Idea untuk mewujudkan meja pemanis mulut ini sebenarnya mampu menjadikan majlis lebih meriah, apatah lagi jika dipenuhi dengan pelbagai makanan yang membangkitkan selera. Bukan hanya majlis sambutan ulang tahun, anda juga boleh mengadakan meja pemanis mulut untuk majlis perkahwinan.
Pilih satu tema yang menarik agar semua hidangan yang bersesuaian boleh anda wujudkan contohnya pilihan tartlet, macaroon, kek dan manisan yang lain. Pastikan penggunaan warna dan motif yang ditampilkan di meja pemanis mulut bertepatan dengan tema majlis perkahwinan anda. Selain itu pilihan pinggan, dekorasi, alas meja juga backdrop turut melengkapi tema yang dipilih.
Oleh itu jom lihat inspirasi meja pemanis mulut yang bakal pengantin boleh cetuskan di majlis perkahwinan anda nanti.
Tip perlu tahu:
Idea meja pemanis merupakan meja yang dihias cantik dan di atasnya diletakkan pelbagai gula-gula, coklat, kek dan sebagainya.
Ia tampil menarik mengikut warna tema majlis perkahwinan iaitu dari segi pemilihan warna lapik meja, reben juga pemanis yang menghiasi meja.
Meja pemanis sering menjadi tumpuan sebagai pilihan kepada tetamu untuk menikmati makanan yang manis dan ringan.
Jangan takut menggabungkan warna. Pilih warna apapun yang anda suka kemudian gabungkan untuk mendapatkan hasil yang menarik.
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Saksikan Ahad ini Pesona Pengantin jam 7 malam di Astro Prima & Maya HD segalanya tentang cake dan candy buffet.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah tahun 2019 zaman sekarang memang kita boleh lihat perlbagai-bagai jenis pelamin dan corak yang dipamerkan. Ada yang unik dan sangat memukau.
Bakal pengantin selalunya boleh memilih tema dan corak mengikut kesesuaian dewan dan pakaian mereka. Antara yang unik kali ini adalah pelamin marble. Ia ala-ala pelamin bertemakan batu marble yang menghiasi pelamin. Memang cantik. Tengok ni!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sentuhan magis dekorasi majlis hari bahagia pastinya tambah memukau dengan elemen ruang berkonsepkan English Rustic Modern. Paduan rona putih dan pastel menggamit jiwa yang tenang saat pasangan mempelai bersanding di singgahsana cinta. Pastinya membuatkan mata tetamu tak jemu memandang.
Gandingan rona putih dan pastel menegaskan lagi dekorasi serta tema yang ingin dipersembahkan, lantas membuatkan majlis yang diraikan tampak eksklusif dan elegan.
Hiasan bunga ros putih dan hydragea pada pasu tinggi yang ditutupi dengan kain renda menambahkan seri pada dekorasi keseluruhan ruang.
Susun atur lilin hiasan bersama taburan kelopak bunga mawar merah mencipta suasana romantis seolah-olah turut menyelami penyatuan cinta sang mempelai.
Latar belakang pelamin yang dihiasi dengan tampalan bunga rona gangsa dan keemasan menonjolkan elemen moden pada dekorasi majlis perkahwinan.
FOTO : PAKDINZ PHOTOGRAPHY DEKORASI : ADI NAZIM INSPIRASI DEKORASI TERIMA KASIH PENGANTIN : ELYSHA & IZZUDIN
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suka pilih konsep minimalis apabila hasilnya lebih kemas dan luas, jadi golongan isteri yang tak cukup masa nak mengemas rumah, boleh cuba idea ini.
Seperti idea yang dikongsikan Puan Susun Atur Sioca ini, ruang rumahnya nampak bersih dan luas.
Rujuk gambar kediamannya memang kosong sebab prinsipnya, tiada fungsi tak beli. Jika terbeli, let go. Malah dek kerana prinsip ini juga dapur pun nampak kosong. Tapi pegangan ini memang mudahkan kehidupan malah menjimatkan. Boleh lihat perkongsian beliau ini.
Wanita Ini Pilih Konsep Minimalis, Senang Kemas Rumah Dan Nampak Luas
Rumah saya ada empat bilik dan satu air well. Saya bahagikan ikut bilik utama, bilik anak, bilik baju, bilik buku dan ruang dobi.
Bilik tidur hanya ada katil sahaja. Tak ada barang lain. Almari baju pun tak ada. Baju semua di’one-stop-centre’kan di bilik baju. Side table juga tak ada.
Bilik anak-anak juga begitu. Hanya ada katil. Meja belajar, buku-buku semua di’one-stop-centre’kan di bilik buku. Kalau nak belajar, kami akan berkumpul setempat dan bawa semua keperluan belajar, dah sudah, letak balik di bilik buku.
Baju Cuma Gantung, Senang Nak Ambil Dan Simpan
Bilik baju saya gunakan konsep baju tergantung. Dah bertahun guna konsep ni. Konsep ini sangat membantu menjimatkan masa para ibu dan isteri.
Langkah dia semudah masuk baju dalam mesin, sidai guna hanger, angkut hanger ke tempat masing-masing di bilik baju, selesai!
Pakaian kecil-kecil masuk je dalam kotak tapi pastikan satu jenis satu ‘rumah’. Kain pelikat, kain batik, tuala kena lipat tapi easy peasy sahaja.
Jangan Campur, Baru Nampak Kemas
Bilik buku pula ada rak buku dan meja belajar. Itu sahaja. Nak bagi kemas, tersusun, efektif, sentiasa gunakan konsep SETIAP BARANG ADA ‘RUMAH’ SENDIRI. Jangan sekali-kali campur aduk bila kemas.
Ruang dobi saya letakkan di airwell rumah. Dia sebenarnya langit terbuka tapi kami tutup dengan zink lutsinar supaya hujan tak masuk tapi cahaya matahari boleh masuk. Di sini ada mesin basuh, ampaian, dan sedikit ruang untuk barang-barang stor contohnya cat, tangga dan lain-lain.
Dapur, ruang tamu, ruang makan pun sama. Ada perabot asas sahaja dan memang digunakan seharian. Kalau yang tak ada function, saya tak akan beli. Kalau dah terbeli, saya akan let-go. Semua perabot tak bertukar selagi tak rosak. Sebab tu kalau mai dulu dengan sekarang, itu jugalah rupanya.
Tiada Deko Di Dinding
Dinding semua kosong. Tak ada sebarang deko kecuali jam dan cermin. Saya tak rajin nak lap habuk kat bingkai-bingkai tu semua. Dulu pernah cuba nak hias-hias tapi tak kena dengan jiwa. Cabut balik, let-go semua.
Kat dapur je ada bingkai sebab nak tutup cela pada dinding (retak sikit sebab alih pintu toilet yang asal).
Tiada Karpet Tapi Ada PVC Mat
Rumah saya juga tak ada sebarang karpet kecuali satu pvc mat, meraikan tetamu yang lebih selesa duduk bawah.
Perjalanan minimalis saya ni entah bila mulanya. Tau-tau dah kosong je rumah. Adik saya cakap macam orang baru pindah.
Seronok dan lega. Tu perasaan saya dapat beritahu tentang journey ni. Banyak lagilah yang saya minimaliskan. Bukan rumah je, corak pemakanan, penjagaan seharian semua terkesan. Masih banyak perlu saya baiki. Masih banyak nak belajar.
Jadi kalau anda rasa rumah dah penuh dengan barang, cuba pilih konsep minimalis. Barulah nampak ruang lebih luas dan kemas.
Akhirnya tamat sudah spekulasi tentang bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal selepas tular gambar nikahnya dengan pasangan pilihannya