Merancang majlis perkahwinan di kawasan terbuka ataupan outdoor dengan pemandangan dan langit yang indah pastinya menjadi dambaan bagi setiap pasangan yang bakal bergelar raja sehari.
Selain itu, perkahwinan seperti ini juga membuatkan keseluruhan majlis anda memberi impak dan meninggalkan momen terindah buat pasangan mempelai mahupun hadirin yang hadir.
Salah satu tema atau trend yang kian menjadi perhatian di kalangan pasangan mempelai pada masa kini adalah mengadakan majlis perkahwinan bertemakan woodland.
Konsep perkahwinan woodland yang dilakukan di kawasan terbuka ataupun outdoor ini dianggap lebih menarik dan memberi kesan yang lebih romantis dibandingkan dengan perkahwinan indoor.Kelainan yang ditampilkan dalam perkahwinan bertemakan woodland ini bakal mencetuskan fenomena di dalam dunia perkahwinan.
Tentunya, dalam penyelenggaraan majlis perkahwinan seperti ini harus lebih dititikberatkan agar acara atau majlis dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
Perkara yang perlu dipertimbangkan;
1.Selain menitikberatkan soal juadah untuk dihidangkan serta dekorasi, faktor cuaca juga perlu diberi perhatian. Ini kerana cuaca boleh berubah-ubah dan hal ini harus diutamakan dalam memastikan majlis perkahwinan yang diidamkan dapat direalisasikan dengan jayanya.
2. Selain itu, pemilihan baju kahwin penting dalam menjayakan perkahwinan bertema woodland.Baju yang tepat dan sempurna memberi aura dan bakal menterlahkan pengantin.
Pastikan anda memilih baju yang lebih ringkas dan minimalis. Pemilihan baju yang tepat menentukan kejelitaan dan keanggunan anda di hari bahagia selain tatarias dan solekan yang lebih natural dan semulajadi. Pasti keseluruhan penampilan anda lebih berseri dan memukau.
Dalam memastikan tema ini berjalan dengan lancar, pemilihan baju yang ringkas dan tidak keterlaluan adalah pilihan yang tepat. Pastikan baju yang anda pilih terasa selesa dan sesuai apabila dipakai.
3.Pilihlah baju yang cukup ringan, memudahkan dan membebaskan anda untuk bergerak dengan bebas. Anda juga boleh memilih baju berpotongan empire line dan shealth dress kerana potongan ini lebih ringkas dan memudahkan anda untuk bergerak.
Selain itu, anda dinasihatkan agar tidak memilih baju mahupun layah yang meleret atau terlalu panjang kerana membataskan pergerakan anda.
Baju berona pastel seperti serenity dan rose quartz bakal memberi keharmonian kerana rona ini memberi simbol kesejahteraan dan ketenangan.
Pastinya, elemen semulajadi yang ingin ditampilkan dalam konsep woodland ini lebih menyerlah dan relevan.
4.Perkara terakhir yang perlu anda beri perhatian adalah pemilihan kasut. Pilihlah kasut yang tidak terlalu tinggi atau pun kasut jenis wedges agar memberi keselesaan optimum di hari majlis raikan cinta anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI