
Rentak dekorasi pelaminan nan romantis dengan dihiasi kuntuman bunga sakura yang merimbun, mengilhamkan rekaan pelamin yang cukup eksklusif. Daripada kejauhan tersergam megah persada cinta yang mempesonakan. Abadikan keindahannya dalam mencipta memori terindah di sepanjang majlis bersejarah.
IDEA UNTUK MENGINDAHKAN PELAMIN:
Pilihan lain untuk juntaian flora di pelaminan antaranya ialah bunga orkid dan juga cherry blossom.

DEKORASI : RS EVENT KL INSTAGRAM : RS EVENT KL
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Kemas Rumah Jadi Bersih, Ini Ikut Nasihat Seorang Emak

Isi Kandungan
ToggleIni cara kemas rumah jadi bersih teratur walau ruang tak besar, semuanya daripada didikan seorang pada anak-anaknya.
Walaupun pada mulanya, anak akan mengomel sambil melakukan tugas yang diberi. Namun, bila tersedar ada benarnya kata-kata emak, dia yang lebih dahulu makan garam.
Sebagaimana perkongsian dari Puan Anis Syuhada, yang teringat kembali pesanan-pesanan mengemas rumah dari emaknya oleh kerana kerinduan disebabkan tidak dapat pulang ke kampung menjenguk orang tuanya.
Jom baca pesanan berikut, boleh juga dipraktikkan bagi anda yang belum pernah lakukan beberapa tugasan di rumah seperti di bawah.
Cara Kemas Rumah, Ikut Nasihat Seorang Emak
Menjadi rutin Anis dari kecil lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah Anis wajib buat. Rutin setiap pagi ialah:
Sapu sampah luar dan dalam rumah
Kemas tempat tidur
Pastikan setiap bilik kemas
Sidai kain
Siram pokok bunga mak
Sampai ke tua juga lah menjadi rutin Anis sehingga hari ini.
Mak selalu pesan:
1. Sapu saja sampah walaupun tak nampak kotor. Nanti dalam penyodok kita akan nampak ada ke tak ada sampah.
2. Sambil menyapu tu kaih-kaih sama sawang jangan menyapu macam orang tak ada mata dan tak ada tulang (menusuk ke sanubari pesan yang ini).
3. Lapik kaki luar ke dalam ke basuh. Jangan tunggu keras melekat dekat lantai. Ye la, nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.
4. Kabinet kasut susun, jangan lah selipar tinggal sebelah pun kau simpan. Nak pakai pergi mana? Putus pun simpan, sayang kena bertempat. Tapak kasut ketuk dulu jangan berselut pon rajin nak susun.
5. Tong sampah cuci ya. Ada depan rumah kau tak cuci mengaum bau. Selalu kalau detergent dah habis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datang kutip sampah.
6. Tiap kali lepas masak, cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nak kemas balik “toksah masak”. Mak saya ini dia sangat utamakan kebersihan sebab tak boleh cakap apa lah kalau dia masak, licin dapur dia kemas.
Kalau korang cakap “kejap lagi buat la” maka, korang akan murung dengar dia bebel. Lagi-lagi bila dia cakap, ”tak apa biar mak buat, korang semua rehat tengok tv.” Elok-elok je dia cakap tapi korang akan rasa berdosa seumur hidup.
7. Sudah masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab berminyak. Tak ada dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintenance. Warna apa pun dapur kena rajin, putih melepak ke hitam melegam ke kelabu asap ke kuning merengau ke kena bersih.
8. Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ye la, sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah, rambut bergumpal dekat hujung penyodok tebal 5 inci, habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu.
Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan biar letak dekat lantai, lepas itu nak sapu habis bulu penyapu melentik bengkok.
Tapikan betul lah apa yang mak pesan itu, beri impak besar walaupun kadang kita rasa, “Alahhhh itu pun nak bagitahu ke?”
Mak selalu cakap, rumah kita paling penting bersih. Barang lama pun tak apa. Kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab tu la bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.
Sumber: Facebook Anis Syuhada
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kembalikan Nostalgia Rumah Kampung Pada Sudut Ruangan Bergambar

Pelbagai tema menarik dan unik boleh menjadi pilihan bagi sudut ruangan bergambar.
Bagi mengembalikan nostalgia kampung halaman, pereka bijak menampilkan dekorasi props rumah kampung yang diatur sempurna bagi menyerlahkan gaya desa.
Para tetamu pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk merakamkan detik indah, selain mengimbau kenangan lama.
ANGGARAN HARGA RM600
*Bergantung pada jumlah pek dan permintaan tambahan
Idea Tambahan:
1. Tambahkan mini tempayan di sisi pintu bagi memperkuatkan lagi konsep rumah kampung ini
2. Hamparan tikar mengkuang juga boleh menjadikan dekorasi ruangan bergambar tambah lebih menarik.
3. Untuk menambahkan gaya, anda boleh juga memasang atap daun alang-alang mahupun daun nipah sebagai dekorasi tambahan.
Dekorasi: Dalimah Studios
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pilih Dapur Rona Putih, Ruang Nampak Luas Dan Kemas

Isi Kandungan
ToggleDari sempit nampak luas bila dapur rona putih. Itulah kesan pemilihan warna yang tepat. Belum lagi ‘bermain’ dengan perabot dan segala gajet yang warnanya cerah juga.
Sebenarnya ramai mak-mak suka warna putih, cuma tak berani tanggung risiko sebab warna ini memerlukan sikap rajin berganda. Maklumlah, putih cepat kotor. Kalau tumpah, memang ketara kena cuci.
Namun, warna ini paling minimalist dan cantik malah boleh membangkitkan mood untuk memasak. Haaa.. kalau anda rasa nak ubah dapur ke warna putih, jom baca perkongsian Dinah Rakhim.
Putih itu ‘timeless’ maka sebab itulah dapur rona putih adalah konsep kabinet paling popular sepanjang masa. Untuk ruang dapur yang seluas 177 kaki persegi ini, pilihan warna putih dapat memantulkan cahaya dan menjadikan ruang dapur ini kelihatan lebih besar.
Menggunakan kabinet keseluruhannya warna putih, white quartz countertop, Bosch appliances, Eubiq sockets, Ash timber SPC flooring dan subway tiles, hasilnya sangat memuaskan hati.
JOM KITA LIHAT TRANSFORMASI PROSES MAKEOVER INI DILAKUKAN:
SEBELUM:
SELEPAS:
Kredit owner: Dinah Rakhim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI