Pasangan

Hilang Hak Penjagaan Anak, Bila Bercerai Ibu Tak Kerja Cukup Risau

Share

Hak penjagaan anak, ini perkara paling risau apabila berlakunya penceraian. Nak-nak golongan ibu, pasti susah hati memikirkan nasib diri yang tidak bekerja atau tiada pendapatan.

Jadi sebenarnya betul ke ibu yang hanya merupakan seorang suri rumah atau tiada pendapatan akan hilang kelayakan untuk mendapatkan hak penjagaan anak?

Hak Penjagaan Anak

Menurut seorang peguam syarie menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Peguam Syarie Nurain, ibu yang tidak bekerja atau tidak mempunyai pendapatan tetap, tidak menjadi penghalang atau hilang kelayakan untuk mendapat hak jagaan anak.

Memetik Seksyen 83, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, Negeri Sembilan 2003, seseorang yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadhanah jika:

– Dia adalah seorang Islam

– Dia adalah sempurna akal

– Dia berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu

– Dia berkelakuan baik daripada segi akhlak Islamiah; dan

– Dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak i

Nafkah Tanggungjawab Bapa

Tambahnya, perlu diketahui juga, nafkah anak adalah tanggungjawab seorang bapa walaupun hak penjagaan anak diberikan kepada ibu.

“Ramai yang menyangka bahawa isu nafkah dan kewangan menjadi isu utama dalam menentukan siapa yang berhak bagi mendapatkan hak jagaan anak (hadhanah), akan tetapi ramai yang lupa tentang isu kebajikan dalam menjaga, memberikan kasih sayang dan perhatian kepada anak juga adalah penting.

“Namun, bapa akan diberikan hak lawatan atau lawatan dan bermalam jika hak penjagaan penuh anak diberikan kepada ibu.

“Perpisahan yang terjadi adalah di antara ibu dan bapa sahaja. Hubungan atau nasab bapa dan anak adalah berkekalan selamanya dan tidak akan terputus.

“Paling penting, jangan pisahkan anak-anak dengan ibu atau bapa ya. Yang berpisah tu mak bapa, janganlah sampai anak pun terkesan dengan dendam dan ego masing-masing,” akhirinya.

Sumber: Peguam Syarie Nurain

 

Published by
Nadia