Hari ini, kiri kanan belakang depan kawan-kawan bercerita tentang durian. Musim durian tengah rancak. Tidak dinafikan, raja buah ini sememangnya diminati ramai. Bukan sekadar raja buah biasa-biasa, ada juga kelebihan makan durian yang peminat tegarnya pun tidak tahu.
Durian ini bila dinikmati di ruang dapur rumah atau gerai tepi jalan, baunya sangat menyelerakan. Tetapi jika diletakkan di dalam kereta atau bonet kereta untuk perjalanan yang jauh, tidak ramai mampu bertahan dengan baunya. Baunya sangat memeningkan kepala. Jadi, macam mana nak balik kampung dan bawa balik durian yang lebih lebih fresh untuk di bawa balik ke bandar? Silap-silap boleh melekat bau durian di dalam kereta untuk tempoh masa yang panjang.
Sebenarnya ada petua dan cara untuk hilangkan bau durian di dalam kereta.
1# Letak Arang Di Dalam Bonet.
Ini petua orang lama yang sangat berkesan. Sediakan arang kayu tradisioanl di dalam kotak kecil, letakkan bersama durian di dalam bonet. Pasti bau durian dapat dikurangkan sepanjang perjalanan.
2# Pack Durian Kemas-kemas, Letak Daun Pandan.
Ads
Ada yang beri cadangan untuk membalut setiap biji durian kemas-kemas, kemudian letakkan daun pandan bersama. Untuk membalut 2,3 biji durian OK lagi kan. Tetapi untuk kuantiti yang banyak, agak memenatkan.
3# Biji Kopi.
Pernah kan ditahan promoter perfume untuk mencuba beberapa perfume yang mereka jual. Mereka sediakan sebekas biji kopi untuk meneutralkan bau setiap perfume yang kita hidu. Biji kopi mempunyai sifat meneutralkan atau membuang bau.
4# Buka Tingkap Kereta
Ads
Buka tingkap sepanjang perjalanan untuk memberi laluan angin segar mengambil alih bau durian. Tetapi kami kira cara hilangkan bau durian di dalam kereta ini tidaklah efisien. Terutama dengan suhu di Malaysia. Pasti berpeluh ketiak mereka yang berada di dalam kereta sementara menunggu lampu isyarat daripada merah bertukar ke hijau.
5# Letak Pokok Kapal Terbang Dalam Bonet.
Pernah tengok pokok kapal terbang? Pokok ini spesis sukar di dapat di bandar-bandar besar tetapi banyak terdapat di kampung-kampung. Ambil serumpun pokok kapalterbang dan letakkan di dalam bonet kereta dan dibawah alas kaki tempat duduk dan biarkan beberapa hari sehinga semua bau durian diserap dan menghilang.
Ads
Kredit: Anim Agro Technology
6# Roti Buang Bau
Cara ini kami kira sebagai satu pembaziran. Roti bersifat menyerap bau. Jadi, sekiranya kereta masih berbau durian, bolehlah cuba letakkan beberapa keping roti di dalam kereta untuk beberapa hari. Apa jadi dengan roti itu? Semestinya tidak akan menjadi ‘roti perisa durian’!
7#Tangkai Durian
Ini cara yang sudah diakui ramai. Tangkai durian dibelah pada hujungnya dan diletakkan di celah ‘kekipas’ penghawa dingin kereta. Idea ini dikongsi oleh penjual durian dan pernah viral di media sosial. Ramai yang mengakui kemujaraban petua ini! Cubalah!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mesti ramai tidak tahu kan yang inai putih ini ada kelebihan dan kekurangannya. Jom kita tengok antara fakta pasal inai putih ni.
Inai putih tidak meninggalkan stain dan meresap ke dalam kulit seperti inai merah.
Ya, walaupun inai putih hanya mampu bertahan hanya sekejap berbanding inai merah namun, ia tidak akan meresap ke dalam kulit anda. Sebab itu inai merah lebih tahan sikit kerana ia agak suka untuk hilang.
2. Baunya sangat harum kerana diperkayakan dengan minyak lavender. Bau inai putih agak sedikit harum daripada inai merah kerana dari segi teksturnya.
3. Teksturnya smooth. Teksturnya nampak lebih lembut berbanding inai merah yang membuatkan si pemakai nampak lebih berseri.
4. Ianya merupakan selapisan seakan-akan getah yang melekat di atas permukaan kulit untuk kegunaan sementara sahaja. Inai putih sangat mudah untuk dihilangkan jadi anda hanya boleh membersihkannya dengan mudah jika tidak ingin lagi.
5. Inai putih tidak boleh terkena air kerana akan tertanggal dari permukaan kulit. sensitif pada air kerana itulah ia mudah tertanggal. Jika anda pakai inai putih perlu ditekankan ia amat bahaya pada air.
6. Berbeza dari inai merah, Inai putih dibuat daripada bahan arcrylic dan bukannya tepung yang banyak terdapat di pasaran sekarang.
7. Ya, inai putih tidak cepat merekah berbanding inai merah.
8. Tahan 6-7 jam.Sangat lama sesuai untuk pelbagai majlis yang anda hadiri.
9. Sangat sesuai untuk majlis kahwin dan juga majlis-majlis lain.
10. Boleh juga dipakai untuk gaya santai harian.
11. Inai putih sangat sesuai dengan corak moden seperti lace.
12. Pada anda yang tak boleh berinai kerana komitmen kerja disarankan untuk menggunakan inai putih pada hari pernikahan dan persandingan sebab cepat kering.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Antara tanggungjawab penting yang suami perlu jaga adalah bab pemberian nafkah. Suami wajib memberi nafkah kepada isteri meskipun isteri bekerja. Jadi jumlah nafkah tersebut terpulang kepada hasil perbincangan suami isteri. Isteri perlulah juga bertimbang rasa seandainya nafkah yang diberi tidak mencukupi.
Perkongsian menarik ini sangat memberi inspirasi. Idea dari Maryam Elyas boleh anda praktikkan bersama suami.
Antaranya firman Allah:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
Sebak rasa bila benda ni sampai kat tangan. Sebak sebab inilah hasil menabung nafkah duit selit yang suami bagi.
Sikit, sikit, CikYam simpan. Nafkah CikYam bukan dapat selepuk. CikYam kumpul dengan penuh kesabaran. Bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi makan tahun weh!
Orang lain mungkin boleh tergerak hati nak beli, terus beli. CikYam tak macam tu. Bukan orang senang. Rezeki masing-masing, kan? CikYam menabung hasil Mr Mama niaga burger dan buat servis angkut sampah.
Serius, bukan nak menunjuk. Just nak share inspirasi menabung nafkah duit selit. Kalau kira mampu ke tak, memang CikYam sikit pun tak mampu beli emas. Mr Mama pun takkan mampu belikan CikYam rantai impian.
Last CikYam gi kedai emas masa nak kahwin. Lepas tu, emas takde dalam kamus hidup sebab mahal. Tapi hari ni dapat emas. Macam mana orang miskin macam CikYam ni boleh beli emas? Kuncinya kat sini, simpan duit. Paksa diri simpan duit. Kalau tak simpan, duit nafkah tu pun tak nampak ke mana perginya.
Lepas dah sampai satu amaun duit yang disimpan, CikYam survey harga emas kat kedai, masih mahal. Tengok harga segram, macam nak pitam. Ada upah pulak.
Dengan duit nafkah selit ni, CikYam peratikan purata sebulan CikYam boleh dapat 1 gram emas. So CikYam target, sampai je simpanan ni kat berat emas yang CikYam nak, CikYam akan beli.
Tapi CikYam masih nak berjimat. Belek fb, jumpa dengan cara penjimatan beli emas harga kilang.
Inilah hasilnya selepas lebih setahun menabung nafkah duit selit yang Mr Mama bagi setiap hari. Sikit, sikit, lelama dapat emas. Mujur la ada emas harga kilang. CikYam dapat emas lebih murah berbanding kat kedai.
TQ abang. Alhamdulillah dapat rantai hari ni.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai calon pengantin pasti mengalami situasi panik menjelang hari perkahwinan. Tidak kurang juga dalam mempersiapkan hari bahagia tersebut pasangan mempelai akan menjadi tertekan dan kelam kabut gara-gara banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Sebenarnya jika kena dengan caranya, persediaan majlis perkahwinan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa ‘pusing kepala.’
Berikut ini dikongsikan beberapa tip tentang persediaaan majlis perkahwinan cara bebas stres.
Konsep Perkahwinan
Tentukan dahulu konsep perkahwinan secara keseluruhan. Apakah konsep yang anda mahukan. Buat senarai semak untuk pemilihan konsep perkahwinan sama ada ingin dilangsungkan indoor atau outdoor. Ini amat penting kerana ia sangat mempengaruhi bajet anda.
Buat Timeline
Cubalah untuk membuat data keperluan dan apa sahaja yang perlu dilakukan. Kemudian atur waktu bila anda akan melakukannya. Dengan adanya timeline, anda tidak akan pening mengatur waktu pertemuan dengan pihak vendor.
Jumlah Undangan
Tentukan jumlah undangan sejak dari awal. Ini kerana ia akan mempengaruhi bajet lainnya. Berbincanglah dengan kedua belah pihak keluarga mengenai siapa yang perlu diundang. Dengan mengetahui jumlah pasti undangan, maka anda dapat membuat anggaran kuantiti makanan yang perlu dipesan. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa makanan adalah perkara yang memerlukan bajet yang tinggi.
Pemilihan Juru Mekap
Solekan wajah merupakan agenda penting bagi memastikan aura wajah ratu tampil glam di hari bersejarah. Jika ingin ‘selamat,’ peruntukkan 10 hingga 12 bulan sebelum hari perkahwinan untuk memilih juru mekap yang sesuai. Ini penting supaya anda berkesempatan untuk mecuba mekap yang sesuai.
Perancang Perkahwinan
Sebahagian besar pasangan mempelai enggan menggunakan khidmat perancang perkahwinan kerana bimbang dengan kos yang perlu dibayar. Sedangkan hakikatnya mengambil khidmat perancang perkahwinan banyak membantu pasangan mempelai merencanakan persediaan majlis perkahwinan secara teratur. Malah, sebenarnya ia boleh disesuaikan dengan bajet yang diperuntukkan oleh bakal mempelai.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!