Hymenoplastry Surgery atau pembedahan membaik pulih selaput dara boleh dilakukan dengan mencantumkan semua bahagian-bahagian yang terkoyak sehingga menutupi semula bahagian pintu vagina.

Ia biasanya dilakukan oleh pakar sakit puan (gynaecologist). Prosedur ini biasanya mengambil masa selama 30 hingga 45 minit bergantung kepada jumlah jahitan yang diperlukan. Ia boleh dilakukan di dewan bedah sekiranya menggunakan bius (general anaesthesia) atau boleh dilakukan di klinik sahaja dengan menggunakan bius setempat (local anaesthesia).

Benang yang digunakan untuk prosedur ini akan mereput sendiri setelah beberapa minggu. Oleh itu, prosedur membuka jahitan tidak perlu dilakukan.

Ads

Sekiranya dilakukan dengan teliti oleh doktor yang berpengalaman, kesan parut hampir tidak kelihatan dan selaput dara akan kelihatan seperti ‘utuh’ semula. Selepas prosedur menjahit semula selaput dara, pesakit boleh kembali bekerja dalam beberapa hari dan biasanya luka akan sembuh sepenuhnya selepas enam minggu.

Hubungan kelamin boleh dilakukan enam hingga lapan minggu selepas prosedur tersebut. Selaput dara tersebut boleh terkoyak semula semasa hubungan kelamin. Hymenoplastry juga boleh dilakukan menggunakan kaedah laser oleh pakar bedah kosmetik atau pakar estetik.

Ads

Mengapa sesetengah wanita ingin melakukan pembedahan membaiki selaput dara yang koyak?

i. Dalam sesetengah masyarakat di negara timur tengah misalnya, wanita akan diperiksa selaput daranya untuk memastikan masih ‘dara’ sebelum majlis perkahwinan.
ii. Mangsa rogol aatau penderaan seksual mungkin terpaksa melakukan prosedur ini untuk mengembalikan keyakinan diri dan menghilangkan rasa bersalah yang menghantui persaan mereka.
iii. Wanita yang ingin berkahwin untuk kali kedua.
iv. Wanita yang daranya terkoyak sebelum berkahwin disebabkan penggunaan tampon, aktiviti lasak atau hubungan kelamin.

Ads

Kesimpulannya, perlulah berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Pastikan ia dibenarkan oleh hukum syara` dan kemudian pertimbangkan kesan jangka pendek dan panjang terhadap perkahwinan yang dibina.

Oleh: Dr Asmah Binti Mastor, Pakar Sakit Puan dan Perbidanan Hospital Pakar SALAM Shah Alam.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI