Ketika usia semakin melewati waktu, terdetik pada hati mengapa tiada satu pun jodoh yang datang melekat. Impian untuk bernikah seperti orang lain kadang-kadang harus dipendamkan begitu sahaja. Jadi semakin tertekan apabila ada pihak lain yang sibuk campur tangan dengan urusan jodoh ini.
Oleh itu, ikuti 4 cara ini saat anda menanti jodoh yang tak kunjung tiba.
1. Percaya akan takdir Allah
Allah telah menciptakan semua orang hidup berpasang-pasangan, semua orang diciptakan dengan jodohnya masing-masing. Jika tidak di dunia, maka di akhirat. Percayalah kepada takdir yang telah digariskan oleh Allah, bahawa Allah tidak mungkin menimpakan keburukan kepada kita kecuali ujian yang akan dibayar-Nya dengan keindahan jika kita bersabar. Apalagi jika kita terus tawakal kepada Allah, in sha Allah ada kebaikan yang akan bersama kita.
Ads
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan, maka setelah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Al-Insyirah: 5-6)
2. Berserah diri kepada Allah
Pernikahan sejatinya dilakukan agar kita dapat menjalani hidup dengan tentram bersama pasangan. Namun, jika jodoh belum juga datang, hanya Allah-lah tempat kita untuk mendapatkan ketenteraman.
Ads
Allah SWT berfirman:
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
Ads
3. Bersyukur atas segala nikmat yang diberi hingga saat ini
Ingatlah bahAwa Allah akan memberi lebih kepada mereka yang bersyukurlah. Maka bersyukurlah atas segala nikmat yang telah dilimpahkan hingga saat ini. In sha Allah dengan bersyukur, Allah akan melimpahkan kepada kita nikmat yang lebih banyak.
4. Terus memperbaiki diri
Doa untuk mendapatkan jodoh yang terbaik akan lebih sempurna jika disusuli dengan usaha untuk memperbaiki diri. Lelaki soleh akan berpasangan dengan perempuan soleha dan begitu juga sebaliknya. Dengan terus memperbaiki diri, In sha Allah kita juga akan mendapatkan jodoh terbaik yang kita impikan. Aamiin.
Sumber : dailymoslem.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cerita tentang kemampuan wanita, pelakon wanita, Diana Danielle mempunyai pandangan tersendiri tentang isu ini. Baginya,
“Wanita pandai dapat membentuk generasi muda yang bijak.”
Itu pandangan yang dilontarkan pelakon mengenai pandangan skeptikal golongan wanita hanya membuang masa melanjutkan pelajaran kerana akhirnya akan menghabiskan usia mereka di dapur sahaja.
Kemampuan Wanita Luar Biasa
Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 33, turut menyenaraikan tanggung jawab wanita yang dapat melakukan apa sahaja dalam rumah tangga lebih dari sekadar kerja dapur.
“Wanita boleh menguruskan rumah tangga dengan cekap dan menyelesaikan masalah yang golongan lelaki, mungkin tidak ada masa atau sukar untuk memahami.
“Dia juga mampu memberikan penyelesaian kepada masalah dan menyokong kehidupan anda yang tidak begitu baik sebelum ini.
“Wanita juga boleh menyumbang kepada keluarga dan masyarakat serta memberi impak yang lebih daripada sekadar melakukan kerja-kerja di dapur,” katanya dalam aplikasi Thread.
Bukan Hanya Duduk di Dapur
Sebelum ini, seorang pengguna Thread memuat naik kenyataan tentang: ‘Perempuan bazir belajar tinggi-tinggi, akhirnya duduk dapur juga’.
Kurang bersetuju dengan tulisan itu, Diana menulis pandangannya tersendiri mengenai wanita. Ini bukan kali pertama ibu kepada dua orang anak itu lantang memberikan pendapat dalam media sosial.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Solat itu tuntutan. Suruhan dari tuhan. Hadiah untuk insan. Solat bukan sekadar rutin. Bukan juga aktiviti berdiri, rukuk dan duduk. Ia aktiviti yang melibatkan otak. Lebih menarik ada beza antara solat khusyuk dan tidak. Keduanya terpamir pada otak manusia.
Solat Dengan Khusyuk.
Apabila kita solat dengan khusyuk, aktiviti otak bernama Parietal Lobe menjadi kurang aktif. Fokus hanya pada yang satu. Bukan lagi terkenang kunci yang hilang atau apa yang perlu dibuat selepas ini. Apabila OTAK masih sibuk fikir hal dunia, itu tandanya Parietal Lobe masih aktif. Soalnya bagaimana mahu kurangkan aktiviti Parietal Lobe supaya solat lebih khusyuk?
Tenteramkan Parietal Lobe.
Untuk tenteramkan bahagian ini perlu praktis setiap hari. Sama seperti orang berlatih sukan. Tanpa latihan tiada pencapaian. Caranya MUDAH, perlu PRAKTIS dahulu.
Berikut 13 cara buat otak jadi fokus dan tenang ketika menunaikan solat :
1. Cari tempat yang tiada gangguan
Boleh jadi bilik tidur atau mana-mana tempat yang sesuai dan sebaik-baiknya tempat atau ruang khas untuk solat. Jauh dari gangguan untuk 5 minit sebagai permulaan.
2. Duduk dalam keadaan selesa
Cara duduk terpulang. Asal SELESA. Pejamkan mata atau buka bergantung pada tahap selesa.
3. Bernafas melalui hidung
Rasakan udara yang masuk. Sejuk atau panas. Hembus nafas melalui mulut. Rasakan udara yang keluar.
4. Teruskan bernafas
Fokuskan pada bahagian dada yang turun naik apabila bernafas. Teruskan bernafas. Rasakan pergerakan itu.
5. Fokus pula pada pergerakan di perut
Alihkan fokus pada pergerakan di perut. Turun naik perut. Rasakan.
6. Mungkin fikiran akan melayang
Biarkan. Kembalikan fokus pada rasa udara keluar masuk, pada gerakan di dada dan di perut.
7. Selepas dua minit boleh mulakan zikir
Ambil perkataan dua suku kata. Contohnya Allah. Ini akan aktifkan Frontal Lobe.
8. Praktis 5 minit dahulu
Buat untuk 12 hari. Tujuan utama untuk belajar tenteramkan PARIETAL LOBE.
9. Dapatkan Rentak
Apabila sudah dapat rentak ini, setiap kali sebelum solat, lakukan aktiviti ini. Bernafas dan berzikir.
10. Perlu rancang waktu mahu solat
Beri lebih masa. Perlu ruang bertenang.
11. Bernafas dengan Tenang
Selepas zikir dan sebelum mulakan solat bernafas dengan tenang. Berdiri dan bernafas dengan relaks.
12. Semasa solat nafas perlu dijaga
Ritma nafas perlu selari dengan bacaan. Contohnya, tarik nafas dan baca ayat. Berhenti dan tarik nafas untuk ayat berikutnya. Kaedah ini akan tenteramkan parietal lobe.
13. Fokus pada sebutan bacaan
Apabila fikiran melayang, tarik nafas, lepas. Sambung semula apabila dapat fokus kembali. Perlu PRAKTIS. Tenang tidak bertandang tanpa diundang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap manusia pasti menginginkan pasangan yang tepat dan sempurna untuk hidup bersama. Disebabkan itulah proses perkenalan amat penting bagi kita untuk mengenali hati budi dan peribadi pasangan. Malah anda juga disyarakkan untuk mengadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan.
Mengenali pasangan itu bukanlah lesen bagi pasangan untuk keluar berdua-duaan dan menjalinkan hubungan tanpa batasan. Ia mempunyai batasan yang perlu dijaga agar ia tidak menjurus kepada perkara-perkara yang dilarang oleh agama.
Rasulullah SAW memperkenalkan 5 K iaitu Kenal, Kelas, Kufu, Kasih dan Kahwin. Jom kita kupas 5 K ini!
1. KENAL
Kita disuruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk mengenali dan mendalami hati budinya, carilah orang yang boleh dipercayai agamanya dengan cara merisik corak hidupnya dan juga keperibadiannya.
Merisik latar belakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh mana pergaulan dan sifat warak yang dimilikinya. Pada dasarnya, anda boleh mengenalinya melalui corak kelakuan sahabat-sahabatnya yang akrab. Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak berbohong. Apabila sudah saling mengenali, tolak -ansur dapat dibuat dalam apa juga perkara.
2. KELAS
Anda mengenalinya tetapi anda harus bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja.
Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa alert, sanggup menerima dan memberi teguran serta saling bersifat ‘membina’ untuk menjaga akhlak dalam Islam.
3. KUFU
Kufu amat diberatkan dari segi pendirian dan pemahaman agama, selain keturunan juga perlu diseimbangkan. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar anda mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.
Begitu juga dari segi harta, ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu dititikberatkan kerana seseorang yang datang daripada keluarga miskin sukar untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang kebelakang ini juga mementingkan tahap umur.
Memang betul, soal jarak umur di antara Rasulullah SAW dan Siti Khadijah tidak wujud kerana Baginda, Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna, tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya apabila sudah lama berumah tangga.
4. KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang ditekankan sebenarnya ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin.
Katakan lelaki itu suka kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu mengikut syariat Islam. Paling penting jika tidak berkenan, jangan dipaksa hati sebab ia bukanlah satu permainan yang boleh dipersendakan.
Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia bakal menjamin kebahagiaan rumah tangga. Keberkatan memang dititikberatkan dan apabila niat anda dipasakkan dengan betul, In sha Allah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak-geri dan tindak-tanduk mendapat pengawasan serta hidayah Allah dan tidak timbul perselisihan faham.
5. KAHWIN
Reda terhadap pasangan masing-masing adalah penting. Istilah kufu sangat ditekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak-ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang.
Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agamanya tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin. Sikap kurang mahu ini akan menjadi titik-tolak sekiranya isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari semasa ke semasa.
Begitu juga sebaliknya, masalah pasti akan berlaku. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mestilah mencari lelaki yang lebih kuat iman daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!