Ikuti Pesanan Orang Tua, Sebelum Nak Kahwin Elak Lakukan 10 Perkara Ini. Sila Patuhi Ya!

Share

Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, setiap pasangan perlu menjaga diri agar majlis berjalan seperti yang telah dirancang. Selain itu, ada pantang larang dan perkara yang perlu bakal pengantin elak daripada melakukannya sebelum majlis perkahwinan.

Pantang larang tersebut sering dikaitkan dengan pesanan orang tua-tua. Namun, janganlah pula ada yang beranggapan ia merupakan perkara mistik atau perkara-perkara yang syirik. Ia sekadar peringatan orang tua dan petua tersendiri yang masih mereka amalkan hingga kini untuk bakal pengantin melangkah ke alam rumah tangga.

Oleh itu, sebelum anda bergelar suami atau isteri orang, pastikan anda elak lakukan 10 perkara ini.

1. JANGAN KELUAR DENGAN PASANGAN SEBELUM BERNIKAH

Dinasihatkan agar anda tidak keluar bersama pasangan 40 hari sebelum dinikahkan kerana ia bertujuuan untuk mengelakkan kata-kata tohmahan masyarakat. Lebih-lebih lagi bagi mengawal nafsu masing-masing. Bukan apa, bila sudah lama tidak berjumpa mestilah lahir rasa rindu kan? Jadi, bila hari besar bakal kunjung tiba, anda akan rasa lebih teruja berjumpa bakal suami atau isteri.

2. JANGAN MANDI MALAM

Pakar kesihatan juga tidak menggalakkan untuk kita mandi lewat malam. Jam 10 malam dan ke atas sudah dikira lewat apatah lagi jika anda memilih untuk mandi pada jam 2-3 pagi. Ini kerana mandi malam/awal pagi dipercayai tidak elok untuk sendi dan juga organ dalaman.

3. ELAKKAN AMBIL MAKANAN YANG BERBAU

Seeloknya berhenti untuk makan ulam-ulaman yang boleh menyebabkan bau mulut seperti petai, jering dan sebagainy terutamanya dua atau tiga hari menjelangnya hari perkahwinan. Bayangkan jika malam sebelum akad nikah, anda makan durian dua tiga biji, bukannya bau boleh hilang serta-merta. Silap hari bulan, pengsan pula tok kadi yang ditugaskan untuk menikahkan anda dan pasangan.

4. JANGAN MAKAN NASI DENGAN GULAI BERKUAH

Orang-orang tua menasihati bakal pengantin untuk tidak makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. ELAKKAN MAKAN & MINUM YANG SEJUK

Apakah yang dimaksudkan dengan makanan dan minuman yang sejuk? Contohnya seperti sayur kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa. Ini adalah antaranya makanan dan minuman yang bersifat sejuk. Jadi, elakkan pengambilan makanan dan minuman ini lebih-lebih lagi hari perkahwinan bakal menghampiri anda agar muka tampak segar san berseri.

6. JANGAN KELUAR MALAM

Hal ini bagi mengelakkan perkara tidak baik berlaku pada bakal pengantin. Anda harus ingat bahawa bukan anda sahaja yang ada di dunia ini. Turut ada kehidupan lain yang anda tidak boleh lihat dengan mata kasar. Cuma ini untuk anda beringat, supaya jangan pula dari majlis nikah bertukar menjadi majlis lain pula nanti.

7. JANGAN PAKAI SELUAR DALAM KETAT

Ini penting terutamanya bagi bakal pengantin lelaki. Anda dinasihatkan supaya tidak memakai seluar dalam yang ketat kerana ia tidak bagus untuk alat sulit anda. Jangan tidak tahu pula ya, tidur meniarap juga tidak bagus. Sebab utamanya boleh menggangu peredaran darah sekitar organ kelamin anda. Jadi, tolong elakkan!

8. ELAK MINUM SOYA & TIMUN

Dikatakan soya tidak elok untuk alat kelamin, manakala timun pula tidak elok untuk pemprosesan anak. Jadi cuba elakkan pengambilan timun dan minuman soya menjelang hari bahagia.

9. MENGAMALKAN PENGAMBILAN JAMU

Untuk bakal pengantin, anda digalakkan untuk mengambil jamu dari awal. Ini baik untuk kesihatan dalaman dan juga untuk menambahkan kehangatan di malam pertama anda nanti.

10. URUTAN SEBELUM MENJELANG KAHWIN

Mungkin ada yang memilih spa, tapi sebenarnya jika anda boleh mendapatkan bantuan daripada orang lama yang mahir dengan urutan tradisional, itu adalah lebih digalakkan. Ini kerana urutan tradisional lebih membantu dalam memulihkan otot-otot dalaman anda.

Published by
Fadhli Ismail