Berat badan yang susah nak turun memang boleh memberi tekanan tak kira pada wanita atau lelaki. Tambah merunsingkan kalau dah macam-macam usaha dibuat namun kesannya tetap tak berhasil.

Jangan bimbang kerana perkongsian daripada Zamira Mohammad Ali ini sedikit sebanyak boleh membantu anda menyingkirkan lemak-lemak degil yang lama bertapak dalam badan anda tu, selain dijadikan detox, buat anda kenyang berpanjangan dan memberi kesan lawas ibarat anda memakan 10 biji betik.

Nak kulit wajah glowing dan sentiasa tampak muda jelita pun boleh dengan mengamalkan petua ini. Menurut Zamira atau mesra dipanggil Kak Migha, dia mengamalkannya sebagai suplemen tambahan untuk ibu-ibu mengandung.

Tak perlu risau dengan bahan-bahannya kerana ia cukup mudah untuk didapati dan kosnya murah.

~ Nak rasa kenyang berpanjangan?
~ Nak pelawasan lancar ibarat makan 10 biji betik?
~ Nak kulit glowing mowing berkaca macam makan 10 biji oren sehari?
~ Nak sentiasa muda jelita walaupun dah 4/5 series tanpa botox?
~ Nak gigi cantik dan tulang kuat macam kanak – kanak ribena?
~ Nak miliki rambut beralun bersinar boleh libas – libas macam model?
~ Nak kurus baju saiz S?

Boleh try resepi ni. Murah je kosnya. Jadikan menu bekfes pun hokkay 😉

Kak Migha amalkan sebagai suplemen tambahan untuk preggy mommy.

CHIA SEED (superfood) + KURMA

Resepi ni buat malam taw. Sebelum tido. Lepas tu letak dalam fridge. Ala – ala detox jugakla.

Cara buat ada kat setiap gambor k.

Chia Seed ni boleh beli di Cosway. Kat tesco pun ada rasanya. Kak Migha selalu beli kat Cosway ja. Kurma boleh guna hat yusof taiyoob dalam kotak tu. Tapi jangan banyak taw. Muak nak ngabihkan. Letak dalam 3 biji pun dah cukup mengenyangkan. Tapi feveret Kak Migha kurma ajwa. Letak 7 biji. Sedaaappp. Yummy.

 

Air kosong dalam 250 ml. Antara bahan wajib ado ni.
Siat-siatkan kurma tu jadi keping kecik kecik. Masukkan dalam air. Rendam sekali ngan biji kurma tu. Jangan buang plak.
Masukkan Chia Seed dalam anggaran 10gram. Kak Migha sukat pakai pencedok susu tu. Boleh ngam la 10gram.
Kacau bagi rata chia seed tu. Supaya tak bergentel. Nak senang tutup je tupperware tu dan goncang bagi dia berenang-renang secara solo. Ok dah siap. Simpan dalam fridge. Okeh jom tido.

 

Monink :* Sedia untuk bekfes dan muda jelita. Yummy.. yeaaayyy. Biji kurma sila buang taw. Jangan telan pulak. Bukan awet muda dah. Jadi lain plak kang. Haruuuuuu P/s : get ready untuk singkirkan lemak-lemak yang bertapa masa dinner semalam. Padukan dengan sapuan losyen kurus sejuk #SecretCorrea taw.