Hukum Membawa Orang Lain Menghadiri Kenduri Tanpa Dijemput

Share

Bermula musim cuti sekolah ni pastinya ramai yang membuat kenduri kawin.Dan pastinya berderet jemputan yang diterima. Lately ni, ada satu kemusykilan melanda ramai orang termasuk admin sendiri.

Apakah hukum makan kenduri di rumah orang kahwin walhal kita tidak dijemput? Tetapi kita makan sehingga kenyang pula. Adakah makanan yang kita makan itu halal atau haram?

Ini adalah jawapan dari Ustaz Azhar Idrus…
1) kalau kita dijemput kenduri, kita pergi dengan kawan, kawan kita tu TIDAK BOLEH makan sama atas alasan datang dengan kita sebab dia tidak dijemput. Jika telah makan bersama padahal kita tidak minta izin dari tuan rumah, WAJIB BERTAUBAT dan menggantikan balik harga makanan yang telah kawan kita tu makan.

2) WAJIB ganti balik walaupun setelah beberapa lama.. sepatutnya kita beritahu tuan rumah kita ada bawa kawan… bila tuan rumah beri izin baru boleh makan bersama. Dan SUNAT

tuan rumah beri izin kepada tetamu yang tidak diundang itu.

Hukum memakan makanan di majlis kenduri kahwin tanpa diundang diibaratkan seperti pencuri. Di dalam kitab Feqah, dalam bab walimah ada menyebut mengenai perkara ini iaitu siapa yang tidak dijemput, haram dia makan makanan di majlis tersebut. Tetapi hukum tidak haram pula adalah jika kita sekadar datang di majlis tersebut.

Jika kita makan tanpa diundang maka kita wajib bertaubat dan membayar semula kepada tuannya. Hal ini kerana golongan ini dipanggil pencuri. Untuk memudahkan lagi, teruslah berjumpa dengan tuan majlis tersebut untuk meminta maaf dan menyatakan kesalahan yang telah kita lakukan.

Published by
webadmin