Dua bintang terkenal Korea ini bersatu dalam sebuah majlis pernikahan tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja. Majlis pernikahan pasangan ini dilakukan di sebuah gereja yang terletak di wilayah Gyeonggi, Korea Selatan, manakala majlis resepsi pula dilangsungkan di Paradise City’s Banquet Hall. Dewan tersebut dihias cukup menarik dengan berkonsepkan perkahwinan seperti dalam filem ‘Twilight’ lakonan Kirsten Stewart dan Robert Pattinson.
Taeyang kelihatan kacak dalam persalinan tuksedo hitam manakala Min Hyo Rin pula mengayakan gaun potongan kemban ballgown dalam rona putih gading dengan perincian bungan 3d.
Dekorasi perkahwinan pasangan ini yang berlatarkan warna-warna alam semulajadi cukup menampakkan kesegaran dan juga kemewahan tanpa kelihatan terlalu sarat. Konsep lantai karpet rona hijau seolah-olah menggambarkan rumput di taman.
Pasangan ‘power couple’ di dalam insdustri hiburan di Korea Selatan ini telah mula bercinta lebih empat tahun lalu dan mereka dilihat begitu merahsiakan perkahwinan biarpun telah melakukan sesi penggambaran istimewa pra-perkahwinan untuk majalah Dazed Korea sehinggalah rakan-rakan terdekat yang memuat naik gambar-gambar sekitar majlis mereka di laman instagram.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI