Sudah jodoh yang tertulis, Ina Naim kahwin dengan lelaki pilihannya, Mohd Khairul Rizal Shukor semalam dan perkahwinan ini menjadi perhatian para peminat.
Ina Naim Kahwin Kali Kedua
Kalau ikutkan hampir setahun bergelar balu, pemilik nama Nordiana Mohd Naim, 40, mengakui bukan mudah untuk membuka pintu hati untuk menerima insan baharu di sisi.
Sikap penyabar, penyayang dan karakter lelaki yang bertugas sebagai jurutera itu yang disenangi anak-anak menawan hatinya.
“Persamaannya sangat banyak dengan arwah suami, itu yang membuatkan saya tertarik. Khairul juga sangat penyabar dan penyayang orangnya.
“Saya lihat dia hantar mesej kepada anak-anak dan mereka juga baik. Mudah menerima apa yang diajar Khairul.
“Itulah yang dikatakan qada dan qadar, rukun iman yang keenam. Kita tidak boleh tentukan nasib kehidupan kita. Sekarang ini saya sudah menjadi isteri kepada Khairul. Itu adalah takdir ALLAH, Alhamdulillah,” katanya lagi.
Syukur Terlepas dari Fitnah
Pelantun lagu Duhai Hati itu turut melahirkan rasa syukur kerana kembali bergelar isteri dan terlepas daripada fitnah.
Ads
Katanya, gelaran ibu tunggal terlalu berat dan keputusan untuk kembali berumah tangga juga bukan mudah.
“Saya rasa bersyukur kerana terlepas daripada sebarang fitnah. Biasalah bila hidup sebagai ibu tunggal banyak fitnah di luar. Alhamdulillah ALLAH selamatkan saya daripada fitnah-fitnah itu.
“Agak lama juga saya buat keputusan untuk bernikah lagi. Tapi bila dia (Khairul) datang bawa resume, saya terima keikhlasan yang ada pada dia, keduanya saya rasa dia boleh bantu saya untuk meneruskan perjuangan sebagai bapa untuk mengajar anak-anak,” ujarnya.
Khairul pula memberitahu, hatinya terbuka menerima Ina sebagai isteri kerana mahu membela nasib ibu tunggal dan anak-anak yatim.
Malah dengan pengalamannya sebagai pendidik, Khairul yakin dapat membimbing anak-anak tirinya. Beliau malah sudah menyiapkan perancangan pendidikan untuk mereka.
“Apa yang saya nampak, ini (pernikahan) peluang untuk amal jariah. Bila saya tengok ada empat orang anak yatim dan seorang ibu tunggal untuk dibela nasibnya, saya rasa kena ambil peluang ini.
Ads
“Alhamdulillah ALLAH kurniakan saya pengalaman sebagai seorang pendidik. Sebelum ini saya bekerja dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
“Saya cadangkan kepada Ina perancangan untuk anak-anak agar mereka dapat meneruskan pembelajaran dan membesar menjadi individu lebih baik,” katanya.
Anak Sulung Restu Perkahwinan Ibu
Anak sulung Ina, Ehmad Hadie Elfardie yang dilihat menitiskan air mata saat ijab kabul merestui perkahwinan ibunya.
Jelas Hadie, Mohd Khairul Rizal yang dipanggilnya Daddy diharapkan mampu menjaga ibu dan adik-adiknya.
“Alhamdulillah saya bersyukur, sekurang-kurangnya ada orang yang sanggup menerima dan menjaga. Saya syukur serta gembira, Alhamdulillah.
Ads
Ehmad Hadie menerima bapa baharu dengan hati yang terbuka dan mendahulukan adik-adiknya dalam hal itu.
“Saya fikirkan adik-adik dan ibu. Dia (Khairul Rizal) melayani ibu dan adik dengan baik,Alhamdulillah.
Dalam pada itu, Ehmad Hadie sempat mengucapkan selamat pengantin baharu buat ibu dan ayah barunya.
“Selamat pengantin baru ibu dan daddy. Semoga dipermudahkan urusan dan diberkati ALLAH SWT,” katanya.
Dalam majlis yang berlangsung di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM100, wang hantaran RM7,000, kelengkapan solat, seutas gelang emas, sebentuk cincin dan lima dulang hantaran.
Terdahulu, Ina yang kini aktif berniaga mi siput dan produk kecantikan kemudian menjelaskan bakal bernikah dengan bapa tunggal kepada dua orang anak dikenali sebagai Mohd K.
Sekadar info, Ina berkahwin dengan Suhaimi yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Inteam pada 12 Ogos 2007.
Beliau menggalas status ibu tunggal selepas Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa kena dengar nasihat isteri lebih daripada orang lain? Kerana apa yang keluar daripada mulut seorang isteri adalah satu-satunya kata-kata yang tepat, betul dan sesuai dengan suami. Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya.
Begitulah perkongsian Omisu tentang hubungan suami isteri. Bahkan isteri lebih kenal daripada mak sendiri. Kenapa? Sebab majority pure punya perangai tak akan ditunjuk pada keluarga sebab nak jaga hati mak ayah.
Buruk Baik Suami, Isteri Lebih Kenal
Buruk baik diri kita ni isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1001 kelakuan kita tanpa mengeluh. Walaupun dia nampak kelemahan kita tapi masih tetap setia dengan kita.
Patah perkataan yang keluar dari mulut isteri tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan keluarga sendiri. Ini comfirm!
Dengarlah kawan-kawan bila isteri masih ada hati memberi nasihat. Di saat isteri dah tak ada hati nak bagi nasihat, nescaya kita dah tersangat rugi. Kita baru kehilangan “Penasihat” terbaik yang telah di cipta untuk kita!
Tak Setanding Nasihat Isteri
Tiada yang lebih baik memberi nasihat daripada isteri bahkan lebih baik dari nasihat mak ayah kerana ada mak ayah tak berapa kenal pun anak dia yang dah dewasa.
Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.
Tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekalipun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.
Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!
Pujian Orang Lain Tak Ada Makna
Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin, dan puji kita ni calon suami mithali kononnya.
Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar. Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya.
Oleh itu, nasihat saya kalau nak dapatkan nasihat yang paling ikhlas dan paling berniat baik orang pertama yang anda kena cari ialah isteri sendiri.
Wallahu A’lam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak di nafikan kadang kala apabila kita bercinta kita akan merasakan bahawa dia lah jodoh kita atau pun dia lah yang sesuai untuk kita. Namun begitu ada beberapa perkara yang boleh djadikan petunjuk sama ada dia sesuai atau tidak untuk kita.
Paling utama adalah anda melihat sendiri cara dia melayani atau mengambil berat pasal anda. Berikut adalah 10 petunjuk yang mungkin anda boleh mengenal pasti sama ada dia layak atau tidak untuk anda.
Setiap kali anda berjumpa si dia anda tidak merasai debaran. Seperti tiada apa-apa.
Dia menerima anda dengan seadanya. Tidak menyuruh anda untuk bersiap terlalu cantik hanya kerana paras rupa.
Selalu meminta anda untuk membayarkan setiap kali keluar ‘dating’ dengan alasan gaji tidak masuk, tiada duit kecil dan sebagainya.
Apabila berjauhan, anda tidak merinduinya dan teringatkannya.
Dia tidak memberi sebarang tanda tentang masa depan hubungan anda dengan dia. Malah, tidak membawa anda untu berkenalan dengan keluarganya.
Dia tidak pernah ingat tarikh-tarikh penting antara anda dengannya.
Lebihkan kawan daripada anda sehinggakan membawa kawannya kemana sahaja anda dan dia berada.
Tidak mengaku mempunyai ramai kenalan wanita dan sering keluar dating bersama mereka.
Dia tidak malu dan tidak teragak-agak untuk meminjam duit anda.
Dia tidak berminat tentang kisah peribadi anda seperti latar belakang anda, keluarga, dan apa hobi anda.
Sumber : bercintaselepasnikah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali menerima undangan perkahwinan tentunya korang akan memikirkan apa hadiah atau barang yang ingin di bagi buat pasangan mempelai ini. Jangan risau ini anta idea yang korang boleh bagi sememangnya amat berguna.
Lesung Batu
Nampak rare kan? Lesung batu sememangnya digunakan untuk bahan masakan seperti menumbuk cili, bawang, belacan untuk dijadikan bahan masakan. Tentunya pengantin akan menghargai dengan pemberian ini.
Set pinggan mangkuk
Hadiah ini pastinya benda yang paling penting buat pasangan pengatin kerana ia amat berguna pada setiap hari. Kita akan memerlukan pinggan, cawan, dan mangkuk untuk menikmati makanan.
Buku resipi
Ya, betul walaupun sekarang adalah zaman teknologi yang boleh memudahkan untuk kita mencari bahan atau resipi masakan melalui gajet tapi buku masakan tidak akan sama rasanya dengan gajet yang kita ada mungkin kerana ‘feel’ yang lain. Ia lebih berguna dan sangat mudah tak perlu nk scroll dan cari-cari.
Kuali
Peralatan utama apabila didapur sememangnya kuali lah kan. Apa kata korang hadiahkan mereka set kuali ini. Mesti mereka suka. Pengantin tak perlu risau dah nak beli kuali untuk memasak kerana keperluan utama sudah selesai.
Beg pakaian
luggage beg sememangnya sangat sesuai untuk dijadikan hadiah sebab pasangan pengantin yang baru berkahwin akan menyiapkan diri mereka untuk berbulan madu. Jadi tak salah korang hadiahkan mereka beg ini kan, boleh didapati Dalam banyak size.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!