Penghujungnya, ikatan perkahwinan Datuk Red dan Adira Suhaimi terlerai jua selepas Datuk Seri Adnan Abu melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pagi ini.
Datuk Red Ceraikan Adira Talak Satu
Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar jam 9.39 pagi mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.
“Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu,” lafaz Datuk Red.
Ketika kes dibacakan Datuk Red kelihatan tunduk sayu dan Adira yang kelihatan tenang juga bersetuju tidak menuntut nafkah. Pasangan itu bersalaman dalam dewan bicara sebelum bersurai.
Ads
Pada 5 Mac lalu, Adira dan Datuk Red hadir bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses perceraian mereka.
Datuk Red melantik sahabat baik sendiri sebagai wakil JKP, manakala Adira selaku plaintif melantik kakaknya, Emma Suhaimi untuk prosiding berkenaan.
Cuba Pertahankan Tapi Ini Takdirnya
Ads
Semalam, Datuk Red yang mahukan isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim dan isteri kedua, Adira menarik balik permohonan cerai mereka.
Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman. Sebelum ini, Adira pernah memfailkan perceraian pada 2019, namun menarik semula demi anak-anak.
Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Ads
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.
Perkahwinan Datuk Red dengan isteri pertama, Datin Red mempunyai lima cahaya mata.
Sebelum itu, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, Datuk Red dikurniakan dua cahaya mata dan secara keseluruhan mempunyai 11 anak menerusi tiga perkawinannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu suami isteri berebut atau bergilir-gilir pulang ke kampung halaman di musim cuti sekolah ataupun cuti panjang sebenarnya tidak timbul dalam Islam. Ini kerana segala keputusan terletak pada tangan suami sebagai ketua dan pemimpin dalam keluarga, manakala isteri pula wajib menurut apa sahaja keputusan suami.
Bagaimanapun, Islam itu tidaklah menzalimi golongan isteri kerana suami masih boleh bertoleransi atas keputusannya itu. Namun suami harus peka dengan situasi dan keadaan isteri. Janganlah terburu-buru atau terus memaksa isteri bersiap untuk baklik ke kampung. Pak Utih ajar suami cara pikat isteri dengan perancangan yang baik.
“JOM SIAP BALIK KAMPONG”. Isteri, “Uhhh!!!!”
Wahai suami, jika perasaan dan hatimu pada masa itu terasa sangat nak balik kampong kerana rindu pada ibu dan ayah, jangan terburu-buru suruh isteri bersiap.
Kalau suami ajak isteri last minit pergi shopping, ok je dia. Janji Abang bayar semua.
Kalau suami tetiba je ajak isteri tengok wayang, tidak masalah bagi dia. Pakai baju tidur pun dia boleh pergi.
Ini nak balik ke rumah mertuanya. Nak berjumpa dengan ibu mertuanya. Orang yang dia berkongsi kasih sayang suaminya. Orang yang rasa curiga sama ada anak lelaki ini bahagia atau tidak hidup dengannya. Orang yang sentiasa jeling-jeling kat dia semasa dia memakai pakaian atau asesori baru kat tangan dan leher.
Mestilah ada perancangan yang rapi sebagaimana pihak Jabatannya menjemput VVIP datang merasmikan Majlis Tahunan Jabatannya. Nanti jatuhlah maruah dan standard Jabatan jika sambutan ada cacat celanya.
Orang lelaki ni, bila terasa nak balik je.. Terus ajak balik. Sabarrrrr.
Sebaik2nya buat perancangan tahunan. Bila nak balik ke kampung. Agar isteri tadi boleh buat persiapan awal.
Persiapan yang perlu dia buat itu mengambil masa paling minimum 1 minggu. Dia bukan saja bincang dengan suami, tetapi akan juga mendapatkan pandangan daripada kawan-kawan sepejabatnya dan ada juga minta komen daripada kawan-kawan FBnya.
Isteri kena fikirkan, bagaimana keadaan rumah ini untuk ditinggalkan selama 2 hari. Apa bekalan yang mesti dibawa dalam perjalanan terutama yang ada anak. Apa hadiah nak diberikan sebagai buah tangan kepada ibu dan ayah. Apa peralatan yang perlu dibawa yang tiada di dalam bilik di rumah di kampong itu. Apa cara yang perlu dilayan ibu dan ayah mertua selama dua hari itu nanti. Apa pakaian yang perlu dia pakaian selama 2 hari nanti. Macam-macam lagi hingga tak habis kertas ini jika nak difikirkan.
Oleh itu, nak ajak isteri pulang ke kampong rumah suami. Mesti dapatkan restu isteri dahulu.
Selamat bersyura suami isteri…….. Pak Utih.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi, pelakon dan juga aktivis kemanusiaan terkenal, Heliza Helmi memulakan chapter pertama tahun 2022 dengan bertukar status sebagai seorang isteri.
Di usia 36 tahun, Heliza memilih tarikh 1 Januari 2022 untuk menamatkan zaman bujangnya dengan seorang usahawan ternama iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Dengan hanya sekali lafaz, Heliza sah menjadi milik kepada pengasas dan presiden AUF MBZ Concortium ini.
Majlis berlangsung dalam suasana ringkas di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Khabar gembira itu telah dikongsi oleh seorang pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mhd Izhar Ariff Mohd Kashim di akaun Instagramnya.
Rata-rata netizan dan rakan selebriti mendoakan pasangan sepadan ini agar kekal bahagia sampai ke syurga. Mereka turut mengharapkan agar pasangan ini terus bersama-sama meneruskan perjuangan terhadap ummah.
Pendakwah bebas, Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria turut menitipkan ucapan berharga buat Heliza di laman Facebook.
“MashaAllah Tabarakallah Semoga Allah memberi kebaikan kepadamu dan mengumpulkan kamu berdua dlm kebaikan.
Tahniah Datuk Seri Mahadi dan Datin Seri Heliza Helmi.
Last kami forum bersama beberapa bulan lalu. Sempat Heliza tanya tips rumahtangga. Memang dari dulu lagi sepentas, tetap sama orgnya penuh rendah diri dan baik hati dan suka tnya macam2 tips. Dan manis muka serta kelakarnya memang tak habis.
Hati saya rasa sebak sebenarnya. Begitulah jodoh, satu rahsia Allah yg tak terjangkau dek akal.
Semoga Datuk Seri menjaga amanah ini sepenuh hati dan membuatkan dirinya bahagia dan selalu tersenyum dlm kebaikan.
Sabarlah bg yg belum berjodoh. Jagalah diri baik2 wahai anak2 gadis dan pemuda2. Sesungguhnya ia sesuatu yg manis bila Allah mentakdirkan kebaikan buatmu.”
Salam sayang. Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria.
Kredit Foto: Instagram Aqo Imran
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya pengantin lelaki yang berusia bawah 18 tahun dan perempuan yang berusia bawah 16 tahun di Terengganu perlu menangguhkan dulu hajat untuk mendirikan masjid kerana kerajaan negeri Terengganu tetap melarang lelaki berusia bawah 18 tahun dan perempuan berusia bawah 16 tahun untuk berkahwin di negeri itu kecuali dengan kebenaran hakim syarie.
Had umur minimum untuk berkahwin bagi orang Islam di Terengganu kekal pada 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan, seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017.
Ketua Hakim Syarie Terengganu Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata bagaimanapun pihaknya tidak akan sewenang-wenangnya memberi kelulusan kepada permohonan untuk perkahwinan di bawah umur kecuali atas tiga faktor iaitu perempuan tersebut telah melahirkan anak, sedang mengandung atau pasangan tersebut telah terlanjur. Kelulusan diberi hanya untuk permohonan berdasarkan tiga faktor ini kerana ia mempunyai kesan kepada anak yang dikandung atau dilahirkan itu dari segi pewarisan harta, wali dan faraid.
Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin berkata, seramai 61 pasangan lelaki dan perempuan berusia bawah 18 dan 16 tahun diberi kebenaran berkahwin sejak 2016. Katanya, perkahwinan pasangan itu diberi kebenaran secara bertulis oleh hakim syarie disebabkan beberapa keadaan.
“Bermula 2016 hingga tahun lalu, seramai 61 pasangan diluluskan oleh mahkamah syarie untuk diakad nikah.
Seramai 17 pasangan diakad nikah pada 2016, 2017 (16), 2018 (18), 2019 (18) dan masing-masing lima pasangan pada 2020 dan 2021, Difahamkan, seramai 320 perempuan berusia bawah 16 tahun dan 284 lelaki berusia bawah 18 tahun mengemukakan permohonan untuk berkahwin bermula 2016 hingga tahun lalu.
Bagaimanapun, hanya 61 pasangan diberi kebenaran untuk diakad nikah mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2017 oleh mahkamah syariah. Berdasarkan rekod dikeluarkan mahkamah syariah, ada antara perempuan berusia 13 tahun mengemukakan permohonan untuk berkahwin.
JHEAT hanya melakukan akad nikah pasangan lelaki berusia bawah 18 tahun dan perempuan berusia bawah 16 tahun selepas mendapat kebenaran daripada hakim syarie.Mengikut rekod Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, 444 permohonan untuk berkahwin bawah umur itu melibatkan seramai 522 kanak-kanak iaitu 155 pemohon berumur 17 tahun, 40 orang (16 tahun), 277 orang (15 tahun), 40 orang (14 tahun) dan 10 orang (13 tahun).
Sumber: hmetro.com.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!