Indahnya Saat Bila Ada 12 Tanda Ini Dalam Hubungan, Bukti Lelaki Bersedia Nak Kahwini Anda!

Share

Pasangan yang sedang hangat bercinta pasti sering mengungkapkan kata-kata cinta yang amat manis. Pada permulaan perhubungan yang baru berputik mungkin tanda-tanda si dia jatuh cinta pada anda tidak terlalu ketara apatah lagi jika perhubungan itu baharu sahaja terjalin.

Jadi bagaimana caranya untuk mengesan jika si dia mahukan sebuah perhubungan serius bersama anda? Apakah tanda-tanda ketara yang si dia mencintai anda?

Selidik jika si dia benar-benar mencintai anda dan mahukan sebuah perhubungan yang pastinya akan menoktahkan hubungan anda berdia ke alam rumah tangga. Jom kita lihat 12 tanda teman lelaki serius dalam perhubungan dan ingin menjadikan anda sebagai suri hatinya!

1. Jatuh hati

Jika seorang lelaki sudah mula menunjukkan rasa ingin tahu tentang peribadi, keinginan, impian dan inspirasi tentang anda, hakikatnya si dia sudah mula mencintai anda.

2. Renungan mata

Kebanyakkan lelaki, jika mereka tidak menyukai sesuatu ataupun seseorang, dia akan cenderung untuk memandang ke arah lain. Jika seorang lelaki merenung tepat ke arah mata anda dan memastikan hubungan mata antara anda dan si dia tidak putus, itu menunjukkan yang si dia benar-benar jatuh cinta dengan anda.

3. Perkenalkan anda dengan rakan-rakannya

Jejaka yang dilamun cinta tidak akan takut untuk memperkenalkan insan yang istimewa buatnya epada sahabat-sahabatnya. Jika anda berpeluang untuk berjumpa dengan sahabat-sahabatnya, itu sememangnya satu tanda yang si dia benar-benar ikhlas untuk bersama dengan anda.

4. Memastikan anda sentiasa senyum dan gembira

Apabila hubungan cinta itu terjalin, ia sememangnya satu tahap dan masa yang anda tidak akan pernah bosan atau keseorangan. Tentu sahaja jejaka idaman anda akan memastikan anda sentiasa bergelak riang ketika bersamanya. Jika si dia berkesan dalam membuatkan anda bergelak ketawa dan merasakan diri lebih istimewa, hakikatnya si dialah orang yang anda cari selama ini.

5. Membawa anda menemui keluarganya

Selepas sahabat, keluarga adalah orang kedua yang si dia akan bawa untuk berjumpa dia andalah wanita yang disukainya. Majoriti lelaki tidak akan membawa pulang mana-mana wanita untuk bertemu dengan ibu bapanya. Jadi, jika si dia membawa anda pulang ke rumah keluarganya dan berjumpa dengan ibu bapanya, itu adalah petanda yang sangat baik. Malah melambangkan betapa dia cintakan anda dan pastinya si dia sudah bersedia untuk bersama anda ke fasa perhubungan yang lebih serius.

6. Menjadi orang yang pertama menghubungi anda

Jika si dia sentiasa menelefon atau menghantar mesej kepada anda, tahukah anda bahawa si dia seorang yang jujur dan ikhlas kepada anda. Secara tidak langsung itu menandakan si dia mengambil tahu tentang anda.

7. Meluangkan masa bersama anda

Secara tipikalnya, jika seorang lelaki tidak mencintai anda sudah pasti dia tidak akan meluangkan masa bersama anda. Jika si dia secara terus-menerus mencari masa untuk bersama anda, itu sudah pastinya si dia mencintai anda dengan setulus hatinya. Tidak kira pada waktu tengah hari atau tiba-tiba muncul di tempat kerja anda, jadi si dia boleh bersama anda.

8. Mudah pamerkan rasa cemburunya

Normal jika si dia rasa cemburu pada satu-satu situasi, asalkan si dia tidak melebih-lebih kerana selalunya jika lelaki mula cemburu, itu melambangkan si dia punya hati yang mendalam terhadap anda.

9. Si dia tidak boleh kekal marah kepada anda terlalu lama

Jika pasangan tidak boleh kekal dengan mood marah kepada anda lebih daripada beberapa jam, itu bermakna yang si dia terlalu mencintai anda. Apatah lagi jika si dia yang meminta maaf terlebih dahulu walaupun si dia tidak bersalah dalam masalah yang kalian hadapi, hakikatnya dialah yang anda cari selama ini.

10. Berbicara mengenai masa hadapan

Lelaki tidak akan berbicara tentang sesuatu perkara yang serius jika mereka tidak menyukainya. Jika si dia mula berbincang bersama anda tentang kehidupan kalian di masa hadapan atau mungkin berjenaka tentang 10 tahun akan datang, ia satu petanda besar perhubungan yang kalian jalinkan ini akan kekal lebih lama.

11. Melindungi pasangannya

Selalunya apabila seorang lelaki mula melindungi anda, ini menandakan cintanya pada anda kukuh. Sebagai contoh, lelaki akan memastikan yang anda selamat tiba di rumah tanpa sebarang masalah dan gangguan, dan setelah itu barulah si dia beredar pergi apabila menghantar anda di rumah kerana si dia tidak mahu sebarang perkara buruk berlaku kepada orang yang dia sayangi.

12. Sering ungkapan “I love you”

Terakhir sekali, bila tiba masa si dia membuat pengakuan yang dia mencintai anda, itulah masa yang anda ketahui isi hatinya yang sebenar. Lelaki sebenarnya mencari masa yang sesuai untuk mengucapkan kata cinta itu bagi mengenal pasti isi hatinya terlebih dahulu sebelum meluahkannya.

Published by
Fadhli Ismail