Zaman sekarang, macam-macam idea orangbuat untuk mencipta kelainan di majlis perkahwinan. Ada yang mencipta kad perkahwinan yang pelik-pelik, tak kurang juga yang memberi hantaran tanpa kita sendiri tak pernah terfikir.
Misalnya lelaki bernama Zul Kefly ini, dia mendapat idea untuk mengumpulkan 37 keping wang RM10 yang berlainan nombor siri untuk membentuk ayat ‘Zulkefly Cinta Siti Norhafizah 1 Julai 2017’ sebagai mas kahwin bernilai RM370 kepada isteri tercinta. Memang rare!
Berkongsi dengan admin Pesona Pengantin, Zul kefly sebenarnya merupakan seorang pengumpul duit lama dan baharu. Ramai memanggilnya NUMISMATIK. Oleh kerana terlalu minat bermain dengan duit lama, Zul kefly mendapat idea untuk lakukan kelainan menggunakan duit di majlis pernikahannya. Pernah sebelum ini Zul kefly cuba membuat namanya sendiri menggunakan wang RM20 dan RM50.
Menurut Zul kefly, bukan mudah untuk dia menyiapkannya kerana dia mengambil masa untuk merancang kira-kira 3-4 bulan sebelum mendapat kepuasan dalam idea berkenaan. Mendapat pujian daripada netizen, Zul kefly juga patut diberi kredit atas kesungguhan dan kegigihan yang ditonjolkannya mengumpul wang dalam pelbagai nombor siri untuk dijadikan simbolik mas kahwin.