Idea Photo Booth Dengan Sentuhan Memukau

Share

Lakaran ruang bergambar tetamu yang bertandang ke majlis meraikan cinta pastinya menjadi sudut idaman. Serikan ruangan bergambar dengan sentuhan memukau agar setiap detik yang terakam mampu meninggalkan kenangan abadi buat pasangan yang diraikan.

IDEA:

  1. Tentukan tema dan konsep terlebih dahulu sebelum anda merancang untuk membuat ruang rakaman gambar.
  2. Pastikan lokasi untuk peletakan ruang ini strategik bagi memberikan keselesaan kepada tetamu untuk merakamkan momen mereka.
  3. Penggunaan props seperti bubble talk mampu mencipta momen rakaman menjadi lebih unik dan kreatif.
  4. Catatan nota pada buku kehadiran tetamu bersama gambar polaroid memberi momen terindah buat pasangan yang diraikan.
  5. Penggunaan rona keemasan mampu menyuntik elemen glamor dan elegan dalam ruangan bergambar.

 

 

 

 

Published by
Putri Adila