Ikut 7 Langkah Ujian HIV InI Dahulu Sebelum Anda Berkahwin!

Share

Bagi bakal pengantin ujian saringan amatlah penting untuk anda. Sebelum melangkah ke alam seterusnya anda perlu melakukan beberapa prosedur terlebih dahulu.

Tujuan utama saringan HIV ini adalah untuk mengetahui status HIV masing-masing bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain. Ikuti beberapa prosedur di bawah ini.

1. Kenal pasti klinik kesihatan berhampiran yang menawarkan ujian saringan HIV

2. Bawa RM1 dan kad pengenalan

3. Isi borang ujian saringan HIV pra perkahwinan. Bawa sendiri pen berwarna hitam

4. Ujian saringan HIV menggunakan Rapid Kit Set dan darah diambil menggunakan jarum lancet

5. Keputusan akan diberitahu dalam masa 15-20 minit

 

6. Keputusan ujian akan diberi dalam sampul surat untuk diserahkan kepada pendaftar perkahwinan

7. Ujian sah 6 bulan daripada tarikh ujian dilakukan!

Published by
NanyRahman