Ikut Tip Juru Inai Ini Untuk Sesi Malam Berinai Yang Sempurna

Share
Adat berinai menjadi tradisi perkahwinan Melayu yang semakin dilupakan. Pada zaman dahulu, adat berinai terbahagi kepada dua iaitu adat berinai kecil dan berinai besar. Adat berinai kecil biasanya diadakan pada waktu petang tiga malam sebelum hari perkahwinan. Adat berinai besar pula diadakan pada malam sebelum hari perkahwinan.
Buat bakal pengantin baca perkongsian oleh Nana Henna untuk tip malam berinai.

Tip Untuk Pengantin Di Malam Berinai ?

1. Uruskan diri
Pengantin haruslah mandi dan makan terlebih dahulu sebab proses berinai mengambil masa yang lama untuk siap.Terkena pula kalau design hok ke siku. Hehehe. memang akan makan masa berejam dik non oii. Pastikan makan sebelum berinai.

2. Handphone
Sebelum berinai, selesaikan lah segala urusan telefon anda. Bagitahu ahli keluarga dan kenalan anda terlebih dahulu bahawa anda ada majlis berinai agar mereka tidak terkena virus ’’krik krik’’ ketika anda sedang berinai. Bermain handphone ketika berinai boleh membuat ukiran anda comot & tidak kemas. Percayalah! .Jangan pula salahkan henna artist atas kecuaian anda sendiri ?

3. Barang-Barang keperluan
Letak barang keperluan utama anda di tempat yang senang dicari / dicapai. At least henna artist boleh la tolong ambilkan barang tersebut untuk anda jika anda memerlukan . Pergi stor, naik atas almari, masuk bawah katil, selongkar almari juga tidak termasuk dalam perkhidmatan berinai.

4. Ahli Keluarga / Kenalan
Ahli keluarga / kenalan boleh turut serta melihat pengantin di inaikan, TAPI jangan la menyakat si pengantin.Sebab sedikit gegaran pun boleh menganggu proses inai. Proses menginai ni memerlukan fokus dan perhatian yang lebih. Jangan terlalu buat lawak / membahan si pengantin. Paling penting, kalau pengantin jenis yang melatah, Please ! Please ! Jangan kejutkan atau buat apa sahaja yang membuatkan pengantin melatah. Please take note, Emosi pengantin juga memainkan peranan yang sangat penting ketika berinai.

6. Tempat
Seboleh-bolehnya, berinai di tempat yang selesa, jauh dari kanak-kanak yang berlari/bermain, tempat kenalah tempat yang terang. Suasana juga memainkan peranan penting ketika berinai. Semolek-moleknya di dalam bilik ?

Sumber: https://www.facebook.com/Nana-HennaArt-Temerloh-

Published by
Putri Adila