Ramai yang masih keliru, sama ada wanita haid boleh masuk masjid atau tak. Sekiranya ada jemputan yang perlu dihadiri di masjid,apa perlu kita lakukan? Mungkin ramai dari kita tahu wanita haid tidak dibenarkan masuk ke masjid. Namun sejauh mana kesahihan fakta tersebut. Baca ni..
SOALAN:
Ramai dari kita tahu wanita haid tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid tapi ada juga wanita yang tidak mengendahkan saranan tersebut terutamanya ketika ingin menyaksikan majlis akad nikah dengan alasan darah haid tinggal sedikit dan hampir kering. Harap ustaz dapat berikan penjelasan.
JAWAPAN:
HUKUM yang dipegang oleh kebanyakan ulama seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal adalah haram bagi wanita haid duduk di dalam masjid.
Pendapat yang mengharuskan pula ialah Imam Dawud Zahiri, Imam Muzani dan Ibn Hazim Zahiri. Dalil mereka yang mengharamkan berdasarkan dua hadis Nabi SAW:
Ads
Pertama, hadis Aisyah RA yang maksudnya: Nabi SAW datang ke Masjid Nabawi. Ketika itu muka pintu rumah para sahabat Nabi bersambungan dengan Masjid Nabawi.
Baginda lantas bersabda: “Palingkan rumah-rumah kamu ke arah lain daripada masjid.”
Kemudian baginda memasuki masjid. Orang ramai belum mengambil apa-apa tindakan pun kerana mengharapkan agar turun kepada mereka kelonggaran.
Setelah itu baginda keluar bertemu mereka. Baginda lantas bersabda lagi: “Palingkan rumah-rumah kamu ke arah lain daripada masjid kerana sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid ini untuk perempuan haid dan orang yang berjunub.” (Riwayat Abu Dawud RA).
Hadis yang kedua pula daripada Ummu Salamah RA yang maksudnya: Baginda SAW masuk ke pintu gerbang masjid lalu menyeru dengan suara yang lantang: “Sesungguhnya masjid ini tidak halal untuk perempuan haid dan orang yang berjunub.” (Riwayat Ibnu Majjah RA).
Ads
Kedua-dua hadis tersebut menunjukkan bahawa perempuan haid dan orang yang berjunub lelaki atau perempuan tidak boleh duduk di dalam masjid.
Ada pun melintasinya, kebanyakan ulama mengharuskan dengan dua syarat iaitu ada keperluan tertentu dan kedua diyakini masjid tidak dikotori dengan najis darah haid.
Adapun berdasarkan firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 4 yang maksudnya: “(Jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub melainkan orang yang melintasinya.”
Ada pun dalil-dalil yang mengharuskan adalah pendapat yang mengatakan bahawa hadis daripada Aisyah dan Ummu Salamah tadi adalah lemah.
Ads
Dengan itu tiada dalil yang kuat yang boleh mengharamkannya.
Rentetan itu, hukum duduk di dalam masjid adalah kembali kepada hukum asal iaitu harus.
Hujah yang mengatakan bahawa hadis daripada Aisyah dan Ummu Salamah lemah telah dibantah oleh para ulama kemudian, antaranya Imam Syaukani.
Bagi beliau kedua-dua hadis itu berstatus hasan atau sahih, jadi kedua-duanya boleh dijadikan hujah dalam hukum.
MERUJUK KEPADA SOALAN DI ATAS, WANITA HAID YANG INGIN MENUNTUT ILMU DI MASJID TIDAK BOLEH DUDUK DI DALAM MASJID.
Namun, mereka boleh berada di tempat yang tidak dikhususkan untuk solat seperti dewan kuliah yang tidak dijadikan tempat solat, tempat rehat di tingkat bawah masjid, tempat berwuduk dan kawasan persekitaran masjid.
Sekiranya ada yang ingin berpegang dengan pendapat kedua, iaitu yang mengharuskan, mudah-mudahan itulah antara rahmat keluasan fiqh dan perbezaan pendapat dalam fiqh Islam yang dikurniakan oleh Allah ke atas umat Nabi Muhammad.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada sesetengah negeri mewajibkan bakal pengantin menghadiri sesi temuduga bersama tok kadi sebelum mendapat surat kebenaran untuk berkahwin.
#1: Dua kalimah syahadah beserta maksud
#2: Al-fatihah
#3: Istighfar
#4: Doa Qunut dan hukum jika tertinggal doa qunut dalam solat Subuh
#5: Rukun Iman
Beriman kepada Allah S.W.T
Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada kitab-kitab suci
Beriman kepada para Rasul
Beriman kepada hari akhirat
Beriman kepada Qada’ dan Qadar
#6: Rukun Islam
Mengucapkan dua kalimah syahadah
Mendirikan solat 5 waktu
Berpuasa di bulan Ramadhan
Menunaikan zakat
Menunaikan haji bagi yang mampu
#7: Rukun nikah
Pengantin Lelaki
Perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
Islam, baligh, berakal
Tidak berada dalam ihram atau umrah
Tidak dipaksa kahwin
Tidak beristeri lebih dari 4 orang
Pengantin Perempuan
Islam
Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
Bukan isteri kepada seseorang
Tidak berada dalam iddah
Akad (Ijab & Qabul)
Lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul.
Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul.
Lafaz ijab dan qabul membawa maksud yang sama.
Had atau tempoh masa perkahwinan tidak boleh dinyatakan dalam lafaz ijab dan qabul.
Wali
Islam, baligh, berakal
Merdeka
Tidak berada dalam ihram atau umrah
Bukan seorang lelaki yang fasik
2 orang saksi
Islam, baligh, berakal
Merdeka
Boleh melihat dan mendengar dengan baik
Tanggungjawab wali bukan ke atasnya
#8: Lafaz niat mandi hadas
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hampir semua orang mengharapkan majlis yang diadakan biarlah sempurna kerana ia adalah majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup. Maka dengan itu, momen perkahwinan pastinya mahu diingat dan menjadi kenangan yang tidak dilupakan bagi bakal pengantin hingga ke akhir hayat.
Bagi menjadikan majlis kahwin berjalan sempurna, pertimbangkan perkara berikut agar ia menjadi panduan buat bakal pengantin.
1. Tentukan Lokasi Perkahwinan
Dengan memilih tema perkahwinan, anda boleh menentukan lokasi di mana majlis perkahwinan akan diadakan. Contohnya, jika anda ingin melangsungkan perkahwinan dengan tema taman, maka sesuai jika majlis diadakan di tempat outdoor. Tetapi, anda juga boleh memilih tempat indoor, asalkan ruang yang ada mencukupi dengan suasana yang dibuat seperti berada di taman. Ia boleh dilakukan dengan pemilihan dekorasi, contohnya lebih banyak dedaun daripada karangan bunga.
2. Perhatikan Cuaca
Jika dilakukan di tempat terbuka, perhatikan bulan apa anda akan melangsungkan perkahwinan, contohnya jangan dilakukan ketika musim hujan. Kebersihan persekitaran juga perlu anda perhatikan agar kelihatan indah. Anda juga perlu melihat juga besar ruang terbuka tersebut, cukup selesakah bagi para tetamu ataupun keluarga, terutama bagi keluarga yang sudah tua tentunya memerlukan kerusi tambahan bagi mereka. Perkara seperti ini boleh anda bincangkan dengan bahagian dekorasi ataupun dengan wedding planner jika anda memerlukan khidmat mereka.
3. Perhatikan Aliran Udara
Jika dilakukan di ruang tertutup, perhatikan aliran udara yang ada di dalam ruangan tersebut. Jika tempatnya kecil, jangan gunakan dekorasi yang terlalu besar dan memenuhi tempat, kerana akan membuat ruang terasa sempit dan tampil sarat. Hindari pula penggunaan warna-warna bunga yang gelap, pilihlah warna bunga yang cerah seperti kuning, putih, merah jambu, hijau muda untuk menciptakan ruang yang lebih luas.
4. Jumlah Tetamu
Jumlah tetamu juga perlu anda fikirkan dengan terperinci. Ini penting tidak hanya untuk menciptakan suasana yang selesa. Tidak hanya untuk suasana tetapi juga untuk jumlah katering yang akan dipesan. Jumlah tetamu akan berpengaruh dengan bentuk ruang dan perincian dekorasi ruang mahupun pelamin. Contohnya untuk ruang yang cukup luas, sementara jumlah tetamu jauh lebih sedikit daripada kapasiti ruangnya, anda boleh mengisi ruang kosong dengan perincian dekorasi yang sesuai dengan tema majlis yang anda pilih. Tetapi jika jumlah tetamu ramai, sementara ruangnya terbatas, anda boleh menggunakan dekorasi yang bergaya minimalis.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam hubungan rumah tangga, setiap pasangan perlulah memainkan peranan masing-masing dalam memastikan ikatan yang dibina kekal utuh dan berkekalan. Jika berlaku pergaduhan, segeralah bawa berbincang dan selesaikan dengan cepat. Jangan biarkan ia berlarutan hingga boleh mengganggu emosi anda mahupun pasangan.
Jika anda mula rasa risau akan situasi tersebut, anda mungkin boleh buat beberapa persediaan minda dengan menyedari 4 sebab yang menjadi punca keretakan hubungan. Anda boleh nilai sendiri dan kemudian sediakan minda anda untuk menghadapinya dengan sikap positif.
Di sini Pesona Pengantin kongsikan 4 penyebab hubungan cinta suami isteri tak kekal lama dan selalu berentakan.
1. KURANG KOMUNIKASI
Komunikasi adalah asas kepada setiap perhubungan. Bila anda mula berkenalan dengan pasangan yang anda sukai, anda akan bercerita, berkongsi pelbagai macam kisah dalam masa yang lama.Jika tidak bercakap, khidmat pesanan ringkas (SMS) juga boleh jadi. Semua komunikasi tiba-tiba terhenti dan anda dapati anda begitu kesunyian serta bersusah payah mencari topik untuk disembangkan. Ketika ini anda patut sedar pasangan anda bukanlah seperti yang dahulu lagi.
2. HILANG NIKMAT HUBUNGAN INTIM
Hubungan yang sihat dibuktikan dengan keserasian pasangan terutama ketika perhubungan seksual.Apabila salah seorang tidak lagi mempunyai keinginan tersebut maknanya tanda amaran hubungan sudah terjejas telah timbul. Pasangan yang menginginkan pula pasti berasa begitu kecewa, rasa diketepikan dan keseorangan.
Perasaan ini menjurus kepada pergaduhan jika berterusan. Jika anda sudah melalui peringkat ini maka janganlah terlalu bersedih. Fikirkan perkara lain dan sibukkan diri bersama anak-anak atau teman di pejabat.
3. MENYAMPAH DENGAN PASANGAN
Apabila setiap perkara yang dilakukan pasangan membuatkan anda menyampah. Sepatutnya apabila pasangan bercinta, walau si dia berperlakuan pelik anda menerima seadanya. Namun, jika anda semakin jelek dan menyampah, sebagai contoh pasangan anda minat bola sepak, tapi anda mula membebel tidak berkenan dengan hobi pasangan anda itu, maka itu satu tanda bahawa anda perlu putuskan hubungan sebelum anda semakin sakit hati dengannya dan melakukan perkara yang bukan-bukan.
4. SELALU BERI PELBAGAI ALASAN
Alasan adalah tanda perhubungan yang tiada persefahaman. Jika anda semakin kerap melahirkan alasan, anda tanya diri sendiri kenapa. Jika anda sedar bahawa pasangan anda tidak mencapai tahap yang anda mahukan, tapi anda masih boleh memberikan pandangan positif tentang dirinya di hadapan sahabat anda, maknanya anda masih boleh mempertahankan hubungan tersebut. Tapi jika anda mula membangkitkan sekecil kecil kelemahan dirinya maka lebih baiklah anda memutuskan sahaja hubungan tersebut sebelum ia memudaratkan diri sendiri dan orang lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!