Peminat dikejutkan apabila majlis pernikahan pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang sepatutnya berlangsung 18 Ogos ini dibatalkan.
Memetik BH Online, perkara itu turut disahkan oleh pengurus kepada aktres itu iaitu Iman Tang yang mengatakan dia dimaklumkan oleh Mimi dua hari lalu.
Menurutnya, majlis pernikahan pasangan itu dibakalkan saat-saat akhir kerana Mimi terlibat dengan penggambaran.
“Dia berjumpa saya dua hari lalu memaklumkan yang majlis pernikahannya terpaksa dibatalkan pada saat akhir.
“Pembatalan dibuat kerana Mimi terikat dengan jadual penggambaran, selain ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan Syafiq.
“Bila diberitahu mengenai perkara itu, saya memang terkejut. Tapi saya tahu Mimi memang baru sahaja masuk set penggambaran.
“Mimi kemudiannya meminta saya menghantar mesej pembatalan kepada tetamu yang sudah membuat RSVP kepada saya sebelum ini,” katanya
Ibu kepada pelakon Syafiq Kyle iaitu Rohaya Sulaiman terpaksa bersuara selepas ada dakwaan mengatakan anak lelakinya dan Mimi Lana sudahpun bernikah pada malam Jumaat.
“Ish, tidaklah mana ada nikah malam ni. Saya rasa lebih baik tanya sendiri kepada Syafiq dan Mimi.”
Saya tiada komen tentang pembatalan pernikahan mereka. Saya minta maaf, saya tidak boleh beri sebarang komen.”
Apapun, kita nantikan penjelasan daripada Syafiq dan Mimi tentang perkara ini sama ada majlis ditangguhkan untuk satu tarikh lain atau sebaliknya. Doakan yang baik-baik.
Dalam pada itu, Iman menafikan punca pembatalan majlis tersebut kerana masalah peribadi serta Mimi mengatakan hububgannya dengan Syafiq baik-baik saja.
“Saya ada juga bertanya perkara yang sama kepada Mimi, tetapi hubungan mereka baik-baik sahaja.
“Segala perkembangan terbaharu mengenai majlis termasuk tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian,” katanya.
Sumber: Bh Online & mStar