RESEPI SAYUR CAMPUR
Bahan-bahannya :
seikat kacang buncis (atau 12 btg)
1 batang carrot
Bunga kobis
2 biji Tauhu. 1 biji dipotong 9
5 ekor Udang size M
.
Bahan2 utk ditumbuk :
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
7 tangkai cili merah/api
1 genggam ikan bilis
2 cm belacan yg telah dibakar
gula1/2 sudu teh
Bahan2 utk memasaknya :
Garam secukup rasa
2 sudu sos tiram
1 sudu teh perasa ayam maggie
1 sudu teh perasa ikan bilis maggie
1 senduk minyak masak
Caranya :
1. Tumbuk semua bahan yang perlu ditumbuk seperti yg disenaraikan.
2. Goreng tauhu (tak perlu garing sgt). dan ketepikan
3. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yg ditumbuk hingga naik bau. Masukkan semua sayur2.
4. Jika perlu, campurkan 4 sudu air. tambahkan garam, sos tiram, perasa ayam dan ikan bilis. Tutup kuali dengan penutup. Biarkan kira-kira 5 minit sehingga sayur jadi ’empuk’. masukkan udang dan tauhu yg telah digoreng tadi.
5. Sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba.
Masak Sayur campur Chinese Style..
Cara simple mak mentua kita,auntie Chew.semudah ABC.
Bahan
1.Shitakae Mushroom (Rendaman Semalaman,Kalau malas rendam air panas.Kalau malas juga..Tak payah makan la😂)
2.Brokoli
3.Carrot
Bahan hiris & tumis ;
1.Bawang Putih -Hiris nipis dlm 3Ulas
2.Halia – 1 hiris
3.Sos Tiram
4.Tepung jagung(dalam 1 sudu teh kecik,larutkan degan air setengah cawan)
5.Minyak *utk menumis
Cara-cara ;
1.tumis halia & bawang putih.Dah naik bau & kekuningan . Masukkan sos tiram sikit.kacau sampai naik bau,masukkan air..api sederhana kecik & kacau lagi.Masukkan shitakae mushroom(Shitakae mushroom nak potong blh.Tak nak blh.Janji batang dia buang.Sebab keras)
2.Kacau..pastu masukkan carrot.Kacau lagi.Masa ni blh la nak letak garam sikit atau serbuk perasa.Optional.Kalau rasa dah tak nak pun tak pe sbb Sos tiram dah ada rasa masin manis tu.Pastu kecikkan api sikit.
3.Masukkan brokoli.Kacau..Pastu last masukkan air tepung jagung tadi..kacau sikit sampai sebati then siap!😍 Sedia utk dimakan.
Sumber Resepi :Nurain Ain
Sayur Pakchoy
Resepi👍👍
Pakchoy dibelah dua
Seulas bwg putih dicincang
3tangkai cili padi dicincang
1sudu mkn myk masak
3sudu besar oyster sos
Secubit garam
1.Tumis bwg putih n cili hingga garing angkat ketepikan..
2.Dalam mnyak tumisan td letak air skit masukn sos tiram prasakn n masuk pakchoy celur je sayur manja2 angakt masukan dlm pinggan..
3.taburkan dgn bwg n cili goreng td..siap
Resepi Kobis Goreng Ala Mamak
Bahan-Bahan:
1/2 biji sayur kobis, hiris kasar
1/2 batang karot, potong halus memanjang
1 sudu kecil biji sawi
2-3 tangkai daun kari
cili kering dan cili hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan parut halus (menjadi pes):
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Cara Penyediaan:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan parut halus bersama biji sawi.
Apabila bahan tumis sudah kekuningan dan biji sawi sudah mula meletup kecil, masukkan daun kari, cili kering dan cili hidup kemudian kacau sehingga naik bau.
Masukkan pula kobis dan kunyit. Masak kobis sampai layu dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa. Tuang sedikit air supaya semua bahan bergaul sebati.
Tips:
Sayur ni sedap jika kobis nya dimasak sehingga lembut dan layu. Che Nom lebih suka gunakan kobis Cameron berbanding Kobis Beijing yang nipis.
KACANG BUNCIS SAMBAL TUMIS
Sayur ni maklong masak tengahari tadi.. manakala kacang buncis ni maklong beli dah tiga hari lepas.. masa ni haraga runtuh.. mana taknya 1kg harganya cuma rm1.90.. terkejut beruk maklong.. maklong pun belilah 1/2kg..
Hari ni maklong masak sambal je.. sebab cili kisar dah ada kan tinggal tumbuk bahan2 lain2nya.. goreng2 dah siap kan..
Bahan:
1/2kg kacang buncis potong serong
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan
segenggam ikan bilis
3 sudu cili kisar
garam & aji
sedikit gula
Cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*)..
panaskan minyak.. masukkan ikan bilis.. goreng sekejap jangan sampai garing..
masukkan bahan tumbuk.. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan pula cili kisar.. tumis hingga naik bau..
masukkan kacang buncis.. garam.. aji dan gula secukup rasa..
bila kacang dah agak lembut.. tutup api
sedia untuk dihidang..