Setelah bernikah kebiasaannya pasangan akan mengambil waktu bersama atau berbulan madu bagi mengenali lebih lagi mengenai pasangan mereka. Ada beberapa pasangan yang akan mencuba mencari pakej bulan madu yang berpatutan dan tempat mana yang anda patut pergi.
Tidak hanya menentukan tempat, menentukan jadual juga penting dalam mencari aktiviti yang ada dan bajet yang sesuai. Jadi terdapat beberapa tips sebelum anda ingin berbulan madu.
1.Menentukan waktu yang Tepat
Tidak mudah untuk menetukan waktu yang tepat antara pasangan untuk pergi berbulan madu. Jadi, rancanglah lebih awal agar lebih memudahkan anda. Anda yang ingin berbulan madu ke luar negara, harus mengetahui musim ketika berkunjung ke sana.
Ads
2. Atur Bajet Anda
Ini adalah perkara paling penting kerana anda harus mengatur bajet anda sendiri kerana berbulan madu menelan belanja yang banyak. Proses ini akan membantu anda sedar pada kewangan anda. Jangan di sebabkan ingin terlalu berjimat, sampai anda mengambil pakej yang paling murah. Fikir di tengah-tengah dan bandingkannya sebelum menempah.
3. Jenis Tempat Honeymoon
Bincang dengan pasangan anda. Tempat yang mana sesuai dan patut dikunjungi oleh anda berdua. Luangkan masa supaya anda dan pasangan membicarakan mengenai ini agar tidak ada yang berkecil hati.
4. Review Tempat Bulan Madu
Sebaiknya anda lihat review dan komen daripada orang lain atau internet mengenai tempat yang anda ingin pergi. Adakah ia selamat buat masa ini? Bagaimana dengan makanan di sana? jangan hanya kerana anda melihat gambar-gambar di internet membuatkan anda merasa cantik dan ingin ke sana. Kerana setiap negara mempunyai masalah yang tersendiri.
5. Follow Your Dreams Honeymoon adalah perkara yang terbaik untuk mengenali pasangan anda lebih mendalam, hanya anda dan dia. Jadi usahakan lah pergi ke tempat yang menjadi idaman anda dan selesa. Menyimpan lah dari sekarang supaya cita-cita anda tercapai bersama yang tersayang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
SEMUA CAWANGAN ZAKAT SELANGOR DIBUKA 7 HARI SEMINGGU SEPANJANG BULAN DISEMBER
Semua 27 cawangan Zakat Selangor dibuka tujuh hari seminggu termasuk pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang bulan Disember ini.
Waktu operasi seluruh cawangan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja. Pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum, cawangan Zakat Selangor dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
Waktu operasi turut dilanjutkan sehingga jam 8 malam bermula 28 hingga 31 Disember.
Inisiatif itu diambil bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat mereka sebelum berakhir tahun 2018.
Selain taksiran zakat harta, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan runding cara zakat, bayaran zakat serta melaksanakan urusan permohonan agihan zakat.
Cawangan Zakat Selangor turut menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat menerusi kad kredit Islamik dan kad debit.
Lebih menarik semua pengeluar zakat melalui 27 Cawangan Zakat Selangor ini berpeluang memenangi hadiah istimewa melalui e-cabutan iaitu sebuah tablet, sebuah telefon pintar dan hadiah saguhati iaitu kad Touch & Go. Peluang ini hanya dibuka di bulan Disember ini sahaja.
Kalau nak tunai zakat melalui online pun boleh. Layari je laman web Zakat Selangor di www.zakatselangor.com.my/info-zakat/bayar-online/ ya.
Ambillah peluang menunaikan zakat sebelum 31 Disember untuk layak rebat cukai pendapatan.
#zakat
#rukunislam
#kewajipan
#zakatselangor
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Andai ditanya bagaimana tahap kewangan keluarga kita pada masa ini, adakah stabil atau sebaliknya? Tentu ada yang sekadar mengagak dan tidak tahu cara mengukurnya yang sebenar.
Diharap melalui perkongsian daripada Amir Syahir ini dapat memberi pencerahan dan sekali gus kita sedar dimana tahap kesihatan kewangan kita.
Jom Semak Tahap Kesihatan Kewangan
Bagaimana tahap kesihatan kewangan korang?Amat baik? Baik? Kurang baik? Ataupun bahaya? Macam mana nak kira? Contohnya si A ada;
Pinjaman Peribadi: RM330
Ansuran kereta: RM560
Gaji bersih: RM1850
Bayaran Balik Pinjaman (Ansuran Bulanan Dengan Bank) / Pendapatan Bersih X 100:
RM330+RM560 / RM1850 X 100= 48.11%
Jadi, si A dalam kedudukan kurang baik. Si A harus berhati-hati jika mahu buat hutang lagi. Si A juga kena pastikan membuat hutang adalah untuk membina aset dan bukannya untuk liabliti lagi. Jadi macam mana dengan korang? Harap tidak dalam keadaan bahaya.
Setiap manusia pasti menginginkan pasangan yang tepat dan sempurna untuk hidup bersama. Disebabkan itulah proses perkenalan amat penting bagi kita untuk mengenali hati budi dan peribadi pasangan. Malah anda juga disyarakkan untuk mengadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan.
Mengenali pasangan itu bukanlah lesen bagi pasangan untuk keluar berdua-duaan dan menjalinkan hubungan tanpa batasan. Ia mempunyai batasan yang perlu dijaga agar ia tidak menjurus kepada perkara-perkara yang dilarang oleh agama.
Rasulullah SAW memperkenalkan 5 K iaitu Kenal, Kelas, Kufu, Kasih dan Kahwin. Jom kita kupas 5 K ini!
1. KENAL
Kita disuruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk mengenali dan mendalami hati budinya, carilah orang yang boleh dipercayai agamanya dengan cara merisik corak hidupnya dan juga keperibadiannya.
Merisik latar belakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh mana pergaulan dan sifat warak yang dimilikinya. Pada dasarnya, anda boleh mengenalinya melalui corak kelakuan sahabat-sahabatnya yang akrab. Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak berbohong. Apabila sudah saling mengenali, tolak -ansur dapat dibuat dalam apa juga perkara.
2. KELAS
Anda mengenalinya tetapi anda harus bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja.
Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa alert, sanggup menerima dan memberi teguran serta saling bersifat ‘membina’ untuk menjaga akhlak dalam Islam.
3. KUFU
Kufu amat diberatkan dari segi pendirian dan pemahaman agama, selain keturunan juga perlu diseimbangkan. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar anda mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.
Begitu juga dari segi harta, ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu dititikberatkan kerana seseorang yang datang daripada keluarga miskin sukar untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang kebelakang ini juga mementingkan tahap umur.
Memang betul, soal jarak umur di antara Rasulullah SAW dan Siti Khadijah tidak wujud kerana Baginda, Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna, tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya apabila sudah lama berumah tangga.
4. KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang ditekankan sebenarnya ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin.
Katakan lelaki itu suka kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu mengikut syariat Islam. Paling penting jika tidak berkenan, jangan dipaksa hati sebab ia bukanlah satu permainan yang boleh dipersendakan.
Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia bakal menjamin kebahagiaan rumah tangga. Keberkatan memang dititikberatkan dan apabila niat anda dipasakkan dengan betul, In sha Allah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak-geri dan tindak-tanduk mendapat pengawasan serta hidayah Allah dan tidak timbul perselisihan faham.
5. KAHWIN
Reda terhadap pasangan masing-masing adalah penting. Istilah kufu sangat ditekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak-ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang.
Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agamanya tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin. Sikap kurang mahu ini akan menjadi titik-tolak sekiranya isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari semasa ke semasa.
Begitu juga sebaliknya, masalah pasti akan berlaku. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mestilah mencari lelaki yang lebih kuat iman daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!