Idea Hantaran Istimewa Buat Si Dia

Share

Garapan warna serasi mencetuskan idea segar pada hantaran istimewa ini. Menguntum senyum kala menerima bingkisan yang digubah indah mengikut cita rasa si dia.

Wanita pasti tersenyum girang kala menerima rangkaian produk kosmetik HOURGLASS, TOO FACED,TARTE & STILA sebagai hantaran istimewa.

 

Jam tangan bagai tidak dapat dipisahkan dengan diri si dia. Hadiahkan jam tangan ICE WATCH supaya dia sentiasa mengingati dirimu. Taburan bunga segar iaitu Holland Hydrangea, blushing bride, Cymbedium, lisianthus, bunny tail, silver leaf dan dried lavendar pada gubahan hantaran Azasna Design mencetuskan kelainan pada gubahan.

 

Stail glamor dan segar oleh Azasna Design menjadikan hantaran eksklusif dan menawan.  Terima kasih sayang atas pemberian set penjagaan wajah PETERTHOMASROTH & ALPHA-H, bukti dikau menghargai diriku.
Published by
Putri Adila