Sumber gambar : I AM LEJEN

Apabila masuk bulan Rejab, debaran Ramadhan semakin terasa. Bagi yang ada tertinggal puasa disebabkan keuzuran, tentu ramai yang teringat ‘hutang’ puasa atau bayar fidyah yang belum ditunaikan.

Bukan itu saja, mungkin ada beberapa persoalan berkaitan puasa yang masih bermain-main dalam fikiran.

Mufti Wilayah Persekutuan menjawab hukum menangguh ganti puasa hingga ke ramadhan seterusnya.

SOALAN:

Assalamualaikum…

Ads

Nak tanya, boleh kah menangguhkn qada’ puasa tahun lepas pada tahun2 seterusnya & berapa bayaran fidiyahnya?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Ads

Mengqadhakan puasa merentasi tahun sehingga sampai kepada Ramadhan seterusnya tidak dibolehkan. Inilah yang dilakukan oleh generasi sahabat Radhiallahuanhum, mereka akan mengqadhakan puasa sebelum datangnya bulan puasa seterusnya seperti Aisyah dan lain-lain. Dengan sebab itu asas dalam mazhab kita menyatakan kalau ditangguhkan ke Ramadhan seterusnya, dia hendaklah membayar fidyah sebanyak satu cupak bagi setiap hari di samping dia qadha’.

Persoalan; Adakah digandakan fidyah jika ditangguh bayar fidyah bertahun-tahun?

Ads

Pandangan yang masyhur dalam mazhab ialah digandakan juga fidyah manakala dalam pandangan lain menyatakan tidak perlu digandakan.

Pembayaran fidyah dan penggandaan fidyah ini ialah taghliz (pemberatan) dan peringatan terhadap mereka yang memandang enteng terhadap ibadat puasa sehingga buat main-main atau tinggalkan begitu sahaja.

Wallahua’lam.

Sumber : Muftiwp.gov.my

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI