Wow, Mira Filzah ‘terbang’! Menjengah ke akaun Mira, teruja juga melihat aksi sukan lasak yang dilakukan. Rupa-rupanya, pengembaraan Mira ke Switzerland bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan kerja bersama Uniqlo tetapi sempat juga ‘love birds’ ini menyambut ulangtahun perkahwinan kedua.
Dalam diam, sudah hampir dua tahun Mira dan Wan Emir mengharungi hidup sebagai suami isteri. Kehadiran si kecil, Wan Khair Amir melengkapkan lagi kehidupan dan tanggungjawab mereka sebagai suami isteri.
Ads
Titipan Wan Emir buat isteri tersayang juga begitu manis dan deep. Nampak sungguh keikhlasan Wan Emir mencurahkan perasaan dan menghargai Mira.
3.9.20, takdir Yang Maha Esa tertulis bahawa dirimu @mfmirafilzah menjadi amanah buat diriku di dunia dan di akhirat.
Nur Amirah Filzah Isteriku Syurgaku💛, di mataku, dirimu insan luar biasa. Banyak pengalaman tercipta, memori terukir sejak kita membina rumahtangga bersama dua tahun yang lalu. Ada suka dan duka, ada pengorbanan dan kejayaan.
Ads
Tetapi apa yang pasti adalah sifat semulajadi dirimu yang cukup penyayang, pemurah dalam berbudi dan berbakti, memberi terbaik dan segalanya dalam sesuatu perkara. Sifatmu ini terus dan sentiasa menawan hatiku terhadap dirimu wahai isteriku, dan menjadi inspirasi dan peringatan buat diriku sendiri setiap hari.
Ads
Kini, masuk tahun kedua perkahwinan, kita membawa @wankhairamir putera sulung pula bersama dalam bahtera kehidupan sebagai pasangan yang berusaha mencari keredhaan Allah SWT. You have shown an incredible sense of maternal care & bond — from the moment we discovered him, until today — and I can only see you becoming more passionate in him and to our growing family.
Bersama kita berdoa dan zahirkan keinsafan dan kesyukuran, moga usaha kita dalam membina keluarga yang sakinah mawaddah dan rahmah, sentiasa dilindungi dan dipimpin-Nya, aamin YRA.
❤️💛🌌, hingga Jannah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, kenalah ada titik nokhtah hubungannya. Betul tak? Ramai pasangan yang melalui perhubungan perkenalan atau percintaan yang lama namun ramai yang kecundang di tengah jalan. Tetapi, buat pasangan Mohammad Safiq dan Asifa Azra, kasih yang disemai sejak sembilan tahun lalu diakhiri dengan sebuah ikatan hubungan yang sah.
20 Mei 2021 menjadi tarikh istimewa buat pasangan ini yang disatukan di Segamat, Johor. Meskipun perkahwinan yang dilangsungkan tidak dihadiri sanak-saudara dan rakan-rakan kerana masih di dalam PKP namun kenangan indah itu dirakam dengan sempurna. Azra mengambil keputusan untuk memanggil perancang perkahwinan, jurufoto dan juru video untuk menjadikan hari istimewanya lebih bahagia dan bermakna untuk dipotretkan dalam bentuk gambar dan video.
“Berkahwin di musim PKP bukan mudah terutamanya apabila kami berdua telah merancang pelbagai perkara termasuk mengadakan majlis buat kedua-dua pihak. Namun, atas nasihat dan dorongan keluarga serta rakan-rakan, kami akur untuk melangsungkan perkara wajib terlebih dahulu iaitu bernikah.
Sama seperti pasangan lain, kami menyertai kursus perkahwinan, melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan kemudian menghantarnya ke pejabat kadi. Sedih juga bila kawan-kawan rapat tak ada di hari bahagia sebab itu semua impian seorang perempuan kan?
Pada malam sebelum nikah baru saya tahu, mereka sudah merancang pelbagai perkara buat saya. Tetapi saya tetap positif, memikirkan pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini atau mungkin sudah tertulis semuanya buat saya,” kata Azra.
9 TAHUN BERKENALAN, APA AGAKNYA TIP UNTUK TERUS ‘BERTAHAN’ DALAM PERHUBUNGAN?
Pertama, percaya dengan pasangan anda. Tetapi pada masa yang sama, diri sendiri itu juga perlu meletakkan atau mengehadkan batas pergaulan dengan rakan-rakan.
Yang kedua adalah komunikasi. Walaupun jarang berjumpa, namun kami sering berhubung menerusi telefon bimbit walaupun cuma sekadar 3 minit. Bercakaplah dengan pasangan anda, sekiranya mempunyai masalah atau berkongsi berita gembira. Pasangan bukan sekadar untuk bercinta, malah teman & rakan ketika suka dan duka.
Yang ketiga, sekiranya mempunyai perasaan marah, ambil masa untuk muhasabah diri masing-masing kemudian mohon maaf dan memaafkan.
Yang keempat, cuba mengalah dalam apa jua situasi dan jangan ikutkan sangat perasaan ego. Kadang-kadang perkara yang kecil boleh jadi besar sampai membawa ke situasi yang tidak diingini.
“Safiq adalah seorang lelaki yang sangat penyabar. Sifatnya yang mengutamakan keluarga membuatkan saya lebih sayang padanya.
Soal bosan dalam perhubungan yang lama tak pernah timbul kerana saya dan pasangan mempunyai minat dan kerjaya yang berlainan. Jadi, kami jarang meluangkan masa bersama sebaliknya berjumpa sekiranya mempunyai aktiviti-aktiviti riadah seperti berbasikal, makan bersama rakan-rakan dan keluarga dan selebihnya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap karier masing-masing,” kata Azra.
Di mata Safiq, Azra dilihat wanita yang cukup sempurna…
“Azra ialah seorang yang sangat memahami dan bertoleransi dengan saya. Saya mempunyai kerjaya yang sangat ‘time consuming’ serta sentiasa memerlukan saya on standby mode. Ini yang membuatkan saya jarang dapat meluangkan masa dengan dia terutamanya pada waktu hujung minggu seperti pasangan lain.
Walaupun begitu, dia tetap cuba faham dan bersikap positif. Wanita yang kita tahu, sentiasa mahukan ‘attention’ untuk dia ceritakan hal kerja, peribadi dan sebagainya tapi dengan Azra ia satu perkara yang istimewa yang memang saya tak akan jumpa dengan orang lain. Itu yang membuatkan saya sayangkan dia.” Ujar Safiq.
Untuk menjalani perhubungan yang positif, cubalah elakkan perkara-perkara ini:
Tidak mengongkong pasangan anda.
Kurangkan pertemuan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kerana masih tiada ikatan.
Elakkan berkongsi masalah di media sosial.
Jangan berselindung atau berahsia, jujur dan berterus terang pada pasangan.
Tidak membezakan pasangan anda dengan orang lain.
Semoga pasangan ini sentiasa di bawah lindungan Allah dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Tahniah Safiq dan Azra!
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ulang tahun perkahwinan antara tarikh yang cukup bermakna bagi setiap pasangan suami isteri. Ia tarikh dan detik bersejarah yang akan dikenang buat selama-lamanya.
Bagi pasangan pelakon Fadzil Zahari dan Yana Samsudin, 13 Februari adalah satu tarikh yang cukup bermakna buat mereka berdua.
Disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 13 Februari 2015, tahun ini sudah lapan tahun usia perkahwinan mereka.
Melalui hantaran yang dicoretkan di laman Instagramnya, Fadzil berkongsi kisah bagaimana dia meminta izin daripada arwah bapanya untuk memperisterikan Yana.
Tak berkelip mata abang bila tengok balik kehenseman abang 8 tahun lepas, di tambah lagi dengan keyakinan bila dapat tawan sorang bangsa Johor..
Waktu tu abang tak pikiaq panjang dah, nak balik kampung raya jauh ka, hiway jem 14jam ka, abang tak peduli.. walau sorang Utara sorang Selatan..
Waktu yana tengah sibuk kat separuh akhir Muzik Muzik dengan Tomok, abang bawak family pi ke Yong Peng Johor.
abang cakap dengan abah yana.
“Pakcik, dewan kenduri di Kedah dah booking bulan 3, jadi kenduri di Yong Peng kena buat bulan Februari”
Yakin ja abang cakap camtu, nasib baik abah yana pencen askar tak belasah abang hahahhaha… suka hari ja lock anak dara dia camtu…
Alhamdulillah Allah lindung abang, tak kena pukul ka apa, kami selamat bernikah 13 Feb 2015…
Know know dah 8 tahun, dua orang anak sihat, abang pun makin sihat…
Moga Allah panjangkan jodoh hingga Jannah… dan abang doakan hangpa yang single pun berjumpa jodoh sendiri bukan menjaga jodoh orang lagi.
Nota kaki: kawin orang Johor kena stanby sampul duit, kena tol panjang..
Perkara utama yang paling menjadi keutamaan bakal ratu sehari ialah busana dan solekan yang akan dikenakan di hari bahagia. Ini merupakan dua aspek penting bagi bakal pengantin.
Solekan pengantin pada masa kini lebih kepada gaya solekan yang nampak natural. Warna-warna pastel dan bronze sangat diminati dan mendapat permintaan tinggi pada masa kini. Mainan warna-warna lembut mampu menaikkan aura seri pengantin. Akan tetapi mekap pengantin tidak terhad kepada warna-warna lembut sahaja.
Solekan yang keterlaluan dan tidak sesuai dengan majlis membuatkan raja sehari kurang yakin di atas pelamin sekaligus mengurangkan seri mereka di hari bahagia.
Jom kita lihat 5 tip mudah ini agar anda mendapat solekan yang cantik dan berseri!
RUANG YANG SELESA
Sediakan ruang yang selesa dari segi pengudaraan dan pencahayaan ketika proses solekan dilakukan. Pencahayaan amat penting untuk memastikan struktur wajah dan warna kulit dapat dilihat dengan jelas bagi menentukan bentuk kening, shading, warna foundation, eyeshadow, lipstik serta keseluruhan mekap bertepatan dengan kesesuaian wajah dan kulit masing-masing.
Manakala proses solekan pengantin kadangkala memakan masa sejam setengah sehingga dua jam menuntut ruang yang selesa dari segi pengudaraan bilik. Sekurang-kurangnya sediakan kipas angin ketika proses solekan dijalankan. Itu pun sudah memadai bagi keselesaan pengantin dan jurusolek
BERBINCANG DENGAN JURUSOLEK
Tidak menjadi kesalahan sekiranya pengantin berbincang atau nyatakan kehendak solekan yang disukai. Namun, anda juga harus tahu bahawa tidak semestinya setiap kehendak pengantin itu dapat diterima oleh jurusolek kerana jurusolek mungkin mempunyai pandangan yang lebih arif dalam menentukan solekan yang lebih sesuai dengan struktur wajah, warna kulit, warna persalinan serta tema majlis yang diadakan.
Jadi, seeloknya cubalah berbincang untuk mendapatkan hasil yang disenangi oleh kedua-dua pihak. Sekiranya anda yang telah memilih jurusolek tersebut, maka apa kata anda serahkan kepercayaan jurusolek yang dipilih untuk lakukan yang terbaik.
BERPENDIRIAN
Isu ini mungkin agak sensitif bagi sesetengah orang. Ada di antara pengantin tidak mahu keningnya di usik langsung atas sebab-sebab tertentu. Sebagai jurusolek profesional, biasanya sudah tentu mereka sentiasa menghormati dan menuruti kehendak anda dan tidak akan sesekali memaksa pelanggan.
Sebaik-baiknya minta pendapat daripada jurusolek anda tentang perkara ini kerana ada juga di antara anda yang telah memiliki kening yang cantik atau mudah dibentuk tanpa dicukur atau dibersihkan.
BERI MASA YANG CUKUP
Bagi masa yang secukupnya untuk jurusolek anda menyiapkan solekan anda sehingga ke sentuhan terakhir. Kadangkala ada di antara tetamu yang suka menakut-nakutkan pengantin dengan menggambarkan solekan yang dilakukan hodoh dan sebagainya, sedangkan proses solekan belum pun selesai sepenuhnya.
Perkara ini bukan sahaja akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan jurusolek malah boleh mengganggu emosi pengantin yang risau akan hasil solekannya nanti. Jadi, seeloknya sila pastikan hanya tetamu tertentu sahaja yang dibenarkan berada bersama pengantin ketika proses solekan di lakukan.
BERSEDIA
Pastikan juga anda telah bersedia untuk disolekkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Mandi, cuci muka, makan dan selesaikan perkara yang perlu sebelum mak andam atau jurusolek tiba kerana kebanyakannya lebih suka memulakan kerja mereka sebaik sahaja sampai atas sebab-sebab tuntutan kerja, komitmen atau urusan lain.