Selain dekorasi pelamin dan meja beradab, bilik tidur antara ruang yang sering dijengah oleh tetamu tatkala mengadakan majlis kahwin di rumah. Bilik tidur merupakan ruang peribadi buat bakal pengantin seharusnya dihias menarik bagi memberi mood untuk anda dan pasangan.
Buat yang kreatif mungkin boleh menjadikan majalah dekorasi sebagai rujukan untuk hiasan yang bagaimana anda mahukan. Serikan dengan wangian yang memberi kesan romantis dan menukar warna dinding dengan cat atau menggunakan kertas dinding.
Tip berikut boleh anda aplikasikan untuk hiasan bilik pengantin.
1. Sama ada pemilihan yang sederhana atau ringkas. Bilik tidur sebaiknya kelihatan tenang dan mendamaikan.
2. Jangan terlalu sarat dengan pelbagai hiasan, ‘mood’ pengantin akan hilang.
3. Hiasan sederhana sudah memadai. Namun, masyarakat tetap mahukan bilik pengantin dihias gah dan mewah. di istana.
4. Sebelum hias, fikirkan tema, warna cadar, bantal atau aksesori hiasan. Ini bertujuan untuk tentukan terlebih dahulu warna tema bilik pengantin.
5. Pilih set bilik yang bersesuaian seperti hiasan langsir, latar belakang katil, permaidani dan cadar.
6. Pilih cadar katil daripada warna putih atau ‘pastel’. Elakkan daripada memilih cadar bercorak besar kerana ia boleh menyebabkan bilik nampak kecil dan sempit. Elak dari memilih cadar rona terang.
7. Elak meletakkan jambangan bunga yang besar atas tilam.Lebih baik memilih jambangan bunga segar bersaiz kecil dengan kuantiti banyak supaya boleh diletakkan di tepi kiri dan kanan katil dan lebih manis gayanya.
8. Hias meja solek dengan barangan seperti botol haruman bersaiz kecil, kaki lilin serta bekas potpuri.