berdua tetap seperti baharu, manis dan romantis. Usahakan dengan memberi perhatian termasuk untuk hal-hal yang kecil seperti menanyakan pasangan sama ada sudah makan atau belum.

9. BERI PERHATIAN KEPADA KELUARGANYA

Keluarga merupakan pihak yang penting bagi seseorang. Jadi, perhatian dan hormatlah keluarga pasangan anda. Jika ingin sampai ke jinjang perkahwinan bukan hanya menyatukan antara dua orang tetapi antara dua buah keluarga.

10. TETAP BERGAUL DENGAN TEMAN MASING-MASING

Setelah mempunyai teman istimewa bukanlah bererti anda menjadi tidak akrab dengan teman anda yang lain. Tetaplah akrab dengan teman yang lain setidak-tidaknya teman istimewa anda boleh menjadi teman sosial yang baik bagi hubungan anda.

11. JIKA BOSAN, UBAHLAH KEBIASAAN

Kebiasaan yang sering dilakukan bersama mungkin hanya hal-hal itu saja. Jika anda dan pasangan bosan, jangan ragu untuk mencuba hal yang lain. Misalnya mencuba tempat makan lain atau mengunjungi tempat-tempat baharu agar anda berdua dapat mencipta momen berbeza.

12. ATURKAN WAKTU PERTEMUAN

Kerap bertemu pasangan boleh menyebabkan kebosanan. Aturlah waktu pertemuan anda dengan pasangan misalnya dua kali seminggu. Bertemu setiap hari akan membuatkan anda ketandusan idea untuk berbual. Jika jarang bertemu akan menimbulkan rasa rindu yang dapat mengharmonikan hubungan.

13. BERIKAN WAKTU BEBAS KEPADA PASANGAN

Setiap orang pasti ingin mempunyai waktu bebas untuk melakukan pelbagai perkara sendirian. Jangan terlalu menuntut pasangan untuk selalu bersama anda. Jika anda selalu bersama bimbang boleh menimbulkan rasa bosan.

14. BERIKAN SEDIKIT KEJUTAN

Sesuatu yang tidak biasa dilakukan tetapi sesekali dilakukan untuk menyenangkan anda pasti membangkitkan kejutan istimewa. Sesekali berilah kejutan kepada pasangan untuk lebih membahagiakannya, misalnya membawanya ke tempat yang dia impikan.

Published by
Putri Adila